Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 1, 2013

Pemuda PAS: Apa Dah Jadi?

Benarkah puak UG masih membarah di dalam PAS?
Benarkah apa yang Tulang Besi katakan ni?

Oleh Tulang besi
Percubaan jadikan Suhaizan boneka – Tulang Besi

Sesungguhnya apa yang berlaku dalam mesyuarat exco Pemuda yang lepas adalah sangat jijik dan busuk sekali.

Kisahnya telah menjadi buah mulut ramai. Tak perlu nak dapatkan maklumat sahih daripada mereka yang hadir. Cukup dengan makluamt daripada aktivis-aktivis Pemuda peringkat Kawasan.
Konon puak-puak yang ke sana ke mari menjaja wala' namun dalam mesyuarat semalam merekalah yang paling tidak wala'.
Kita semua maklum Din Ayam bila buka mulut lebih banyak yang buruk keluar daripada yang baik. Tapi yang mereka pentingkan adalah menaikkan orang-orang mereka semata-mata.Setiap pencalonan Ketua Pemuda ditolak mentah-mentah oleh mereka. Misalnya Ketua Pemuda mencalonkan Raja Ahmad Iskandar sebagai calon Ketua Penerangan Pemuda juga ditolak mentah-mentah dan dinaikkan Din Ayam.
Yang hairannya, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda sepatutnya memberi sokongan kepada Ketua Pemuda kerana mereka di dalam Dewan Harian tetapi langsung sepatah haram tidak buka mulut.
Ketua Pemuda mahu mencalonkan Abang Ahmad Kardee sebagai SU Pemuda. Dia adalah exco yang menang serta terbukti kebenarannya.
Puak-puak UG pula mahu memaksa si Fadli Botak menjadi SU.
Walaupun Ketua telah mengalah dalam jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan Pengarah Pilihan raya tapi jawatan SU pun mereka hendak paksa kehendak jahat mereka.
Padahal Fadli Botak ni terbukti mulut jahat dan aktif menyebar fitnah terhadap pimpinan PAS Pusat. Pendeknya rekod beliau amat buruk dan dakwaan kononnya dia mempunyai PhD juga bohong walaupun bukan beliau yang mendakwa tapi beliau tidak pernah menafikannya.
KECEWA KERANA KALAH
Mengikut sumber Tulang Besi, tindakan puak-puak UG dalam Pemuda ini adalah seperti mahu membalas dendam.
Mereka amat kecewa dengan kekalahan calon UG kepada Abang Mat di jawatan Timbalan Presiden, kekalahan ABC dan kemenangan Husam di Naib, kekalahan ramai calon mereka di AJK seperti Mokhtar Senik, Khairuddin At Takiri, Din Ayam, Norazli Musa, Kamarulzaman.
Yang lebih menyakitkan hati mereka adalah kekalahan Kamarulzaman sendiri sebagai Ketua Pemuda.
Maka, mereka berasa adalah tugas mereka mempertahankan Pemuda daripada dikuasai golongan-golongan yang dipandang sebagai bukan ditarbiyyah dan taat kepada ulama.
Padahal, mereka ini adalah manusia jumud dan tertutup minda dan marah apabila PAS mahu menjadi lebih terbuka dan lunak dengan rakyat Malaysia.
Puak ini mahu mengeksport kebodohan dan kekalahan PAS Terengganu ke setiap pelosok PAS.
SUHAIZAN WAJIB BERKERAS DAN JANGAN MENGAKU KALAH
Kalau terpaksa, arahkan Pengerusi Tetap Muktamar mengadakan Muktamar Khas bagi memilih semula AJK yang baru.
Jangan sekali mengalah dengan puak-puak ni sebab mereka menang baru-baru ini pun dengan kempen fitnah dan nista yang cukup dahsyat.
Mereka sebenarnya yang kecewa bukan Suhaizan
Mari kita semua doakan percubaan puak-puak jumud UG untuk membonekakan Suhaizan digagalkan Allah SWT. – 1 Disember, 2013.
* Tulang Besi adalah nama pena untuk Abdul Rahman Talib, blogger yang mengendalikan blog Malaysia Waves

2 comments:

  1. Pecat aje MANGKU2 HAYUN ni.PRESIDEN BUAT TAK TAU JE KE?

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Begitulah perangai pemuda pejuang ugama Allah. Pemuda UMNO pun tak berperangai buruk seperti mereka.

    Tetapi kita jangan underestimate kebolehan suhaizan berpolitik. Depa mahu din ayam jadi SUA. Mengapa tak calonkan din ayam menjadi calon jawatan ketua pemuda awal-awal? Jadi tak payah main kotor mcm ni.Jawapannya tak layak pun.

    Yang kita nak perhatikan ialah bagaimana tindakan anak hj hadi yang menang jawatan timbalan ketua. Belah mana dia duduk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa