Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 28, 2015

Eloklah PAS kembali menjadi parti serban dan terhumban!

PAS diramal berpecah menjelang Jun 2015
 | February 28, 2015
Budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas 1998 dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah.
pasmarsukiKOTA BHARU: PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar 2015 pada Jun berikutan kemunculan kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan ulama dalam parti itu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ia merupakan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman yang melanda parti itu sekarang.
Beliau berkata, kemelut dalaman PAS berputik sejak 1998 apabila wujud kumpulan tertentu yang berhasrat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, pada 1998 PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.
“Sebelum itu (1998) budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa.
Tanpa menyebut nama kumpulan atau individu terlibat, kata Mohd Zuhdi, kumpulan berkenaan akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baru.
“Saya yakin selepas Muktamar Agung PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah dari PAS dan tubuh parti baru, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni,” jelas beliau.
Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau memberitahu, PAS sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
“Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia,” ujarnya.

11 comments:

  1. kalauu itulah sebaik2 jalan maka moleklah begitu sbb tak guna ambil ahli yg menjadi musuh dlm selimut.

    ReplyDelete
  2. Isy! Isy! Nabi dulu pun berserban. Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  3. Lebih baik jadi Party Serban dari parti telanjang boge mcm umno,pkr,dap n pasma anjing geng liberal... kami tak pernah redho pd perpecahan... tapi hangpa yg sangat nak pada tu... kami rela....ISLAM adalh matlamat kami

    ReplyDelete
  4. Apa nak dengar ceruta org macam zuhdi ni.......kalau dia bukan pemfitnah sudah tentu dia tidak menghibah macam ni. boleh pakai ke cerita org ni Kalau anda ostat dan berilmu, muhasabah lah wahai zuhdi!

    ReplyDelete
  5. keahlian pas hendaklah dirombak. ahli biasa hendaklah dari lulusan sekolah pondok sementara pimpinan hendaklah terdiri dari lulusan IPTA bidang agama. ahli dan pimpinan dari lulusan selain dari lulusan agama hendaklah disingkirkan.

    ReplyDelete
  6. Abe?
    Dia cirit lg ker?
    Kali ni cirit birit tang mana plak?

    ReplyDelete
  7. Dr Mohd Zuhdi Marsuki kata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS sejak 1998? Doktor jenis apa ni, kalau hakikat sejarah parti sendiri pun dah melalut! Presiden PAS pada tahun 1998 adalah Ustaz Fadhil Noor.

    ReplyDelete
  8. elok ahli² biasa dlm pas pun mesti golongan ulama² ustaz²,sesiapa yg bkn dr golongan ustaz² dilarang dr menjadi ahli pas,baru betul kalau mcm tu, ni yg duduk kt atas tu beria benar nk ulama bagai, yg ahli bkn ustaz² ulama² hanya layak jadi macai je ler, jd tukang sorak, jd penampal poster bendera, jd tukang hulur derma,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu....bila masuk PRU, hanya ulamak, ustaz dan lulusan pondok sahaja yang dibenarkan pangkah calon PAS.....

      Delete
  9. Masalah Pas sejak dua menjak ni ialah Lebai yg angkat bakul gelar ulama.

    Sebelum ini Pas elok aja dimata masyrakat - cukup cermat bila berkata , akhlak terpuji , politiking dalaman cukup beradab.

    Kini ujud fitnah memfitnah , mulut celupar yg tidak sepatutnya keluar dari mulut bergelar ustaz.

    Pas kini ingin dicorakkan oleh ustaz2 sebagai wadah eksklusif , Rasulullah s.a.w menyampaikan risalah Islam bersifat inklusif yg dinukilkan dlm Al Qur'an " Tidak Ku Utus Muhammad , Melainkan Membawa Rahmat Seluruh Alam "

    Fikir Fikir Kan !

    ReplyDelete
  10. PAS kan parti politik Bahalol.

    Nasib baik ada BR1M boleh jugak dapat makan minum , kalau tak kira papa kedana saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa