Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 26, 2016

Dakwaan sembrono Naib Ketua Pemuda UMNO: Gani akhirnya bersuara......

Dakwaan guling PM satu muslihat publisiti - Gani Patail 
Bernama |  Julai 26, 2016 21:53 MYT
Dakwaan guling PM satu muslihat publisiti - Gani Patail
ABDUL GANI: Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.    

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas. 

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya. 

Beliau menyatakan demikian menerusi Whatsapp apabila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia. 

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.

1 comment:

  1. dah kasi sebar berita paslu "MO1" kat pak cik dan mak cik luarbandar. yang bakal menjadi game changer PRU 14. terbit buku ringkas senang faham cam 50 dalil tak boleh jadi p m

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa