Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 19, 2015

Tingkah dah bersahut, apa macam Shafee?

Galak sungguh bila bercakap sorang-sorang dengan menyerang manusia yang sudah dikurung
Kalau rasa ada batu dan but**, ko sambutlah
Kalau ko diam maknanya ko memang tak ada kedua-duanya!

Lagi pun Shabery Chik dah declare akan buat siaran langsung....
Biarkan rakyat pula jadi 'hakim'

Hanipa sedia debat isu Anwar dengan Shafee atau Khairy
Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin juga inginkan debat terbuka tersebut dijalankan di universiti awam dan disiarkan langsung di RTM atau TV3 supaya rakyat mendapat maklumat tentangnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Februari, 2015.

Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes itu.
Katanya, beliau merasa terpanggil untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee atau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengumumkan akan mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi menerangkan kes mahkamah ketua pembangkang itu.
"Maka saya berharap, jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua, mudah-mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Bagaimanapun, wakil rakyat Sepang itu berkata, beliau mahu perdebatan itu diadakan di mana-mana universiti awam di negara ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3.
"Kita mahu supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli panel," katanya.
Hanipa berkata beliau mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Anwar, khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atasnya pada 10 Februari lalu.
"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.
"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan Umno," kata Hanipa yang juga seorang peguam, merujuk forum yang dihadiri Khairy dan Shafee di Kelana Jaya pada Selasa malam.
Pada forum itu, Khairy berkata, Umno selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu proses mahkamah.
Memandangkan kes itu kini selesai, beliau berkata, Umno merancang mengadakan jelajah seluruh negara bersama Shafee kerana beliau merupakan orang paling layak menjelaskan dakwaan konspirasi politik itu. – sumber

5 comments:

  1. Tuan Admin

    Saya cadangkan PKR juga mengadakan roadshow yg sama keseluruh negara macam umno buat utk menerangkan kepada rakyat bagaimana hakim membuat keputusan bukan berdasarkan pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti melampaui had keraguan tetapi sebaliknya meminta pihak pembela membuktikan melampaui had keraguan bahwa tertuduh tidak bersalah

    Kalau UMNO boleh buat PKR pun sepatutnya boleh buat juga

    ReplyDelete
  2. shafee beri keterangan apa maksud istilah sukarela bila ditanya kenapa saiful tidak didakwa.

    “377B..bila digunakan perkataan ‘barang sesiapa secara sukarela’…Sukarela bukan merujuk kepada mangsa (Saiful). Sukarela merujuk kepada pemangsa (Anwar), yang bermaksud dia secara sukarela memasukkan zakarnya ke dalam dubur (mangsa)".

    dlm kes sodomi I, seksyen apa yg diguna, kerana dua2 didakwa & dihukum? dia ingat kita lupa kot?

    ReplyDelete
  3. Kalau ter serempsk Khordhing-ghell , cuba mengenal nya ; kalau nampak Biawak baling dengan batu saja....

    Sekarang Hanipa nsmpak Biawak dah....

    ReplyDelete
  4. Dah lapan tahun pihak PR dok jaja benda nie.. maka biar lah puak yg menang raikan kejayaan nya..

    ReplyDelete
  5. Safee dan KJ - teruskan agenda anda berdua.

    PKR juga mampu menjalankan Roadshow bagi menangkis hujjah Safee dan KJ.

    Yang pasti terlondeh akhirnya ialah Safee dan KJ . Melayu pasti kenal siapa sebenarnya kamu berdua ni .

    Semua maklumat buruk peribadi kamu dari A hingga Z wajib diketahui oleh orang Melayu

    Lawan Jagan Tak Lawan - Bongkar Jagan Tak Bongkar . Perahu Diair Dayung Bersambut , Pantang Melayu Bila Tercabar -Pucuk Dicita Ulam Mendatang , Maruah Melayu Wajib Dipertahankan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa