Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 22, 2016

Isu laporan DoJ: Terbalik dah.......Mahathir seru ke jalanan pulak!

Laporan DoJ: Tun Dr Mahathir kemuka tiga langkah yang perlu diambil
Astro Awani |  Julai 21, 2016 19:15 MYT
Laporan DoJ: Tun Dr Mahathir kemuka tiga langkah yang perlu diambil
Tun Mahathir berkata, siasatan DOJ merupakan titik tolak di mana penjelasan terperinci perlu dibuat berhubung kes ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan tiga tindakan yang boleh diambil susulan pembentangan laporan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ). 

Pertama, penubuhan tribunal bebas; kedua, mengadakan pengutan suara dan ketiga, mengadakan perhimpunan aman.

"Rakyat negara ini penakut. Di negara-negara lain, jutaan akan turun ke jalanan. Rakyat Malaysia ini, baik-baik, kita biasanya tidak berbuat apa-apa (tunjuk perasaan).

"Saya rasa kita perlu adakan satu perhimpunan aman untuk menuntut penyingkirannya (perdana menteri)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semua itu sebagai usaha menangani kemelut berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tun Mahathir berkata, siasatan DOJ merupakan titik tolak di mana penjelasan terperinci perlu dibuat berhubung kes ini.
"Jika Peguam Negara tidak ambil sebarang tindakan, maka saya rasa ia melanggar undang-undang kerana mereka yang terlibat adalah pemimpin, pegawai kerajaan dan sebagainya.

"Anda tidak boleh biarkan mereka membuat keputusan, tapi ia perlu dilakukan oleh kerajaan sedia ada.

"Ia sepatutnya ada badan sementara yang akan memantau siasatan terperinci dan jika ada alasan kukuh, individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Menurut beliau, tindakan susulan berhubung laporan DOJ perlu diambil kira memandangkan laporan tersebut disediakan pakar dan menimbulkan pelbagai soalan.
Sementara itu, bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang turut hadir, menyatakan bahawa badan pemantau pilihan raya sedang mempertimbangkan cadangan berkenaan.

"Ia sedang dipertimbangkan. BERSIH sedang mempertimbangkan sama ada perlu ada perhimpunan," katanya.

# kata Mahathir sebelum ini, hanya pada Jun lalu: Demo bukan cara saya’

Di bawah pula videonya


Baca pula ini: SERTAI DEMO 27 MAC, MAHATHIR BAK “MENJILAT LUDAHNYA KEMBALI”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa