Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2015

Ha..haa.. kesianan....umpan sudah dibaham.....siapa yang akan bertepuk tangan?

Biasanya makhluk yang bodoh, bengap dan tamak saja yang gagal mengenal umpan dan pancing!

Masih adakah ruang penyatuan selepas multaqa, soal AJK PAS Pusat
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 23 February 2015 11:30 AM
Selepas multaqa ulama minggu lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad khuatir sama ada masih wujud atau tidak ruang menyatukan ulama dan profesional dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.

Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.
Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah.
"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.
Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu.
Multaqa itu diadakan menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.
Ini kali kedua multaqa sebegini diadakan bermula dengan yang pertama pada 2013 di Alor Star sebelum Muktamar PAS tahun itu.
Di akhir multaqa yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan, ia menyenaraikan 16 resolusi yang dibuat selaras dengan tema multaqa iaitu 'Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama'.
Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama.
Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.
Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
"Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.
Dalam suasana beginilah, kata Dzulkefly, beliau teringat dengan ayat Al-Quran yang selalu dibaca bekas presiden PAS allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor iaitu dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".
"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.
Beliau mempersoalkan kenapa perkara ini berlaku dalam era kepimpinan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang.
"Ia sangat mengganggu gugat jiwa saya," katanya.
Pandangan Dzulkefly turut disokong seorang pengkaji politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
"Dulu, meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergi kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS," tulis Agus dalam Facebooknya.
Agus juga jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS bukan menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, tetapi keredaan Allah yang dicari.
"Dulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, bagi membina Malaysia baru. Sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredaan Allah," tulisnya.
Beliau seterusnya menulis, PAS dulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, "sekarang menuntut ketaatan (wala') ahli kepada pemimpin".
Pensyarah sains politik itu juga berkata, era kepimpinan PAS dulu sangat bangga dengan gabungan antara ulama dan profesional dalam parti itu tetapi sekarang tidak lagi.
"Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri," tulisnya.
Seorang perwakilan multaqa semalam menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik Hadi.
Ia senada dengan saranan Hadi dalam Muktamar PAS tahun lalu yang meminta mereka yang mahu menjadi 'imam' mencari tanah lain dan buat masjid sendiri dan jadi 'imam'.
Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.
"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya.
Pengarah Operasi Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika membentangkan kertas kerja dalam multaqa itu pula berkata, saranan untuk kembali kepada kepimpinan ulama dibuat kerana khuatir pemimpin yang tidak dilantik daripada kalangan itu hanya akan menyesatkan ahlinya.
"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh sesat dan menyesatkan orang lain," katanya membentangkan kertas kerja mengenai gerakan Islam pasca kebangkitan Arab. – 23 Februari, 2015.

8 comments:

  1. Abe

    Inilah tindakan yang kita tunggu. Kita faham selama Almarhum TGNA maeih ada, mereka berdiam diri dan menerima sahaja apa juga serangan dari puak UG kerana malu dan m3nghormati Almarhum TGNA.

    Mereka masih berdiam diri apabila Almarhum kembali ke Rahmatullah sehingga Muttaqa. Respond ini timely kerana Muttaqa itu sendiri adalah satu penyalahgunaan kuasa yang jelas ol3h puak UG untuk menyerang rakan dalam parti menggunakan platform parti. How lower can you go than tis Muttaqa.

    Satu lagi apa makna Muttaqa kali ini? Muttaqa kali ini ialah satu perisytiharan secara terang-terangan dan terbuka puak UG untuk menghapuskan golongan yang berpegang kepada dasar dan perjuangan PAS sebenar. Mengapa mereka pilih untuk mengisytiharkan peperangan terbuka kepada puak pofessional? Kerana pihak ini mempunyai sokongan dan pengaruh diperingkat akar umbi yang boleh menghalang cita-cita puak UG untuk berdakap dengan UMNO.

    Dengan pengisytiharan ini, sekarang keadaannya ialalh the gloves are off. Pihak yang diserang kena mempertahankan diri mereka secara berdepan juga. Else yang menjadi mangsa ialah PAS dan ahli-ahli yang masih berpegang kepada perjuangan dan dasar-dasar PAS untuk tidak bersama UMNO.

    Terbaru mereka mendedahkan rakaman perbualan Mat Sabu dengan seorang individu.Mereka gunakan rakaman perbualan itu untuk menuduh Mat Sabu merancang untuk mengulingkan Presiden.

    Bagi saya ia adalah perbualan biasa dimana banyak maklumat mengenai mesyuarat JKPP semasa krisis MB Selangor yang sampai keakar umbi tidak betul. Mat Sabu kata perlu digerakkan usaha untuk membetulkan situasi penyebaran berita tidak tepat itu.

    Let see how the UG guys gonna play this issue out. I b3lieve, macam biasa la, mereka akan putar belit, tokok tambah dan mekap mengikut selera mereka, mereka spin tahap xmasuk akal. Kita dah tengok macamana mereka tersadung kaki dalam kes Dr Hatta. Kes rakaman Mat Sabu ni pun akan jadi macam kes Dr Hatta. Tercunggap-cunggap dan teserlah kebodohan dan niat buruk mereka.

    ReplyDelete
  2. Kita lihat nanti sekiranya golongan ulamak mahu meminggirkan profesioanal siapa yang akan terhumban dalam pilaharaya nanti.profisional jangan bimbang,sekiranya atas tikit bebas pun kamu akan menang hendaknya lagi kumpulan ini membina pertubuahn PASMA untuk menjadi kuat,di Selangor dimana calun pas disitu akan ada calun dari bebas profisional atau Pasma,Pas akan kecundang,cina takan bagi undi.

    ReplyDelete
  3. Sye mls lah nk berhujjah..sbenarnye bat8 la yg bodoh..brhujjah dgn org bodoh nanti sye pula yg jdi bodoh..jgn marah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6:10

      hahahaha.......ada jugak manusia cerdik macam ni. Adussssss

      Sepatutnya sangat mudah bagi seorang yang cerdik hendak menunjukkan kebodohan orang bodoh seperti saya. Tengah cirit pun boleh jawab.

      hahahaha......"cerdik " orang macam-macam.....hahahaha.

      Delete
  4. tamat sudah cerita keluar barisan masuk bulatan dan pas for all....
    perjuangan rakyat tumbangkan umno dan bn hampir musnah dirosakan segelintir ulamak dlm pas....
    tq tq tq dan tahniah.
    hebat sekali segelintir puak ulama dlm pas yg hanya nak pertahankan hadi awang tapi rosakkan perjuangan rakyat...

    ReplyDelete
  5. Betul ke ni ????

    http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=464901:d-day-for-najib-we-cannot-‘tahan’-anymore&Itemid=2#axzz3SZ017Kxb

    ReplyDelete
  6. 1) "Munafik". Itulah gelaran yang amat sesuai diberi kepada geng Ulamak UG/GU dalam PAS.

    2) "Perasan". Mereka terlalu perasan rakyat terutama golongan muda menyokong PAS dek kerana gelaran "ulama" mereka tu? Sorry! PAS begitu cemerlang semasa Al Marhum Ust Fadzil Noor kerana membuka ruang kepada golongan profesional bagi menyertai perjuangan PAS di mana Al Marhum sendiri adalah golongan Profesional. PAS masih boleh bertahan di 2 PRU disebabkan rakan PR sahaja, kalau bukan kerana gabungan PR dan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim maka dah lama PAS kembali sebagai Parti Lebai Kampung.

    3) Ego, sombong dan tidak bijak berpolitik - Perangai Ulamak UG PAS sekarang ini semuanya terkandung dalam perkataan tersebut.

    ReplyDelete
  7. memalukan.
    PAS jgn jadi bodoh. Tanya Najib, Tanya Muhyiddin, Tanya BN, adakah mereka merestui mahu melaksanakan hudud. Kalau setakat pandangan dari sorang dua menteri yg mungkin menyetujui, sedangkan yg buat keputusan ialah kabinet mereka, usah jadi macam beruk dapat bunga sudah la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa