Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 20, 2016

Ooh.......gini rupa kebebasan bersuara dalam PAS!

Ulamak Pas Selangor: Kenyataan pemimpin selain presiden terbatal
20 Julai 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Ustaz Ridzuan Rahmat

Dewan Ulama Pas Selangor tidak menyatakan pendirian yang jelas berhubung cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri.

Ketua Dewan Ulama Pas Selangor Ridzuan Rahmat sebaliknya berkata, kenyataan tersebut terlalu umum sehingga disalah tafsir oleh rakyat.

"Tak boleh gunakan tajuk gencatan serangan sebab tajuk itu terlalu umum. Cuma kadang-kadang disalah tafsir oleh masyarakat jadi berbeza," kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Ridzuan juga berkata, Dewan Ulama Selangor menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh individu selain pimpinan tertinggi parti adalah terbatal.

Jelasnya, mereka tidak ada masalah dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan pimpinan parti namun tetap memegang kenyataan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi iaitu presiden.

"Kami tak ada masalah dengan kenyataan-kenyataan yang datang dari pimpinan tapi bila kenyataan itu datang daripada pimpinan yang paling tinggi bererti semua kenyataan di bawah daripada itu terbatal. Kita akan menyokong kenyataan daripada pimpinan tertinggi.

"Keputusan dewan ulama mudah sahaja. Yang mana keputusan yang datang daripada pimpinan pas pusat kita setuju,"katanya.

Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas Tuan Ibrahim melontarkan cadangan gencatan serangan.

Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, Pas terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan Pas berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran.

Menurut beliau juga,' Pas wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

Selepas mendapat pelbagai reaksi daripada Pas dan pelbagai pihak, Tuan Ibrahim tampil menyatakan bahawa cadangan itu sekadar pandangan peribadi dan beliau tidak ada masalah untuk terus bekerja bersama Abdul Hadi dan pimpinan Pas yang lain.

Ridzuan juga berkata, sebarang kenyataan yang keluar selepas presiden, ia adalah kenyataan yang menyokong presiden.

"Bila presiden keluar kenyataan siapa-siapa yang keluar kenyataan dia lebih kepada menyokong kenyataan presiden," katanya.

Beliau sebelum itu hadir ke pejabat Setiausaha Kerja (SUK) Selangor bagi menyerahkan memorandum membantah kerajaan negeri meluluskan konsert artis barat, Selena Gomez.

# itulah sebabnya apa yang Presideng kata dan lakukan semuan akan aamiin!
wala' cara PAS la ni?
Aku teringatkan cerita Hang Tuah, rela bunuh kawan yang membelanya kerana Raja!

2 comments:

  1. Nampak ust ridhuan ni jenis penjilat tegar kpd tuang presideng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua negeri ada dewan ularrrmak paspispus....apakah kriteria org yg duduk dlm dewan ini...
      ularmak kerana politik inilah yg menyebabkan huruhara paspispus dan negara
      perlulah ada kriteria yg jelas dan tekal utk duduk dlm dewan ini agar kenyataan yg dikeluarkan memperlihatkan kebijaksanaan....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa