Mengaku diri beramal dengan Islam, di manakah keyakinan kepada Allah?
PETALING JAYA : Selebriti dakwah, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyelar sesetengah pihak yang mempertikai Islam dengan kejahilan mereka.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan Jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin baru-baru ini yang bersangka buruk mengenai undang-undang Islam sedangkan negara ini belum pernah melalui dan merasainya.
“Mengaku diri beramal dengan Islam, di manakah keyakinan kepada Allah? Tidakkah kita yakin kepada rahmat Allah apabila perintahnya dilaksanakan?
“Paling kurang, pergilah melawat ke Brunei. Lihat betapa aman sentosanya keadaan di sana. Rahmat Allah datang mencurah-curah sejak syariat Islam dilaksanakan?” katanya.
Ridhuan yang merupakan kolumnis akhbar itu turut memberi persoalan kepada Noor Farida adakah sistem yang diamalkan hari ini berjaya membendung jenayah rogol malah sebaliknya semakin ramai yang dirogol dan jenayah juga berleluasa.
“Ilmu kita tentang rogol, jangan hanya terhad pada empat saksi sahaja dan buku Inggeris Hashim Kamali. Kitab-kitab hendak ditelaah bersekali. Apakah benar jika tiada empat saksi, maka bebaslah perogol?
“Bagaimana pula dengan takzir, hirabah (kerana memeras), Qisas (jika mencederakan atau menyebakan kematian), diat (denda gantirugi) dan sebagainya?,” soalnya.
Katanya, kepelbagaian kes seperti itu boleh disabitkan melalui pelbagai kaedah mengikut pertuduhan, malah kes rogol lebih mudah ditangani berbanding zina.
“Inilah akibatnya apabila si jahil berbicara dalam bidang bukan kepakarannya. Pakar pun, kadangkala kalah juga, bila berada di mahkamah (ICJ). Apatah lagi bila rambut mengerbang. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Malu dan boleh merosakkan akidah,” sindirnya.
Dalam pada itu, Ridhuan turut menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang, Chong Eng yang mengkritik khutbah Jumaat mengenai isu menutup aurat wanita bagi mengelakkan daripada dirogol.
Katanya, mereka yang memahami mengenai intipati khutbah yang ingin disampaikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua minggu lalu adalah bertujuan mengangkat martabat wanita.
“Peliknya, khutbah itu ditujukan kepada orang Islam, kenapa yang tidak bersunat gatal punggung. Peliknya, kenapa MCA, Gerakan dan lain-lain diam membisu? Tidak pula dituduh wanita putih ini rasis?
“Kena pada kita, rasis belaka. Kena kepada mereka, itu namanya hak. Peliknya lagi, kenapa tidak bandingkan kes rogol di negara barat yang tidak menutup aurat atau negara paling seksi?,” soalnya.
Beliau turut memberi nasihat kepada Chong Eng yang mempertikai mengenai agama Islam tidak perlu mencampuri hal ehwal agama itu kerana menutup aurat adalah sebagai langkah pencegahan.
Apa nak gaduh gaduh.
ReplyDeleteIslam kan suroh di beri pendidikan pada yang tidak ber nasib baik...
Kenapa sampai nak jadi TOHAN kata itu kata ini ; Islam tak suroh umat umat nya jadi TOHAN.
Budak Tee ini pun bukan betul. Kat China ada 60 juta Tee tapi tak ada masalah pun.
Bukan mudah nak orang prang bahalol jadi lebih bahalol , tapi di Malaysia Boleh !!!!
Baca ayat ini dan teliti betul2: 'Beliau turut memberi nasihat kepada Chong Eng yang mempertikai mengenai agama Islam tidak perlu mencampuri hal ehwal agama itu kerana menutup aurat adalah sebagai langkah pencegahan'
ReplyDeleteNampak tak apa kesalahan dlm ayat itu? Biar aku explain, menutup aurat sebenarnya BUKAN sebagai langkah pencegahan tetapi ia adalah perintah Allah SWT yg WAJIB dipatuhi. Ia dikatakan sebagai langkah pencegahan, hanya berpandu kpd logik akal manusia dan tiada dinyatakan begitu dlm Al-Quran. Kalau ada sesiapa nak pertikai perintah Allah itu, silalah berjumpa dgn Allah dan tanya terus padaNya.