Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 18, 2015

Lantak kolah nak bawa ke mana pun......rasanya tak perlu kita peduli lagi!

WEDNESDAY, FEBRUARY 18, 2015
Presiden PAS Rela Belakangkan PR Utk Kerjasama Dgn UMNO (RAKAMAN)
Dalam rakaman program dalaman PAS yang saya dedahkan, Presiden PAS sudah pun menyatakan pendirian beliau.

Bahawa beliau sanggup bekerjasama dgn UMNO sekalipun membelakangkan kawan2 dalam Pakatan Rakyat i.e dlm isu persempadanan

Ia juga menjadi sebab Hadi menyebut isu hukum syariah dalam kenyataan pertama beliau selepas Anwar dipenjara.

Presiden PAS amat percaya yang UMNO akan menyokong usaha PAS melaksana hukum hudud/syariah di Kelantan.

Presiden PAS sanggup membelakangkan Pakatan Rakyat demi mencapai cita2 ini.

Yang menjadi penunjuk arah hanyalah keyakinan bahawa tindakan tersebut akan menguntungkan PAS. Itu sahaja.

Semangat musyauwarah Pakatan Rakyat akan ditolak tepi.

Namun yang kita persoalkan adalah sanggupkah Haji Hadi bekerjasama dgn UMNO yg baru sebentar menghinjak serta menghina hukum Qazaf?

Tak cukup dengan itu UMNO akan buat roadshow seluruh Malaysia untuk meramaikan lagi pelaku2 dosa Qazaf.

Adakah ini jenis manusia yang boleh dipercayai untuk dijadikan rakan dalam melaksana hukum Syariah?

Diharap Haji Hadi dapat melepaskan diri beliau dari punahsihat2 dia seperti Samsuri dan Khazani.

Sebagai penutup, ahli2 PAS wajib menerima keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat kerana Presiden PAS sanggup membelakangkan Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO.




TRANSKRIP RAKAMAN:".....tak berulang….Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.
Ini boleh kita buat. Dinamakan ta’awun – ta'awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS!Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50 ; PAS dapat 10 kerusi cukuplah!
Ada orang PAS yang macam tu!9Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! [Allahu akbar]
Kalau ada orang PAS macam itu! Ini, dgn sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel. Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini. Orang nak paksa kita…untuk."

7 comments:

  1. Munafik tak boleh jadi Pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Admin, elok lah tu sedara tak perlu ambik tahu TGHH nak bawa PAS kemana pun asalkan tidak tergelincir dari arah tuju perjuangan PAS. Bersama PR untuk laksana hudud di K'tan terlalu banyak tentangan dari DAP dan PKR. Bagai mimpi ngeri bagi mereka. Entah apa yang dibimbangi dan menakutkan mereka. Elok lah PAS lupakan saja impiannya jika bersama dengan PR. Elok juga kalau PAS berusaha mencari sokongan dari UMNO untuk melaksanakan syariat Allah. PAS tidak akan rugi. Berusaha lebih baik dari berserah kerana setiap usaha yang PAS lakukan adalah kerana amanah seluruh umat Islam dan tidak rugi juga bagi PAS untuk menagih sokongan dari umat Islam sendiri supaya tertegaknya hukum Allah diM'sia ni. Kepada pemimpin Islam tidak kira dari PAS, UMNO atau PKR yang mempunyai kuasa sokongan diparlimen nanti diminta supaya bersedia dengan keputusan yang dibuat apabila RUUH K'tan dibentang. PAS tidak akan rugi jika tiada sokongan dari mereka, tapi yang rugi sebenarnya ialah mereka yang menolak RUUH tersebut.

    ReplyDelete
  3. Majoriti melayu Islam sokong RUUH tidak kira dari kelompok mana. Sekiranya bergabung dengan PR terkubur RUUH baik PAS tarik diri dari PR. Perjuangan RUUH lebih murni dari tawan Putra Jaya.
    Yakinlah....Allah dah tunjuk janjinya baru2 ini kan..
    Sokongan padu depan mata kepala kita!!!!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan RUUH lebih mulia dari menawan Putrajaya......setuju.

      Jadi nampaknya jalan yang ada ialah dengan bekerjasama dengan UMNO Baru. UMNO Baru sokong hendak bantu PAS melaksanakan hudud di Kelantan yang di perintah PAS tetapi tidak mahu melaksanakan di Terengganu dan negeri2 yang di perintahnya. Juga tidak mahu melaksanakan di seluruh negara walaupun menjadi tunggak kerajaan pusat sejak merdeka...... keikhlasan UMNO Baru aku was-was kerana diketuai oleh seorang yang lemah dan banyak masaalah. Seorang yang dok menipu rakyat dalam banyak perkara.

      Yang pasti apa yang UMNO Baru mahu laksanakan ialah meluluskan persempadanan pilihanraya yang baru debgan bantuan PAS. TGHH pun dah setuju bantu UMNO Baru walaupun kena tikam rakan dalam PR. Cantik punya politik Islam versi UG!

      Kita tengok sapa yang kena....UMNO Baru atau PAS?

      Delete
  4. Halangan terbesar PAS bukan dari UMNO lama atau baru atau PKR tetapi ia nya datang dari umat Islam sendiri yang mempunyai kuasa menolak RUUH tersebut. Biar Hudud terlaksana dulu dinegeri serambi Mekah itu yang rata-rata rakyatnya mempunyai pergerakan rohani yang menjurus kearah kebaikan melebihi pergerakan jasmani yang tiada pada rakyat negeri lain. Itu kelebihan rakyat K'tan. Yakinlah, kebaikan yang menjelma akan menjadi ikutan negeri lain sekiranya mereka benar-benar ikhlas kepada Allah SWT. Tak perlu sedara nak bercerita pasal tikam-menikam kerana PAS sudah masak dengan tikaman yang datang bukan saja dari belakang bahkan secara depan-depan dari rakan PR.

    ReplyDelete
  5. Anon 8:01

    Kita tidak bol3h m3nolak realiti yang ada kerana orang yang bertindak diluar realiti adalah orang yang berangan2. Sdra juga berangan-angan. Sdra hanya bercakap secara umum tanpa mengambilkira realiti yang dis3butkan diatas.Ini masaalah orang PAS, hidup dalam dunia fantasi.....bila berhadapan realiti hancusss...

    PAS memang sudah masak dengan tikam menikam. Jangan tangkap borong. Yang kita selalu dok tengok hari ini segelintir pemimpin PAS memang ketagih ditikam oleh UMNO setelah ketagih umpan-umpan UMNO sehingga sanggup menikam kawan-kawan. Kita ambil contoh krisis MB Selangor. Last-last kena kencing dengan Khalid. Khalid bol3h guna sokongan PAS untuk bayar pampasan kepada anak buahnya RM 2.6 juta delan-depan mata polis aka exco PAS!

    ReplyDelete
  6. Apa realiti yang sedara maksudkan? Angan-angan untuk membawa perjuangan Islam pun dituntut oleh Islam, berangan membawa kebendaan dan kuasa itulah yang menjadi realiti kepada sedara. Sedara hanya nampak kehidupan tanpa menggerakkan rohani sedara. Angan-angan dan fantasi PAS adalah sesuatu yang amat berharga bagi kami. Biarlah angan-angan dan fantasi ini dibawa sehnigga kepada realiti walau selama mana sekali pun sehIngga ke lubang kubur sekali pun ia nya tidak akan merugikan kami. Perjuangan ini perlu diteruskan dengan ketegasan supaya angan-angan dan fantasi ini tidak disentuh oleh musuh dan akan menjadi realiti satu hari nanti sehingga membawa kepada kebaikan kepada semua termasuk sedara sendiri. In-Shaa-Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa