Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Kepada yang munafiq segalanya boleh jadi......

Saudi dikatakan mengizin jet tempur Israel melintas buat gempur Iran
Jet Israel. ©gerarddirect.com

Pegawai Persatuan Eropah di Brussels, Belgia, mengatakan kepada stesyen televisyen Israel Channel 2, Arab Saudi sudah menawarkan wilayah udaranya untuk dilintasi pesawat-pesawat jet tempur Israel guna menyerang Iran jika diperlukan.

Langkah itu sebagai balas budi buat Israel yang meningkatkan pembicaraan damai dengan Palestin .

"Pihak keselamatan  Saudi sudah berkoordinasi penuh dengan pegawai Israel dalam soal Iran," kata pegawai Eropah itu, seperti dilansir Sputnik News, Khamis (26/2).

Jika jet-jet tempur Israel boleh melintasi wilayah udara Arab Saudi maka Israel   boleh menyerang Teheran bila-bila saja tanpa perlu mengitari Teluk Parsi.

Channel 2 juga mengungkapkan pasukan intelijen Israel dan negara Arab juga sudah berbagi maklumat soal program nuklir Iran. 

Meski Israel dan Saudi tidak punya hubungan diplomatik, namun sejumlah laporan yang belum disahkan menyatakan kedua negara itu sudah banyak bekerja sama untuk menyerang Iran. - sumber

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa