Suara dari Ulamak pulak tu.......
Inikah corak demokrasi PAS?
Kalau tidak sokong Hadi, letak jawatan, kata perwakilan
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 21 February 2015 2:16 PM
Multaqa Ulama SeMalaysia di Stadium MPSJ, Serdang Jaya yang berlangsung hari ini menyaksikan perwakilan menggesa sokongan sepenuh hati diberi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.– Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Februari, 2015.
Seorang perwakilan Multaqa Ulama Semalaysia II hari ini menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.
"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor.
Beliau juga merujuk kepada tindakan seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.
"Di kala Kelantan berhempas pulas ingin melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.
"Kamu pertikaikan undang-undang Islam ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih baik keluar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menamakan AJK yang dimaksudkan.
Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku.
"Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar," katanya merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib)dan Saari Sungib (Adun Hulu Kelang).
Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi.
"Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun, bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi.
"Mereka kena sedar, kita pilih mereka untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar. Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya. – 21 Februari, 2015.
Otak kamu tu yg kontot wahai mountdweller
ReplyDeleteOtak kamu tu yg kontot wahai mountdweller
ReplyDeletePAS sudah jadi Bahalol...
ReplyDeleteUlamak macam sudah maksum tak boleh di cabar. Ini sudah jadi ajaran sesat bukan ajaran Nabi SAW.
Ahli ahli PAS pula otak otak benggap ikut saja.
Penat Arwah Nik Aziz bangun kan PAS , sekarang jadi macam sampah tak de nilai.
Orang orang Melayu saja.
Sekarang banyak blogger dah mula nak hentam President dan dewan ulamak....Jangan sampai kita salah menyerang sudah..Apakah PKR dan DAP itu lebih baik dari kepimpinan PAS? ..Semua yg President dan dewan Ulamak buat,,semua tak kena pd mereka...Bertindak lah dgn gunakan akal bukan perasan
ReplyDeleteBodoh bengong perwakilan ulama ini pengundi yang baru nak sokong prinsip PAS telah alih dari sokong kepada benci sebab akhlak pemimpin presiden sendiri presiden yang dipilih bercakap pagi pehak parti yang dipimpin dan semua AJK pusat yang dipilih dari timbalan dan naib presiden semestinya membantu presiden dan begitulah juga sebaliknya presiden mensti berbincang dengan pembantunya sebelum membuat apa-apa kenyatan secara terbuka terumanya bila buat sidang akhbar tapi yang presiden lakukan semua kenyataan telanh membelakanngkan pembantu sendiri dimana merak-mereka itu hendak letak muka apaila sesuatu keputusan dalam mensyuarat kepatian dan gabungan ditong sampahkan memang bodoh punya wakil yang mewakil ahli PAS dari perak ini.
ReplyDeletetol x aku cakap sume parti sama mcm umno..hehe..tengok la ada beza ke?
ReplyDeletepolitik demokrasi ialah maharajalawak mega juga la...hehe..
salam Tuan Tanah Blog,
ReplyDeleteApabila Tuan beriktikad untuk memperjuangkan Islam sebagai Daulah..apakah Tuan REDHA dengan Sekualrisma, Assobiyah, Liberalis dan Syiah? Sila datangkan BUKTI bahawa PAS melalui PRESIDEN dan PERLEMBAGAAN PAS itu DIRESAPI SEKULARISMA, ASSOBIYAH,LIBERALISMA DAN SYIAH..maka AKU AKAN MENENTANG PAS sehingga PAS DI BERSIHKAN..tetapi jika TUAN sekadar ANAI2 yang merusakkan PAS..sila betulkan pemikiran aku yang cetek ini!
-krankenman-
Wahai PAS seeloknya parti ini keluar dari Pakatan Rakyat. Kami rakyat memilih kamu kerana kamu dalam PR yang menentang UMNO. Kalau kamu hendak berbalah sesama sendiri elok benar kamu keluar dari PR dan bertandinglah sendirian. Kami rela menyokong DAP dan PKR yang sentiasa di hati rakyat menentang BN.
ReplyDeleteKlulah tghh yg ditwr jawatan tpm...makngaiii...berapi2 blogger2 hentam ulamak..tp apakan daya..knp diam...disitu kita blh ukur tahap kezaliman kita pd yg haq dan taat kita pd yg batil...berseronoklah dgn kesenangan yg sedikit dan sementara....dan doa lah mudah2an kau mati dulu...mungkin mangsa2 fitnah kamu memaafkan kamu...if not...urghhhh...imagine pdg masyhar sekjp..renung2kanlah
ReplyDeleteKamu ni anonmouse 3.15 jangan cepat melath,baca dan fikir.oarng tulis untuk pencerahan sahaj,kalau kamu sokong hadi teruskan,aku agakan ajer bahawa orang seperti kamu ni akan mempertahankan hadi walaupun apa yang dibuat silap ,contohnya sekira ada orng beritahu bahawa yang ada warna kuning tu di belakng jubah hadi bahawa itu najis mungkin,Tapi jenis kamu ni tetap mengatakan bahawa itu adalah pewangi walaupun kamu sendiri tahu bahawa itu najis,Betul tak.fikirlah guna akal di kepala bukan di kepala lutut,Allah kurniakan otak dan akal,gunakan otak dikedua belah,jangna guna sebelah aje nanti senget.
ReplyDeleteMereka bersuara berlandaskan syariah dan sirah nabi...sedangkan korg berckp berlandaskan logik akal..siapa yg kontit (Bkn salah eja).
ReplyDeleteTak tau mengaji...
Perwakilan tertipula...igt nk pertahan islam..rupanya pertahan anuwar la....anugerah tuhan
ReplyDeleteGolongna profesinaol berfikirlah dengan matang,skarang kamu dilebel oleh kawan sendiri sebagai syaitan,apa tindakan kamu.jangan kamu berdiam diri.tolonglah jaga perasaan pengikut kamu yang dibawah ni.ambilah satu ketetapan.makin hari makin hebat golongna ulamk menghina kawan sendiri
ReplyDeleteOrang orang PAS bahalol.
ReplyDeleteMelayu semua nya pulak.
Nak kaya bergaya tapi malas kerja kuat.
Gila nak jawatan TPM dapat duit free senang macam umno.
Bahalol saja.
Munafik pun nak di jadi kan pemimpin.
Bodoh sangat dah...
Islam itu adil. Bertindaklah dengan ilmu amal dan taqwa. Diberikan Allah swt akal fikiran, berfikirlah. Jangan membuta tuli mengikut pemimpin. Berhubung isu melaksanakan Hukum Hudud, Hudud itu hak Allah swt yang perlu dilaksanakan. Tetapi, dj Malaysia, Undang-Undang Tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan Hukum Hudud itu sangat berbeza pemakaiannya dengan Sistem Perundangan Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, dikhuatiri jika perundangannya diluluskan oleh DUN Kelantan, seandainya dicabar di Mahkamah, maka perundangan Hudud itu, akan diisytiharkan tidak sah dan terbatal sejak mula dikuatkuasakan nanti. Jadi, kalau masih nak laksanakan Hukum Hudud, tolong kuasa Kerajaan Persekutuan, pinda Perlembagaan Malaysia terutama Perkara yang merujuk kepada Perundangan Yang Tertinggi di Persekutuan Malaysia, pinda di bahagian "... adalah perundangan Islam berasaskan Al Qu'ran dan As Sunnah di bawah Mazhab Shafie Ahli Sunnah Wal Jamaah." Jika tidak, akan berlaku banyak penentangan fan akhirnya tidak akan dapat dilaksanakan Hukum Hudud. Ini kerana Sistem Perundangan Malaysia, masih berasaskan Sistem Perundangan British Common Law. Selain dari itu, persiapan asas seperti pendidikan dan amalan perundangan Islam perlu diterapkan mulai sekarang. Seperti kefahaman di peringkat sekokah rendah, menengah dan penggajian tinggi. Kepwrluan logistik juga perlu disediakan. Wallahualam.
ReplyDeleteSidek Nor beristeri 3, mana ada adil kepada isteri2. Pergi jalan.
ReplyDeletePerangkap Umno telah mengena.Ulamak Pas yang mungkin AKAN memacahkan Pakatan,kita tunggu dan lihat,sekiranya keserabutan ini tidak dihurai tunggulah kekusutan ini akan mebelit semua peminpin pakatan.yang gembiar nanti adalah ulamak Pas dan peminpin Umno.lihatlah apa jadi kepada seorang peminpin pakatan yang hidup dalam tahanan,mana ada sekelumit pun simpatai dari peminpin2 Pas.ini menunujukan bahawa mereka juga meredakan kezaliman yang berlaku.
ReplyDeleteTiada lagi manusia diM'sia ni yang memprjuangkan hudud selain dari Ulama PAS yang terus berusaha membawa AMANAH Allah SWT ini, sementara hayat dikandung badan. Perlembagaan boleh diubah sekiranya mereka ini mempunyai cukup kuasa sokongan. Daripada beralasan dan berserah elok lah mereka mencuba dan berusaha. Walau sekecil mana pun usaha yang dilakukan lebih baik dari berserah. Sdr2 tak perlu la nak risau dan sakit hati atas usaha murni mereka ini, kerana sdr2 ada perbezaan dan jurang dengan mereka. Biarkan mereka meneruskan dasar perjuangan mereka.
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteAmbo setuju dengan pendapat Abe.
Ustaz Sidiq Nor adalah orang lama PAS. Tetapi nampaknya dia juga buta Perlembagaan PAS. Setahu saya tidak ada peruntukan didalam Perlembagaan PAS yang menerangkan perihal jawatan Presiden yang Presiden itu bersifat maksum, tidak boleh dikritik. Juga tidak ada dalam hal tugas-tugas Presiden yang pendapat Presiden itu adalah muktamad dan semua AJKPP kena terima bulat-bulat. JKPP adalah badan eksekutif PAS yang menjadi badan pelaksana politik PAS.
Ini yang saya tak faham tentang statemen Ustaz Siddiq Nor ni....xkan orang lama xpaham perlembagaan PAS.
Sidek Noor tu hanya sorang ustaz bukan nabi dan tidak maksum. Dia hanya seperti kita. Usia dia yang semakin tua mungkin menyebabkan sel sel otak dia semakin mati. Dan tidak mustahil otak nya dah tinggal separuh seperti pelupa pelupa tua yang lain dalm pas. Ditambah kan lagi lilitan serban mereka yang semakin ketat yang mungkin menyebabkan otak mereka yang dah tinggal separuh tu kekurangan oksigen yang mengakibatkan mereka mampu menghasilkan idea yang bernas seperti otak lembu. Jaga jaga dengan MSU dan pendokong yang menggelarkan mereka ulamak ni sebab mereka hanya adalah kumpulan orang Majlis Separuh Utak
ReplyDelete