Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 25, 2016

Sikap Mufti Isu 1MDB: "Mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering!," - Mantan Adun Pas

Mufti diminta beri pandangan tentang kecurian wang 1MDB
 | MALAYSIA DATELINE

Ketiadaan suara para mufti ekoran tindakan terhadap 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika dipersoalkan oleh ramai rakyat negara ini kerana mereka selama ini sangat vokal dengan isu lain.
"Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?" tulis Zolkarnain Abidin, mantan Adun Pas di Santan, Perlis dalam satu postingnya.Institusi Mufti perlu beri kenyataan mengenai 1MDBInstitusi Mufti perlu beri kenyataan mengenai 1MDB
Menurut beliau, sebelum ini ketika Lim Guan Eng terlibat mereka bingkas bangun mendesak dia macam-macam.
"Kamu cungkil pelbagai istilah agama untuk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering," tulis beliau dalam facebooknya.
Beliau kesal kerana, jika apa-apa kesalahan yang melibatkan rakyat biasa, mufti bangkit segera dengan keluarkan dalil al-Quran dan hadith.
"Tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?" tulisnya lagi.

4 comments:

  1. Pening kepala, konfius habis. Mcm mana nak percaya dgn orang ugama. Kredibiliti dah hampir terhakis. Takut kat bos lebih drpd takut kpd Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oiii wèh
      ckp lebih karang kene buang keje
      hutang rumah..htg bank..ptpn anak sapa nak bayarkan
      ...sian tau

      Delete
  2. Depa tu tak faham atau tak mahu nak faham istilah "money laundering" dan hukum syarak berkaitan!!
    Depa pun dah confuse halal haram terma2 "donation, contribution, gifts " kalau penerima dan pemberi kata bukan rasuah!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam...."SYAITAN BISU BERTOPENGKAN MANUSIA ALIM ,SIKUCING SIAM "
    1,400 tahun Nabi saw tinggalkan seruan dakwah tanpa sekatan...
    Kini yng berdakwah dipentas utama hanya mereka yng ikut telunjuk..skrip kata A maka jgn kata B..!!!
    Kata mudah " ULAMAQ SYUQ " ulama makan gaji/upah...
    Siapa..nntahhh...????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa