Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 8, 2013

Haruskan Najib Puji Rosmah Di Khalayak?

Isteri-isteri PM yang sebelumnya tak ada jasakah?
Tun Hussein Onn tak pernah puji bini secara terbuka
Dr. Mahathir tak ada puji bini berdepan-depan
Nampaknya Najib  pecah rekodlah hari ini!

Najib puji Rosmah atas “jasanya”
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
DECEMBER 07, 2013
LATEST UPDATE: DECEMBER 07, 2013 09:38 PM


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.
Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.
“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.
"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.
Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah.
Dalam ucapan itu juga, Najib mengumumkan bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang terjejas akibat banjir serta meminta pihak bank memberi penangguhan bayaran bulanan sementara kepada mereka.
“Saya selaku menteri kewangan minta semua bank untuk menangguhkan pembayaran balik sementara waktu.
“Saya tahu susah payah dan penderitaan mereka. Sebagai tanda kasih dan keprihatinan kerajaan maka saya umumkan pembayaran RM500 kepada keluarga yang terlibat dalam banjir,” katanya.
Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera perlu diteruskan kerana kaum majoriti di Malaysia terdiri daripada kumpulan itu yang seharusnya mendapat pembelaan sewajarnya.
Katanya, program pembangunan ekonomi Bumiputera selama ini tidak pernah menutup rezeki kaum lain dan hal itu terbukti semasa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
“Kalau dikira daripada segi prinsip keadilan sosial, 67% dalam negara terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Sesetengah negara, sesuatu dasar itu dibuat bagi melindungi kaum minoriti kerana tidak mahu mereka dipinggirkan tetapi negara kita kalau majoriti terpinggir lebih parah.
“Demi keadilan sosial dan kestabilan jangka panjang, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera mesti ditingkatkan supaya lebih seimbang. Ini hak kita.
“Bila masa kaum lain terbantut dalam negara kita? Semasa DEB, adakah mereka terpinggir? Adakah rezeki mereka terputus? Terbukti kerajaan pimpinan Umno, adil kepada semua kaum,” katanya.
Presiden Umno itu turut menggesa rakyat agar memahami tindakan kerajaan menurangkan subsidi demi mengukuhkan ekonomi negara setelah ekonomi negara pernah diramalkan berada dalam unjuran negatif.
“Agensi penilaian dah berikan isyarat tetapi bila kita berani ambil ubat seperti naikkan harga minyak, hapuskan subsisi gula, naikkan tarif elektrik. Kita sekarang dalam unjuran positif. Jika diteruskan usaha mengawal fiskal, gred boleh dinaikkan.
“Penarafan itu penting. Kesihatan ekonomi kita. Bila ekonomi sudah tegap, kita boleh tambah peruntukan luar bandar sebab mereka kekuatan teras Umno dan Barisan Nasional (BN). Saya tak lupa,” katanya.
Najib turut meminta penjawat awam memahami kedudukan kerajaan yang terpaksa berbelanja besar untuk memberikan bonus.
“Setiap tahun nak bonus. Paling ditunggu dalam bajet tahunan adalah bonus. Kalau tiada bonus, bajet tak baik. Itu pengiraan mereka. Jika sebulan bonus, RM5.6 bilion, setengah bulan RM2.6 bilion.
“Ini sakit jangka pendek. Tak sakit sangat. Kita jentik sikit sahaja tetapi kesihatan ekonomi lebih bertambah,” katanya. – 7 Disember, 2013

1 comment:

  1. Ala..hai! Malangnya dapat PM bangang macam ni. Cakap je kau dah perhabiskan duit, kenalah merompak rakyat lagi. Bukan semua rakyat boleh diperbodohkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa