mk - 3:00PM - 21 Feb 2015
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa telah menghina mahkamah dengan mendedahkan keterangan secara tertutup di mahkamah kepada umum, kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia, Gurdial Singh Nijar.
Katanya, apabila bukti mahkamah memerintah keterangan diberi secara tertutup (in camera), maka butiran itu tidak boleh didedahkan di luar mahkamah.
Prosiding secara tertutup adalah ia didengar di hadapan hakim di mana orang ramai dan media tidak dibenarkan berada dalam dewan mahkamah.
Sebab itulah, kata Gurdial, keterangan tersebut tidak boleh dilaporkan oleh akhbar dan sesiapa saja.
Apabila keterangan ini didedahkan kepada umum, maka perintah mahkamah itu telah dilanggari, katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, ia jelas menghina mahkamah dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara, denda atau kedua-duanya.
Gurdial (kanan) mengulas mengenai Shafee, yang mendedahkan di sebuah forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno, Selasa lalu, butiran berhubung dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Shafee, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengendalikan pendakwaan kes itu, memberitahu forum tersebut butiran yang diberikan oleh pengadu, Saiful, secara tertutup.
Gurdial menambah ia terpulang kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.
Perkara itu juga, katanya, boleh dibawa ke perhatian mahkamah oleh orang lain yang berkepentingan dalam prosiding itu atau sesiapa yang mengetahui mengenai tindakan menghina mahkamah itu.
"Mahkamah juga boleh memulakan prosiding dan merangka pertuduhan terhadap mana-mana orang yang melanggar perintah mahkamah atas inisiatifnya sendiri."
Sementara itu, peguam dan pakar perlembagaan Syahredzan Johan menyifatkan pendedahan Shafee mengenai keterangan yang diberi secara tertutup, sebagai perbuatan "mencemarkan nama baik atas alasan perbincangan undang-undang".
Menurut Syahredzan, terdapat sebab-sebabnya mengapa prosiding dibuat secara tertutup.
"Anda tidak mahu aspek tertentu prosiding didedahkan kepada umum,” katanya kepada Malaysiakini.
Oleh itu, tambahnya, peguam yang terlibat dalam kes itu - sama ada timbalan pendakwa raya atau peguam - untuk mendedahkan apa yang merupakan sebahagian daripada keterangan secara tutup kepada umum.
Jika tidak, tegas Syahredzan, seluruh maksud prosiding mahkamah secara tertutup itu tidak bermakna.
Ni kan jenis Mandalar kat zaman melaka dulu... Perosak negara.... Sanggup jual maruah negara melalui merosakkan badan kehakiman...
ReplyDeleteKeputusan kehakiman telah di buat, dan ianya kini sebahgian dari public knowledge, sebagai contoh untuk digunakan untuk rujukan kes-kes akan datang.
ReplyDeleteSekiranya kes ini menyebelahi anwar, butiran tertutup mungkin boleh disimpan tetapi kerana kes sudah menyebelahi pendakwaan, maka segala butiran mesti didedah kepada awam untuk rujukan. It has now become public knowledge. You , me, anybody have access to the details of the case. Sebab ini kes dibincang di mahkamah awam.
Transparency namanya....
Cirit la engkau...otak kepala lutut.
DeleteTanda tanda ter sungkur lshanat ini akan ber mula ( tunggu dan lihat saja.
ReplyDeleteAlhamdulilah
Apabila pengarut memerintah...ini lah akibatnya
ReplyDeleteWalaupun mengarut ada juga yg minat nak ber UG
oleh kerana shafee adalah peguam umno adakah AG akan mendakwa beliau atas perbuatan menghina mahkamah? i doubt it. anyways tunggu dan lihat
ReplyDelete