Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 7, 2013

Azab, Tapi Ramai Yang Tak Serik-Serik!

Azab 104 rotan
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
BADAN Botak Chop penuh bertatu
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Lagi berita berkaitan: ‘Saya terima suami seadanya’

1 comment:

  1. Ketika berusia 27 thn mula dipenjara, 26 thn dlm penjara dihabiskan dgn sia2 shj terbelenggu sepenuhnya + deraan. Kini pd usia 53 thn bagaimana untuk mula menjalani kehidupan di luar? Sekiranya dihukum secara hudud, dia terus bebas sebaik shj menjalani hukuman atau deraan tertentu pd usia 27 thn, tidak perlu kerugian masa hidup yg amat berguna. Botak Chop besar kemungkinannya bukan penganut islam, boleh diwawancara untuk mendapatkan pandangannya mengenai hudud.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa