Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 11, 2016

Sarawak Report fokus perjanjian 2012 1MDB

mk - Hari ini 10 Jul. 2016, 6:09 petang
Dalam pendedahan hari keempat berturut-turut megenai laporan sulit ketua audit negara mengenai 1MDB, Sarawak Report meneliti perjanjian pembelian tenaga pada 2012 membabitkan nilai AS$3.5 bilion dengan Goldman Sachs.

Laman sesawang berpangkalan di London itu semalam menerbitkan apa didakwa mereka sebagai ringkasan eksekutif laporan disediakan Tan Sri Ambrin Buang.

Ia turut memasukkan petikan diterjemahkan daripada seksyen 5 ringkasan berkenaan.

Sarawak Report mengaitkan seksyen itu dengan berbilion-bilion dana daripada perjanjian pembelian tenaga oleh 1MDB itu kepada syarikat Aabar.

Ia juga dikaitkan dengan usaha sama sebelum itu dengan PetroSaudi yang didakwa berlaku penyaluran wang kepada syarikat Jho Low, Good Star.

Bagaimanapun Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen diterbitkan Sarawak Report itu adalah sahih atau sebaliknya, selain tidak boleh melaporkan kandungannya disebabkan sekatan undang-undang.

Pada 1 Julai lalu The Wall Street Journal melaporkan syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) menafikan anak syarikatnya Aabar Investments PJS dijamin mendapat "unit dana" 1MDB di Kepulauan Cayman.

Namun 1MDB dalam kenyataan pada 12 April berkata ia hanya membuat pembayaran kepada Aabar BVI selepas berkomunikasi dengan eksekutif di IPIC, dan yakin kedudukan undang-undang 1MDB dalam perkara itu.

IPIC sejak itu memulakan tindakan undang-undang ke atas 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia serta membuat tuntutan sebanyak AS$6.5 bilion.

Sarawak Report juga menegaskan peraan dimainkan Goldman Sachs dalam laporan berkenaan.

Pada Khamis portal itu mendedahkan mereka memiliki akses kepada laporan ketua audit negara mengenai 1MDB dan mendedahkan sedikit butiran daripadanya.

Ia berjanji menerbitkan lebih banyak kandungan daripada laporan berkenaan. Sehari kemudian portal itu menerbitan apa yang didakwa mereka sebagai surat "kritikan" daripada Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad dilapor mengesahkan polis akan menyiasat kes berkenaan kerana laporan ketua audit negara diklasifikasi sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa