Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 16, 2015

Rosmah ziarah keluarga Nik Aziz

mk - 5:47PM - 16 Feb 2015

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menziarahi keluarga Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di Kota Bharu.
    
Beliau yang tiba di kediaman itu pada 3.10 petang, turut diiringi Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.
    
Rosmah meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.
    
Beliau juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.
    
"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.

"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya kepada pemberita di sini.
    
Terdahulu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada lebih 5,000 mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Tumpat.
    
Sumbangan berkenaan turut diagihkan kepada 15 mangsa banjir di Kampung Tanjong Kuala, Pengkalan Kubor.
    
Allahyarham Nik Abdul Aziz,84, yang juga Mursyidul Am PAS meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lepas.
    
Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu menghidap kanser prostat.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa