“Sekiranya nak bohong buatlah sesuatu yang masuk akal,” kata Khairy
PUBLISHED: Feb 17, 2015 06:29pm
KUALA LUMPUR, 17 Februari:
Dakwaan PKR bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta empat jawatan menteri kepada Pakatan Rakyat hanyalah bertujuan untuk memecah belahkan UMNO.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata PKR sengaja mencipta cerita berkenaan hanya untuk menimbulkan rasa marah dan kesangsian dalam kalangan ahli UMNO terhadap presiden sendiri.
Menurutnya, ahli UMNO tidak bodoh dan tidak akan percaya ke atas pembohongan yang dimulakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan kemudiannya Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
“Tidak ada sebab Perdana Menteri untuk membuat tawaran seperti itu kepada PKR dan kita tahu ia sememangnya tidak benar.
“Ia merupakan satu pembohongan bodoh dan sekiranya nak berbohong buatlah sesuatu yang masuk akal,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi hari ini yang mengesahkan terdapat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar selepas pilihan raya umum lalu.
Katanya, tawaran itu turut termasuk dengan empat jawatan menteri kepada pemimpin PR namun ia bukanlah tawaran yang asli kerana hanya bertujuan menguji Anwar untuk menerimanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata sekiranya tawaran berkenaan disambut dan menjadi kenyataan, PR akan berpecah-belah. - TRP
Patut dicontohi kecerdikan Khairi yg memang pakar berbohong selama ini, sehinggakan Pak Lah sanggup buat menantu walaupun perangai macam hantu.
ReplyDeletetuduh liwat org bole pecaya inikan pulak tawar jawatan
ReplyDeletePolitik di 1 Malaysia ini semuanya tidak mustahil langsung. Kes pembunuhan Altantunya contohnya, motif pembunuhan tidak penting kata hakim. Sedangkan mahkamah di satu dunia pun akan mula menyoal motif sekiranya berlaku kes pembunuhan bagi mencari bukti sebenar bagaimana berlakunya pembunuhan tersebut. Tak kanlah Azilah Hadri dan Sirul Azhar saja suka-suka nak letopkan mayat Altantunya tanpa sebab dan arahan dari mana-mana individu VVIP yang terlibat. Negara 1 Malaysia ini tak lebih pun dari Zimbabwe atau Rwanda dalam memberi keadilan kepada rakyat dan membangunkan institusi kehakimannya. Manakala hakim-hakim yang beragama Islam itu tidak layak langsung mengaku mereka beragama Islam (dengan perbuatan khianat dan korupsi yang mereka lakukan terhadap rakyat dan sistem keadilan di negara ini). Kalau Hakim boleh dijual beli maka rakyat sudah hidup seperti di atas bara api.
ReplyDeleteKALAU BERZINA OR LIWAT-SUKA SAMA SUKA ,AKU TIDAK CERITA KPD ORANG.TAPI DSAI DIJATOHKAN ATAS SEKSYEN 377A DAN 377B ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA OLEH PENGADUNYA.YANG KENA LIWAT PUN PATUT KENA HUKUM JUGA MENGIKUT SEKSYEN INI.TAPI BLOODY FOOL TIDAK KENA.SEKSYEN INI ELOK TUKAR BARU IA ITU SEKSYEN 69.MALAYSIA NEGARA CARCA MARBA,YG BETUL JADI SALAH,YG SALAH JADI BETUL.
ReplyDeletezaman ketertipuan atas ketertipuan da....
ReplyDeletepkr umno pas dap mic mca bla bla bla semua dalam 1 "kapal" yg sama...masing2 x perasan je..dia ingat umno duduk dalam "kapal" yg lain...sekali 1 "kapal" da..
nama kapal tu "ketertipuan atas ketertipuan"
mcm tajuk novel da...
hehe
Setuju 100%, tukar saja kepada seksyen 69. Bangsat punya manusia suka suka tuduh dan hukum dengan seksyen yang salah. Dalam kes ini saifool pun patut dipenjara atas dasar suka sama suka. Bodoh punya Khairi J, jika nak ampu perlu pada tempatnya,. Kamu menegakkan benda yang tak betul hanya buat dosa, keneraka tempatnya. Ingat ALLAH akan selamat dunia dan akhirat.
ReplyDeleteMakna nya Rafizi tak pandai berbohong
ReplyDeletePunca segala kejahatan dlm umno ialah mamak madey. Dari isu kes liwat, royalti, rasuah, kroni, fitnah dll, semuanya kesinambungan dr mamak yg sngat kemaruk kuasa sampai langgar hukum agama dan kemanusiaan.
ReplyDelete