Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 1, 2013

Ikhlas Atau Terpaksa?

Keraguan aku bukan apa
Kerana dia ni, selepas di cepuk kiri-kanan
Baru nak minta maaf
Jadi benar ikhlaskah mohon maaf bila di dalam keadaan itu?
Aku tengok muka dia pun naik cuak!
Macam manalah pengundi Jelutong boleh pilih dia ni?

Jeff Ooi minta maaf atas kenyataan “kucing kurap”
OLEH SUE CHERN
DECEMBER 01, 2013
Reaksi wajah Jeff Oii apabila dikritik oleh Karpal mengenai isu 'kucing kurap' yang mengundang pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 Disember, 2013.

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi telah meminta maaf atas kenyataannya "kucing kurap" terhadap pegawai bandar raya negeri tersebut hari ini sempena konvesyen DAP negeri di Pulau Pinang.
Permohonan maaf tersebut diselebungi dengan penuh drama.
Permohonan maaf tersebut dibuat oleh beliau semasa penasihat kebangsaan Karpal Singh menggesa Ooi meminta maaf ke atas kenyataan biadap tersebut, apabila bekas penulis blog tersebut naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon daripada pengacara majlis dan mengucapkan "saya minta maaf".
"Tiada siapa boleh suruh saya minta maaf kecuali suadara Karpal Singh! Apa yang beliau suruh, saya akan ikut.Ooi menegaskan tiada siapa yang dapat mengarahkannya meminta maaf selain Karpal.
"Saya tidak akan tarik balik ataupun minta maaf melainkan Harimau Jelutong yang suruh. Harimau Baru Jelutong akan dengar cakap Harimau Jelutong.
"Saya tidak dapat tarik balik apa yang telah saya katakan tetapi saya secara ikhlas meminta maaf jika saya telah menyakiti perasaan orang lain," kata beliau.
Sejurus itu, terdapat tepukan pujian di kalangan hampir 1000 perwakilan yang hadir, malah ada juga suara tidak berpuas hati di dalam dewan.
Karpal sebelum itu berkata tiada pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) layak mendapat penghinaan "kucing kurap" atau seumpamanya.
"Harimau Jelutong baru perlu ambil peluang di sini. Beliau perlu ambilnya untuk secara terbuka dan tanpa bersyarat meminta maaf kepada pegawai bandar raya yang telah beliau hina.
"Semua pegawai rendah atau tinggi mesti dihormati. Tiada siapa yang layak dianggap sebagai rendah," kata Karpal dalam ucapannya.
Karpal berkata selaku pengerusi kebangsaan, beliau tidak layak mengarahkan Ooi untuk meminta maaf tetapi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti (CEC) boleh memberikan arahan sedemikian.
"Tapi ingin saya tegaskan di sini, jika Ooi enggan meminta maaf CEC boleh memberikan arahan kepada beliau," terangnya lagi.
Ooi mengeluarkan kenyataan "kucing kurap" pada 16 November setelah tidak berpuas hati dengan pegawai MPPP yang tidak dapat membekalkan beliau data mengenai isu penjaja haram di pasar Jelutong.
Ooi mengaku telah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Walaupun dikritik dan digesa oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakannya sendiri daripada Pakatan Rakyat, ahli politik Barisan Nasional dan organisasi bukan kerajaan untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu, ahli parlimen DAP dua penggal tersebut enggan mengalah.
Kemudian, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji Ooi kerana meminta maaf tetapi menggesa beliau agar menuruti nasihat ketua negeri parti tersebut, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata kenyataan Chow mengenai perkara itu mencerminkan pendirian DAP dan kerajaan negeri.
"Ooi tidak boleh mengatakan dia hanya mendengar cakap Karpal sahaja. Dia tidak menghormati parti dengan cara ini," katanya.
Lim berkata perkara tersebut dibangkitkan kerana Chow dilihat tidak berpuas hati dengan sikap Ooi dalam perkara tersebut.

"Saya juga rasa sedikit tidak baik," kata beliau yang disambut dengan tepukan dan ketawa. – 1 Disember 2013.

2 comments:

  1. terlajak kata meninggalkan luka walau pun dah lama olih itu jangan suka berkata ikut sedap rasa

    ReplyDelete
  2. Next time be careful of what you want to say!! Don't be uncouth like UMNO...choose your words carefully. Even though you have apologised but damage done...so you must repay by be more courteous and gentlemen in your future actions.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa