Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 12, 2017

Nasihat Kamal Koh

Salute to Kamal Koh

Saya ingin nasihat individu-individu walaun PAS tertentu:

Anda tidak perlulah pertikai AMANAH ada ulama atau tidak!

Cukuplah kamu jawap soalan saya ini:
Adakah ilmu agama kamu lebih hebat daripada ustaz Ahmad Awang? Ustaz Abd Ghani Shamsuddin? Professor Dr. Siddiq Fadhil? Dr. Mujahid Yusoff Rawa?

Negara Singapura yang jauh lebih maju jaya dari Malaysia tidak diperintah oleh ulama!

Kerajaan Singapura amat kurang rasuah padahal ia hanya mempunyai seorang mufti saja, dan tiada jabatan seperti JAKIM.

Negara Malaysia yang mempunyai 13 orang mufti dan JAKIM, dan beribu-ribu ustaz yang makan gaji dengan kerajaan, jauh lebih  korup, tidak terurus  dan terhina berbanding dengan Singapura yang ditadbirurus oleh orang kafir!

Oleh itu, wahai walaun PAS, kamu tak usah bangga PAS mempunyai ramai ulama. Jika PAS membentuk kerajaan pusat, belum tentu PAS boleh tadbir Malaysia lebih bersih dan suci dari kerajaan Singapura. Belum tentu lebih baik dan cekap daripada Lim Guan Eng mentadbirurus P. Piang!

Ulama PAS boleh menyampaikan ilmu agama, belum tentu pandai mentadbir parti dan negara!

Parti PAS yang ditadbirurus oleh ulama no. 2 dunia sangat cepat berpecah sehingga lahir parti AMANAH!

PAS sebagai parti politik yang mempunyai ramai ulama, tetapi hanya berjaya mentadbir negeri Terengganu 1 penggal saja walaupun MBnya terdiri daripada ulama yang hebat berceramah! Zaini Uncle

PAS tadbirurus negeri Kedah pun 1 penggal saja walaupun MBnya adalah ulama yang mempunyai gelaran PhD!

Lihat DAP, ia parti sekular di bawah pimpinan bukan Islam dapat tadbirurus P. Pinang banyak penggal tanpa ulama menjadi MB dan exconya!

PAS patut rasa malu kepada DAP, ulama ramai tapi ilmu mereka tak boleh pakai untuk pertahankan kerajaan Islam negeri Terengganu dan Kedah!

2 comments:

  1. Terbaik dro komen kamal koh.tunggu nak dengar apa komen para walaun pas pulak.

    ReplyDelete
  2. tunggu la walaun jual agama dulu....kah kah kaah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa