Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Hah...apa macam, ada telor tak?

'Biar Majlis Peguam, Shafee debat kes Liwat II'
mk - 5:14PM - 26 Feb 2015 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, individu yang sepatutnya berdebat berhubung kes Liwat II ialah peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah dan presiden Majlis Peguam.

Katanya, ia akan memberi peluang kepada presiden Majlis Peguam Christopher Leong untuk menjelaskan lagi mengenai “kenyataan yang tidak munasabah” dalam kes tersebut.

Shabery berkata, beliau sedia menganjurkan debat antara Shafee dan Christopher sekiranya presiden Majlis Peguam itu bersetuju.

"Saya nak dengar. Tolong tanyakan pada Majlis Peguam selepas ini. Kalau mereka menyahut seruan ini, pada bila-bila masa kita boleh anjurkan.

"Kita boleh fikirkan apakah kaedah yang baik, di mana tempatnya, berapa lama, apakah peraturannya dan sebagainya," katanya kepada pemberita.

Beliau ditanya mengenai kesediaan kementeriannya untuk menganjurkan debat berhubung kes Liwat II di antara naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian selepas sidang media orkestra RTM@Java Jazz Festival di Angkasapuri, hari ini.

1 comment:

  1. Cantik sangat cadangan untuk mengadakan debat tersebut tetapi perlulah dibuat secara terbuka, bersiaran langsung di tv serta memberi cukup ruang kpd setiap pendebat mengemkakan hujah dan soalan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa