Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 7, 2013

Bodek Dan Apu Memang Sinonim Dengan Mereka!

Adakah mereka ini memandang dan melihat rakyat marhaen dengan hati nurani?

Umno WP pertahan Rosmah guna jet peribadi, bil utiliti Seri Perdana dan kenaikan elektrik
OLEH MD IZWAN
DECEMBER 06, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 06, 2013 06:12 PM
Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan bidas pembangkang yang mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan bidas pembangkang yang mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Penggunaan jet peribadi oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk tujuan rasmi tidak wajar dipersoalkan kerana ia melibatkan isu keselamatan, kata perwakilan Umno Wilayah Persekutuan semasa perbahasan usul ekonomi hari ini.
Affandi Zahari, dalam perbahasannya, berkata keselamatan Rosmah wajar diutamakan kerana sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya akan menyebabkan Datuk Seri Najib Razak sedih.
"Perkara ini melibatkan keselamatan isteri beliau (Najib), sekiranya berlaku sesuatu ia akan memberi kesan kepada emosi beliau," kata Affandi.
"Beliau (Rosmah) ke sana atas jemputan dan ia secara rasmi. Bukan beliau melancong, saya juga tidak gembira jika beliau buat begitu," kata Affandi lagi.Beliau mempertahankan penggunaan jet peribadi Rosmah kerana ia telah pun diluluskan oleh Kabinet dan lawatannya ke Qatar adalah atas urusan rasmi.
Beliau juga membidas pembangkang kerana menjadikannya satu isu besar.
Rosmah menggunakan jet kerajaan untuk menghadiri Forum Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar di Doha bulan lepas, menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak.
Rosmah dijemput untuk memberi ucaptama pada forum tersebut dan menerima anugerah.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif, forum dua hari itu dihadiri oleh Menteri Qatar Tenaga dan Industri, Dr Mohammed Saleh Al Sada.
Delegasi Malaysia yang hadir termasuklah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai keusahawanan wanita dan profesional; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, isteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, isteri Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Sementara itu, mengenai penggunaan jet peribadi oleh Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Affandi berkata, kedua-dua pemimpin negara tersebut mempunyai banyak tanggungjawab.
"Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ia mengenai masa. Mereka perlu berada di tempat-tempat tertentu pada masa tertentu," katanya.
Beliau berkata ia adalah satu keistimewaan untuk pemimpin tertinggi di negara ini dan ia disediakan oleh rakyat. Begitu juga dengan penggunaan elektrik di Seri Perdana, kata Affandi.
"Kita bercakap mengenai kediaman rasmi Perdana Menteri. Ia perlu cantik dan meriah. Rumah besar, perbelanjaan besar. Ia tidak boleh dibiarkan bergelap," kata Affandi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti RM2.5 juta di kompleks kediaman Perdana Menteri sebagai paling rendah di dunia.
Daripada jumlah RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237,788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311,174.25 untuk bil air.
Sementara itu, kediaman rasmi Muhyiddin di Seri Satria pula menelan perbelanjaan sehingga RM964,772.59 dengan sejumlah RM865,458.56 untuk bil elektrik dan RM99,264.03 untuk bil air bagi 2012.
Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Siew Foke sebelum ini membidas jumlah bil utiliti komplek kediaman perdana menteri tersebut, menyifatkannya sebagai satu pembaziran.
"Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air. Tiada usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan," kata Loke.
Dalam perbahasan di Perhimpunan Agung Umno, Affandi juga mempertahankan langkah kerajaan menaikkan tarif elektrik menegaskan ia tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia.
"Mereka yang akan terjejas adalah pengeluar. Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan beban tersebut disambungkan kepada rakyat. Kita perlu mempunyai mekanisme untuk memastikan ia tidak akan berlaku," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan harus tegas dalam isu melibatkan keselamatan negara, hak Melayu dan perkara berkaitan dasar dan undang-undang kerajaan.
"Masa telah berubah. Apa jua kebaikan yang kita lakukan, mereka tidak akan berterima kasih kepada kita.
"Jadi kita kena tegas, menguatkuasakan undang-undang dan melaksanakannya dengan baik. Jangan beri peluang.
Beri mereka amaran, tidak ada tolak ansur dan ambil tindakan. Hanya dengan itu kita boleh menunjukkan kredibiliti," kata beliau lagi. – 6 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa