Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 18, 2015

Hampir semua institusi sudah ‘dirosakkan’

Hampir semua institusi sudah ‘dirosakkan’ oleh Umno-Baru
Mariam Mokhtar

SUARA LANTANG: Saiful Bukhari Azlan barangkali sedang tersenyum gembira kerana hakim mempercayai dirinya. “Berkat doa dan kesabaran selama tujuh tahun, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan dakwaan saya adalah benar, dan saya adalah saksi yang boleh dipercayai.”

Beliau kemudian menghina ribuan rakyat Malaysia apabila berkata, “Sejak dari mula, ketika saya membuat laporan polis sehinggalah sekarang, apa yang saya mahu selaku warga negara ini adalah agar laporan terhadap Anwar disiasat dan diadili, tidak lebih daripada itu.”

Saifu adalah insan “istimewa”. Ramai keluarga lain mencuba, namun gagal mendapat keadilan. Seperti Saiful, mereka juga mahukan siasatan menyeluruh dilakukan ke atas insan yang mereka sayangi. Mereka adalah keluarga A Kugan, Ahmad Sarbani, Altantuya Shaariibuu, Aminulrasyid Amzah, Teo Beng Hock. Mereka membayar dengan nyawa. 

Ada yang hidup, namun ramai yang kehilangan mata pencarian dan maruah. Ada yang sakit, atau berhadapan hubungan yang hancur. Pokoknya, mereka hilang kepercayaan terhadap sistem kehakiman Malaysia.

Hari yang sama ketika Saiful memberikan penghargaan kepada kehakiman, kartunis Zunar ditahan kerana menulis di Twitter bahawa “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”

Zunar berkata benar. Sistem kehakiman telah dirosakkan pada tahun 1988, oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada 1987, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Mahathir melakukan penipuan dalam Pemilihan Agong Umno, dan mahkamah mengisytiharkan Umno yang asal sebagai haram. Mahathir dimalukan di peringkat antarabangsa dan kemudiannya sistem kehakiman mendapat padah. British meninggalkan kita dengan Perlembagaan yang dihormati, namun Mahathir dan Perdana-perdana Menteri selepas itu menghancurkannya.

Tindakan Ketua Polis Negara terhadap Zunar mengesahkan bahawa PDRM adalah institusi kedua yang dirosakkan. Tan Sri Khalid Abu Bakar mungkin ingin menangkap semua yang tidak bersetuju dengan Umno Baru, namun pastinya lokap tidak mampu menampung 53 peratus warga Malaysia.

Mengapa Khalid twit tentang penahanan peguam Eric Paulsen, tidak lama selepas beliau ditangkap? Khalid menguruskan media sosial lebih baik daripada menangani jenayah.

PDRM bertindak seperti sebahagian daripada Umno Baru, dan penahanan Paulsen adalah untuk membuktikan kepada orang Melayu, Umno Baru adalah pembela Islam dan Melayu.

Institusi agama seperti Jakim diwujudkan untuk menjaga Islam, namun mereka sebaliknya menyalahgunakan agama untuk keuntungan politik.

Institusi ini juga bertindak sebagai sebahagian daripada Umno Baru. Pengharaman kalimah “Allah” terhadap orang bukan Islam di Semenanjung adalah bermotif politik. Fatwa ditaburkan seperti confetti dan digunakan untuk mengawal tingkah laku orang Melayu (baca: Islam). Khutbah Jumaat membawa nada politik.

Ketika British meninggalkan negara ini, perkhidmatan awam sangat dihormati di kalangan rakyat. Namun tidak lama kemudian, ia juga dirosakkan Umno dan Umno Baru.

Hari ini, ramai penjawat awam peringkat tinggi, seperti tuan politik mereka, lebih cenderung terhadap kepentingan peribadi berbanding berkhidmat kepada rakyat.

Najib memerlukan 45,000 penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri (PMO). Mengapa? PMO membuat kenyataan tentang “kebebasan” sistem kehakiman dalam perbicaraan Anwar, sebelum hakim menyatakan hukuman. Ia menunjukkan sabitan itu telah pun diputuskan terlebih dahulu.
Beberapa minggu lalu, Mejar Zaidi Ahmad dipecat daripada Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM), hanya kerana berani membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13. 

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bukanlah badan bebas, tetapi seperti berfungsi di bawah Umno Baru. 

Persempadanan semula dijalankan untuk menjamin kemenangan Umno Baru dalam PRU 14. Anda boleh membantu menyelamatkan negara dengan menyuarakan bantahan terhadap tindakan itu.

Media seperti Utusan dan TV3 adalah unit mencuci otak oleh Umno Baru.

Mereka mempunyai dua peranan – menyebarkan propaganda dan mengagungkan pemimpin Umno Baru. Mereka juga membuatkan suri rumah terpaku di kaca TV, dengan menayangkan drama sepanjang hari untuk melalaikan mereka.

British meninggalkan kita sistem pendidikan yang menjadi kebanggaan Asia. Hari ini, pendidikan yang baik perlu dibayar. VVIP dan “Umno-Baruputra” mampu untuk menghantar anak mereka ke luar negara.

Namun kita semua menerima pendidikan yang di bawah standard, dan bertelagah tentang hak Melayu dan bukan Melayu untuk masuk ke universiti awam. Juga ada tanggapan bahawa mereka yang berbahasa Inggeris tidak patriotik.

Keadaan fiskal kita menunjukkan tanda-tanda kejatuhan. Bank Negara seperti tidak bimbang berhubung berbilion ringgit dalam aliran keluar wang haram. Turut membimbangkan adalah hakikat seorang “billionaire” menyuntik dana kecemasan kepada 1MDB. Najib pernah berkata, “You help me, I help you”, yang membuatkan kita tertanya-tanya apakah yang berlaku di sebaliknya. Tidak ada apa yang percuma, walaupun di Putrajaya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah lama diketahui hanya menyiasat dan mendakwa “ikan bilis” dan takut kepada “jerung” di dalam sistem. 

Sebenarnya banyak sekali tugas SPRM, namun Umno Baru pasti tidak mahu kesalahan mereka didedahkan kepada umum.

Kita pernah percaya bahawa wakil rakyat yang diundi boleh bersuara dengan bebas dan tanpa takut di Parlimen. Ia bergantung kepada parti wakil rakyat anda. 

Pembangkang ditutup mulut, apabila speaker yang memihak Umno Baru boleh menutup mikrofon mereka dengan begitu sahaja.

Inilah sepuluh institusi yang telah dirosakkan. Dalam pengetahuan anda, wujudkah institusi yang masih bebas daripada cengkaman?
Mariam Mokhtar adalah “rakyat Malaysia yang berani berkata benar”.

5 comments:

  1. Sebagai rakyat malaysia yg waras ada ugama kita dah tahu kerajaan umno bn memang haprak , kita kenalah kerajaan lain iaitu pakatan rakyat yg lebih relevan.

    ReplyDelete
  2. Mau muntah baca lu punya tulisan - kuat betul bau punggung Anwar

    ReplyDelete
  3. nak tunggu komen KPN melalui twitter. mariam, hati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miriam Mokhtar dok kat London....kalau x dah lama kena cekup

      Delete
  4. Bebudak lahanat msna tau buat kerja betol , kalau tak lahanat mana boleh kaya ber gaya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa