Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 16, 2015

Biar betul.....macam nak perang pulak?

Polis Kedah temui lebih banyak senjata api berkuasa tinggi, peluru
DI ALOR SETAR - 16 FEB 2015
Senjata api berkuasa tinggi lengkap dengan teleskop penembak tepat yang dirampas polis Kedah daripada kapal layar asing di Pulau Langkawi Khamis lalu

Selepas kejayaan merampas 23 pucuk senjata api dan ribuan peluru di dalam dua kejadian berasingan di Pulau Langkawi September tahun lepas, Polis Kedah hari ini mengumumkan kejayaannya merampas lebih banyak senjata api di pulau peranginan itu Khamis lepas.

Bertindak atas maklumat awam Khamis lepas, Polis Kedah telah memeriksa sebuah kapal layar yang telah berlabuh di sebuah jeti di pulau peranginan itu sejak Ogos tahun lepas dan menemui lima pucuk senjata api berkuasa tinggi dan 900 butir peluru pelbagai jenis.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya, kapal layar yang diberi nama "Crescent" sebenarnya telah ditinggalkan oleh pemiliknya, seorang lelaki warga Afrika Selatan berusia 40-an di jeti berkenaan sejak Ogos tahun lepas.

Rampasan senjata api oleh Polis di Pulau Langkawi September tahun lepas itu turut melibatkan warga Afrika Selatan.

"Mengikut rekod Imigresen, lelaki itu telah pun meninggalkan Pulau Langkawi dan kami sedang berurusan dengan Kedutaan Afrika Selatan untuk mengesan lelaki terbabit dan menyelidiki lebih lanjut tentang latarbelakangnya," katanya di Alor Setar hari ini.

Apa yang lebih membimbangkan pihak polis tentang penemuan senjata api di Pulau Langkawi kali ini katanya adalah, tiga daripada senjata api itu turut dilengkapi dengan teleskop bagi penembak tepat serta dua alatan penyenyap bunyi atau lebih dikenali sebagai "silencer."

Polis katanya, masih menyiasat tujuan senjata api itu dilengkapi dengan teleskop penembak tepat dan alat penyenyap bunyi itu serta motif senjata api itu berada di pulau peranginan terkenal negara yang dikunjungi jutaan pelancong dalam dan luar negara saban tahun.

"Kami (pihak polis) masih menyiasat tentang motif kes ini," katanya sama ada terdapat kemungkinan kes ini mempunyai sebarang kaitan dengan kegiatan militan.

Mengikut rekod pihak Imigresen katanya, warga Afrika Selatan itu pertama kali berada di Langkawi, manakala destinasi sebelum dan selepas pulau peranginan itu masih lagi di dalam siasatan pihak polis.

Pemilik-pemilik kapal layar atau dagang asing menurutnya, perlu memohon permit daripada pihak polis untuk membawa dan menggunakan senjata api, sebelum pihak berkuasa menimbangkannya untuk memberikan mereka permit.

Apa yang jelas katanya, kes di Pulau Langkawi Khamis lepas itu merupakan satu kesalahan kerana pemiliknya bukan sahaja tidak memiliki permit bagi senjata api itu, tetapi ia juga gagal mengisytiharkan kewujudan senjata-senjata berkuasa tinggi itu di Pulau Langkawi. - MalaysiaGazette

5 comments:

  1. Boleh jadi ia plan seorang tua, mana tahu jika ada orang pekan datang ke Langkawi, teeuung->gol.

    ReplyDelete
  2. Laaa...buat apa Polis nak siasat motif pulak...bukankah MOTIF tidak penting macam dalam kes pembunuhan Altantuya... Polis ni tak belajar dari pengalaman ka....

    ReplyDelete
  3. Ada ada saja

    Nak guna tangkap ikan belukang lah tu.

    Ikan belukang saja tak kena GST

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa