Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 16, 2015

Salakan anjing liar?

Isu berkaitan: link -  Tok Pa enggan layan Ibrahim Ali, keputusan tanding Chempaka di tangan Najib

Mustapa tidak payah layan salakan anjing liar

SENYUMAN MALAM                                                                                
Mustapa: Tak perlu layan.
Elok dan molek sangat kalau Mustapa Mohamed tidak layan kritikan Inchek Ibrahim Ali berhubungan cadangan peribadinya agar Umno tidak meletakkan calon di pilihan raya kecil Dun Chempaka.

Mustapa harus membiarkan Ibrahim menyalak bagaikan anjing salak bukit kerana bukit tidak akan runtuh dengan salakan anjing. Sikap Ibrahim itu tak ubah seperti anjing liar sahaja. Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat anjing apabila haiwan itu ternampak sesuatu atas bukit ia akan menyalak tanpa tentu fasal.


Ibrahim menyifatkan cadangan peribadi Mustapa untuk tidak meletakkan calon di pilihan raya kecil Chempaka yang bakal diadakan nanti ekoran kematian Adunya Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menggambarkan Umno pengecut dan takut kalah.


Sebelum ini Mustapa membuat cadangan itu kerana ingin menumpukan kepada usaha pemulihan banjir di Kelantan. Benar juga cadangan Mustapa itu tumpuan perlu diberikan kepada menangani masalah rakyat daripada menyertai pilihan raya berkenaan. Politik harus dikendurkan untuk mengatasi masalah rakyat.


Adalah bijak bagi Mustapa tidak terlibat dalam pilihan raya itu kerana ia bukan saja menghabiskan wang, masa dan tenaga, tetapi mungkin ia boleh menjejaskan suasana kendur hubungan Umno - Pas yang mula terbentuk sebaik Allahyarham Nik Aziz melepaskan kerusi MB dan kepimpinan Pas kepada Ahmad Yaakob.


Ramai orang bersetui dengan cadangan Mustapa itu bukan sahaja pemimpin Umno Kelantan tetapi pemimpin Pas juga meyambut baik. Tentu Pas suka kalau mendapat kerusi Chempaka itu tanpa ada pertandingan. Kemenangan tanpa mengeluarkan peluh sesuatu yang mkenguntungkan. Cuma Pas dalam pada itu jangan menjadi ralik dengan tindakan dan keputusan Umno itu perlu dilihat sebagai satu strategi politik.


Dalam pada itu kalau Ibrahim meyifatkan Mustapa atau Umno penakut untuk menyertai pilihan raya kecil itu, apa kata kalau beliau sendiri ikut bertanding. Atau letakkan calonnya sebagai proksinya. Sebelum membilang orang lain takut, Ibrahim perlu selak kain dan tengoknya "barang"nya sendiri berani atau tidak, hidup atau sudah gemulai. Haha...[wm.kl.8:45 pm 16/02/15]

1 comment:

  1. Orang orang ini tak de kerja dah kenyang makan duit rakyat free...

    Biasa lah

    Orang orang Melayu bila dah tak entot entot , dia entot rakyat pulak.

    Ini budak budak pekan gaya nya ; budak bandar sibuk cari makan halal saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa