Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Isy....timbul pula perkara yang memeningkan lagi kepala Najib

Aku terfikir sekiranya Tun Razak masih hidup, apa perasaanya?
Tun Rahah macam mana?

Hubungan Rosmah dengan adik Najib retak?
mk - 7:32PM - 25 Feb 2015

Perdana menteri tidak hanya berdepan tekanan daripada musuh-musuh politiknya, dalam dan luar Umno.

Mungkin juga Datuk Seri Najib Abdul Razak mengalami masalah dalam hubungan kekeluargaan.
Spekulasi ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan empat adik beliau malam tadi yang berasa tidak selesa dengan tanggapan negatif terhadap bapa mereka dan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.  

Portal Asia Sentinel awal bulan ini mendakwa hubungan antara adik-beradik Najib dengan ipar mereka Rosmah Mansor tidak mesra.

Rosmah, sejak Najib dilantik perdana menteri pada 2009, sehingga berdepan kontroversi, khususnya gaya hidup mewahnya.

Memetik satu sumber, yang tidak dinamakan, portal berita di Hong Kong itu mendakwa adik-adik Najib secara terbuka melahirkan rasa tidak senang mereka pada gaya hidup Rosmah.

Namun, penulis-penulis blog pro-Umno pula mengedarkan penafian yang dikatakan daripada Rosmah.

Beliau menafikan laporan tersebut dan menegaskan tidak mungkin menimbulkan keretakan dalam keluarga suaminya.

Mungkin bagi keluarga ipar Rosmah, laporan New York Times dua minggu lepas mengenai kekayaan Najib menjadi pencetus terakhir kemarahan mereka.
Laporan itu, menumpukan pembelian hartanah mewah di New York oleh seorang ahli perniagaan yang rapat dengan ahli keluarga Rosmah, memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Kenyataan itu menjelaskan kekayaan keluarga Najib, termasuk jutaan dolar perbelanjaan barang kemas untuk Rosmah, bersumberkan harta pusaka warisan Abdul Razak.

Malaysiakini masih menunggu jawapan daripada PMO dan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Abdul Razak, berhubung perkembangan ini.

1 comment:

  1. Bangsawan kaya kaya ini punya kluarga.

    Ada bapak lagi banyak kaya , macam Firaoun jadi lah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa