Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 27, 2015

Biadap?

Zul Nordin berniat jahat, biadab – Yusmadi Yusoff
Published On: Thu, Feb 26th, 2015

PETALING JAYA: Zulkifli Nordin dilihat berniat jahat dan bersikap biadab apabila mempertikaikan intipati dokumen permohonan pengampunan yang difailkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong pada saat akhir, Selasa lalu.
Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, pendirian konsisten Zulkifli berhubung isu ini jelas menampakkan beliau ada motif tersembunyi terhadap keluarga Anwar.
“Pada peringkat ini, permohonan tersebut baharu diusulkan dan belum lagi diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya lihat beliau seolah-olah ada niat tidak baik terhadap keluarga Anwar,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Malah, Pengerusi Yayasan Rights itu turut menyifatkan tindakan Zulkifli sebagai penghinaan terhadap institusi Diraja.
“Siapa Zulkifli? Sejak bila dia ada daulat? Individu yang buat keputusan mengenai permohonan tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Jadi dia biadab kerana mencemar kemuliaan Yang di-Pertuan Agong dan integriti badan kehakiman,” katanya.
Beliau turut menemplak Zulkifli sebagai tidak tahu undang-undang walaupun beliau seorang peguam.
“Dia tidak tahu undang-undang. Dalam kes ini, keluarga Anwar iaitu warisnya ada hak untuk mewakili beliau dalam mengemukakan petisyen pengampunan itu,” katanya.
Yusmadi berkata, pada peringkat ini sesiapa sahaja tidak boleh membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut kerana keputusan terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
“Pengampunan Diraja adalah peringkat tertinggi sistem keadilan berperlembagaan. Jadi keluarga pesalah ada hak untuk mengemukakan permohonan tersebut seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara,” katanya.
Menurutnya, pengampunan Diraja ada dua aspek iaitu pesalah mengakui dari segi hukuman atau dari segi perlakuan.
“Dalam kes ini, menerusi pemahaman saya keluarga (Anwar) mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku dalam kes. Bagi saya permohanan itu boleh dibuat tapi dapat atau tidak itu bukan atas budi bicara kita tapi bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Terdahulu, Zulkifli mempertikaikan isi kandungan dokumen pengampunan yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili suaminya, Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.
Zulkifli yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, permohonan pengampunan yang dikemukakan Dr Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Anwar yang konsisten tidak mahu membuat permohonan pengampunan.
Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, pakar perlembagaan, Tan Dri Dr Rais Yatim berkata Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat pengampunan atau membuat keputusan kerana ia merupakan budi bicara baginda.
Jelas beliau, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk memanggil orang yang dirasakan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan itu.
“Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan mendengarnya, tidak ada sesuatu yang boleh menggesanya atau memaksa baginda. - sumber

8 comments:

  1. Ada lagi rupanya ZulNord ni, ingatkan udah berhijrah ke Masjidil Haram jadi khadam masjid..

    ReplyDelete
  2. Satu soalan perlu dijawab oleh Zulkifli Nordin, apakah beliau sendiri pernah diliwat oleh Anwar? Jika ya, memang patutlah dia memberi komen sebegitu DAN jika tidak, dia tiada hak langsung untuk berkata apa pun.

    ReplyDelete
  3. Menyatakan bahawa si bedul ni lulus undang undang tetapi tak faham dengan apa yang di pelajari ada kebenaran nya. Bukti nya setiap kes yang di kendalikan tak pernah selesai - "PUTUS DI TENGAH JALAN". Bukti nya kes Asiah Buhari, gadis dari Rimba Terjun, Pontian yang di murtadkan. Dalam kes Altanttuya, bukan kah beliau menjadi peguam bela dari salah seorang tertuduh juga "PUTUS DI TENGAH JALAN".
    Seperkara lagi, kalau dia tahu apa yang pelajari nya sudah pasti dia melangsaikan hutang dengan seorang wanita yang sudah lama tertangguh.
    Sebenar nya bukan semua yang berkelulusan undang undang tahu apa itu undang undang. Sama saperti Swami Loganathan yang kini di kata kan sedang melakukan "ROAD SHOW" untuk memberi "PENJELASAN" berkaitan dengan kes sodomy atau sondol me II.

    ReplyDelete
  4. Zul munafiq kulim yg bawak beg mcm kuli utk peguam senior naiik turun court...

    Bekas ahli pas di didik mcm ni lah

    ReplyDelete
  5. pembelot & pengkhianat lidah biawak mahu tarik perhatian & ampu sekuat mungkin ! bila tidak laku jadi pecacai parti sekutu apco inilah akibatnya ,ABU !

    ReplyDelete
  6. aku ingat dah mampos ...rupanya idup lagi makhluk sekor ni...

    ReplyDelete
  7. Si.mulut bangkai sudah kembali..berkopiah utk mengabui mata org.. manusia berhati perut busuk..najis..

    ReplyDelete
  8. sedih..zul nordin telah jadi melayu yg anti melayu,ahli fitnah melayu,ahli penghasut melayu.
    kpd zul nordin,apakah kerugian dan keuntungan yg.engkau tanggong jika DSAI diberi pengampunan oleh DYMMYDPA.sila jawab yg ni dulu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa