Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 11, 2016

Laporan SR: Setakat nak siasat ketulinan, apa salahnya?

‘Polis perlu siasat 1MDB, bukan dalang bocor audit’

  | July 11, 2016
Tony Pua mempersoalkan kenyataan ketua polis negara mahu siasat sama ada laporan audit 1MDB yang dibocorkan adalah tulen.
Tony-PuaPETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menegaskan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB bukanlah satu dokumen rahsia negara, tetapi dokumen yang menjelaskan situasi sebenar melanda syarikat milik negara itu.
“Ia adalah dokumen mengenai 1MDB yang menyebabkan puluhan bilion ringgit hilang,” kata Pua.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata pihaknya akan segera menyiasat laman web Sarawak Report yang mendedahkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Sebarang usaha oleh Ketua Polis Negara (KPN) untuk ‘menghilangkan’ bukti akan menampakkan pentadbiran dalam pencarian keadilan di Malaysia mula terpesong,” kata Pua.
Pua berkata sekiranya laporan audit yang didedahkan itu tulen, polis harus mengambil tindakan segera terhadap mereka yang bertanggungjawab membocorkannya.
Khalid sebelum ini berkata polis tidak pasti sama ada dokumen itu tulen atau tidak.
“Jadi, biarlah saya berbincang dengan ketua audit bagi memastikan dokumen itu benar-benar sahih sepertimana yang diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’,” katanya.
Pua berkata Khalid kelihatan “bodoh” kerana mahu berbincang dengan ketua audit negara terlebih dahulu menentukan sama ada laporan yang bocor itu adalah tulen.
“Krisis 1MDB adalah kes yang boleh dianggap sebagai ‘rompakan terbesar’, namun saya lihat pihak polis lebih bersungguh mencari si pembocor maklumat ketua Audit Negara berbanding apa yang terjadi di dalam 1MDB itu sendiri,” kata Pua.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa