Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Teka-teki: Siapa sebenarnya yang patut memohon ampun dari Allah?

Siapa Mamat ni nak ajar Agong?

Pengampunan diraja Anwar patut ditolak
 | February 26, 2015
Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu menilai dan mempersoal kehakiman dalam penghakiman mereka terhadap kes Anwar.
zulkifli anwarPETALING JAYA: Bekas ahli PKR dan juga peguam, Zulkifli Noordin menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan dari Allah berbanding memperoleh pengampunan Diraja yang petisyennya difailkan oleh ahli keluarga beliau.
Katanya, Ketua Pembangkang itu juga perlu memohon maaf kepada bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan secara terbuka dan bersemuka kerana perbuatan liwat “bertentangan dengan hukum Allah.”
Mengulas lanjut permohonan pengampunan Diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, ia perlu ditolak kerana difailkan tanpa kebenaran atau pengetahuan Ketua Umum PKR itu sendiri.
Jelas Zulkifli, setakat ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri belum membuat sebarang kenyataan mengenai sama ada beliau atau peguamnya bersetuju dengan pengampunan itu.
Sehubungan itu tegas beliau, Yang di-Pertuan Agong perlu menganggap dokumen yang dikemukakan sebagai bukan petisyen kerana Anwar gagal membuat pengesahan selain Ketua Umum PKR itu konsisten dengan pendiriannya menolak pengampunan Diraja.
Jelasnya, antara elemen dan syarat dalam pengampunan diraja ialah pengakuan bersalah, menyesali kesilapan dan deklarasi bersumpah denganjanji tidak mengulangi kesalahan.
Bagaimanapun kata beliau, petisyen itu dikemukakan dengan alasan Anwar dizalami dalam pendakwaan politik sekaligus menunjukkan sikap tidak menghormati institusi raja kerana hakim-hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Zulkifli juga menyifatkan permohonan petisyen itu sebagai “luar biasa” kerana kebiasaannya ia dikemukakan untuk kes berkaitan hukuman mati dan penjara seumur hidup.
“Untuk seseorang yang menjalani hukuman penjara lima tahun dan berterusan melaungkan ‘Lawan tetap lawan’, petisyen ini suatu yang agak mustahil,” ujarnya.

5 comments:

  1. Lahanat ini tak sudah sudah.

    Muka nya sudah cukup tunjuk isi hati nya.

    Kesian.

    Moga2 dapat hidayah sebelum ke kubor.

    Kesian Mak Ayah nya.

    ReplyDelete
  2. Orang yang sakit otak ini tidak payah dilayan apa2 percakapan dia. Buang masa saja.

    ReplyDelete
  3. Kesian ayahnay bernama Nordin bererti cahaya agama,tapi anaknya nama zulkefli tapi tidak bercahaya,yang ada padanya hanya gelap tak bersinar,jiwanya kelamkabut,makananya kita tak tahu hasil dari mana,nak kata dia kerja,apa kerjayanya setakat ni.Peguam ke,pencari bahan lusuh ke,peniaga ke,penyapu sampah ke.selama ni tak pernah tenguk pun dia kerja apa.mungkin hasil dari maki hamun anwar dia dapat rejeki terpijak. TERUSKAN zulkefli tak nordin

    ReplyDelete
  4. tanya dia, utang dah bayar ker blom?

    ReplyDelete
  5. Sekiranya kamu Zulkifli Nordin seorang yg benar2 berpegang kpd dua kalimah syahadah, berikut ini nasihat aku.
    Dlm kupasan kamu, kamu telah membuat tuduhan Anwar telah meliwat Saiful sedangkan kamu sendiri tidak menyaksikannya, malah kamu juga tidak ada cukup 4 orang saksi, maka kamu sebenarnya telah meletakkan diri kamu mengikut syariat islam iaitu;
    a) Kamu layak untuk disebat 80 kali
    b) Gugur taraf kesaksian kamu selama-lamanya, iaitu tidak layak menjadi saksi
    c) Kamu termasuk dlm kategori fasik
    Ketiga-tiga yg a, b dan c itu bukan aku yg suka2 nak kata, tetapi itulah peruntukan syariat islam. Kamu adalah dinasihatkan mendapatkan pandangan dan pencerahan mana2 ustaz atau ustazah sama ada di Malaysia ini ataupun mana2 negara lain yg kamu pilih sendiri asalkan ustaz ataupun ustazah itu berwibawa dan mahir dlm memkatakan mengenai hukum islam.
    Jika benar sekalipun Anwar telah meliwat, kamu yg menuduhnya mesti dan wajib mendatangkan 4 orang saksi dan jika gagal maka kamu itu adalah spt keterangan tadi. Manakala jika tidak benar pula, ia tetap serupa hukumannya kerana kamu telah membuat fitnah. Ingat baik2, untuk menuduh seseorang itu berzina atau meliwat, WAJIB ada 4 orang saksi yg menepati syarat kesaksian. Perihal hukum syariat, ia bukan boleh dipermainkan kerana secara tidak langsung kesannya boleh membawa kpd terbatalnya syahadah yg dimaksudkan.
    Aku telah beri nasihat dan terpulanglah kpd kamu sendiri untuk bertindak, semoga segala amal ibadah kamu tidak sia-sia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa