Jenis manusia yang berumahkan UMNO juga ada dalam PAS
Manusia opportunis, gilakan kuasa, meterialistik, khianat, mungkir janji, tikam belakang/cah keting, adu-domba semuanya dah bersarang di dalam PAS tak kiralah yang berserban atau tidak
Manusia opportunis, gilakan kuasa, meterialistik, khianat, mungkir janji, tikam belakang/cah keting, adu-domba semuanya dah bersarang di dalam PAS tak kiralah yang berserban atau tidak
Adakah Almarhum Fadhil Noor juga sebagai Anwarinas kerana beliau juga adalah seorang kuat membela Anwar?
.
Asal Usul ‘Anwarinas’
Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan ‘Anwarinas’ diusir keluar dari pimpinan PAS. Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya tiada mana-mana pimpinan PAS adalah ‘Anwarinas’. Sudah pasti seseorang ‘Anwarinas’ akan berada dalam PKR dan bukan PAS.
Namun tidak dinafikan bahawa dakwaan wujudnya golongan ‘Anwarinas’ dalam pimpinan PAS telah dibuat agak sudah lama. Ianya dimulakan oleh seorang yang bernama Zul Nordin. Masih ingat siapa dia? Dia juga dikenali dengan gelaran ‘Mr. 101%’ apabila menyatakan keyakinan menang kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2013. Sepertimana dakwaan bahawa dia akan menang terbukti palsu, begitu jugalah bagi saya dakwaannya bahawa adanya ‘Anwarinas’ dalam PAS. Dia mengaku dirinya sebagai salah seorang peguam DSAI tetapi saya diberitahu dia hanya bantu angkat beg turun naik mahkamah, menyibuk tanpa diundang. Tidak tahulah samada betul atau tidak. Namun, pada saya dialah adalah orang yang pertama menggunakan istilah ‘Anwarinas’ ini.
Tetapi yang peliknya ada pula anak muridnya dalam PAS! Golongan ‘pengikut Zul Nordin’ dalam PAS ini sedang mengusahakan apa yang Zul Nordin tidak mampu lakukan pada satu ketika dahulu. Kalau mereka terdiri dari orang muda yang hanya berpandukan semangat saya tidak hairan sangat. Tetapi amat malanglah kalau ada yang bergelar ulama’ tetapi menjadi anak murid Zul Nordin dan sanggup pula membawa agendanya.
Walaubagaimanapun, jika menyokong Anwar dalam keadaan beliau ditindas dianggap ‘Anwarinas’, maka Almarhum Ust Fadhil adalah ‘Anwarinas’ yang pertama. Diikuti pula dengan Almarhum TGNA dan juga TGHH. Kalau bersama Anwar dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN dan memenangkan gabungan parti politik baru bersamanya samada di dalam BA atau PR dianggap ‘Anwarinas’, maka ketahuilah semua bahawa Almarhum Ust Fadhil adalah ‘Anwarinas yang pertama dan diikuti pula dengan Almarhum TGNA serta TGHH.
Mereka menjawab, “Tidak! Tidak!” yang dimaksudkan adalah yang menyokong semua yang dilakukan Anwar walaupun ianya bercanggah dengan keputusan Jemaah. Maka ditanya kembali “Apa dia yang dilakukan Anwar yang bercanggah dengan keputusan jemaah yang disokong pimpinan PAS ini?” Maka dijawab pula oleh mereka:
1. MENYOKONG CALON PKR DI KOTA DAMANSARA
Kota Damansara adalah kerusi PKR. Itu keputusan Jemaah. Di peringkat Negeri dan juga Pusat. Pada 2008 PAS Selangor atas permintaan PAS Subang telah tukarkan Kota Damansara dengan Paya Jaras. Pertukaran ini dilakukan atas dasar suka sama suka. PKR menang di Kota Damansara dan malangnya PAS kalah di Paya Jaras. Status kerusi ini tidak berubah secara rasminya sehingga sekarang walau pun ada dakwaan oleh seorang ‘ulama’ muda bahawa kerusi Kota Damansara adalah milik PAS. Pada 2013, PAS menang di Paya Jaras tapi PKR kalah di Kota Damansara. UMNO cukup berterima kasih dengan calon PAS yang diturunkan di Kota Damansara termasuk juga ‘ulama’ muda tersebut.
Maka menyokong PKR di Kota Damansara bukan alasan untuk mendakwa seseorang itu sebagai ‘Anwarinas’.
2. MENYOKONG TSKI SEBAGAI MB SELANGOR
PAS terus menyokong TSKI sebagai MB Selangor. Saya sendiri berbeza pandangan tetapi terpaksa akur dengan keputusan Jemaah. Tetapi sokongan ini telah ditarik balik oleh PAS sebaik sahaja TSKI dipecat dari PKR kerana tidak mematuhi disiplin partinya. Oleh itu PAS tidak lagi menyokong TSKI selepas itu. Oleh itu menolak TSKI sebagai MB selepas tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat yang bersetuju menukarnya tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang sebagai ‘Anwarinas’.
3. MENYOKONG DSWA SEBAGAI MB SELANGOR
DSWA telah diputuskan sebagai salah seorang yang dicalonkan oleh PAS untuk jawatan MB dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang bertemu pada 17 Ogos 2014. Ianya keputusan sebulat suara. Cadangan nama DSWA sebagai calon pertama dan Azmin Ali sebagai calon kedua telah dibawa oleh TGHH sendiri dan ianya telah diterima tanpa apa-apa perbahasan lanjut. Malangnya Azmin Ali memberi laluan kepada DSWA dan oleh itu DSWA telah diterima PR sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor. Ini telah menimbulkan reaksi melampau dari golongan tertentu dalam PAS tetapi ianya hasil tindakan Azmin Ali bukan mana-mana pimpinan PAS. Tetapi memang tidak dapat dinafikan, Azmin adalah seorang ‘Anwarinas’.
Tetapi menyokong DSWA sebagai calon MB tidak boleh dikatakan sebagai membelakangi keputusan jemaah. Sebaliknya ianya selari dengan keputusan rasmi jemaah. Maka ianya turut tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang pimpinan sebagai ‘Anwarinas’.
4. MENYOKONG LANGKAH KAJANG
Persoalan Pilihan Raya kecil Kajang hasil tindakan Langkah Kajang sememangnya tidak dibincang terlebih dahulu oleh PKR. Mereka menganggap ianya urusan PKR kerana ADUN Kajang pada ketika itu adalah dari PKR. Oleh itu ianya terpulang kepada mereka samada ingin menukarkan ADUN mereka atau tidak. Samada PAS bersetuju atau tidak dengan lojik mereka hakikatnya PKR telah terus bertindak. Dengan itu PAS Pusat telah bermesyuarat dan diputuskan secara jamaai bahawa PAS kena membantu mereka di Kajang. Namun PAS telah sebut dengan jelas, pendirian PAS, pertukaran MB tidak timbul pada ketika itu.
Oleh itu menyokong PKR di Kajang adalah keputusan Jemaah. Memulaukan pilihan raya kecil Kajang dengan tidak turun bertugas adalah keputusan hawa nafsu. Menyokong PKR di Kajang juga tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh seseorang ‘Anwarinas’.
5. KONSENSUS NASIONAL
Dikatakan bahawa ‘golongan Anwarinas’ menyokong ‘Konsensus Nasional’ kerana ianya dibawa DSAI tetapi menolak ‘Unity Government’ yang dibawa TGHH. Oleh itu mereka lebih sokong Anwar dari menyokong TGHH.
Konsensus Nasional dan Unity Government adalah dua perkara yang berbeza. Konsensus Nasional hanya merupakan persetujuan bersama untuk tidak mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan membawa isu-isu bersifat perkauman dan sebagainya. Ianya bukan cadangan untuk PR bersatu dengan BN. Ianya cadangan untuk menjadikan politik dan demokrasi Negara lebih baik dan matang maka apa masalah dengan menyokongnya?
Unity Government merupakan cadangan untuk menyatukan BN dan PR dalam satu kerajaan dan dengan itu tiada lagi pembangkang dan semua berkerjasama untuk kebaikan Negara. Pada dasarnya, ianya cadangan yang baik, seperti telah saya jelaskan dalam tulisan asal saya pada sekitar Mac 2009. Tetapi saya tidak yakin BN akan bertindak adil terhadap PR dan sebaliknya akan menggunakannya sebagai peluang membunuh masa depan politik PR.
Cadangan UG ini juga telah menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli. Ada yang menganggap ianya gabungan PAS dan UMNO. Kekeliruan ini terhasil dari usaha pihak tertentu pada tahun 2008 sebaik sahaja kita mencapai prestasi cemerlang melalui PRU ke 12 pada tahun itu. Sedangkan UG bukan sekadar PAS dan UMNO tetapi PR dan BN.
Namun walau apa pun, menolak UG dan menyokong KN tidak merupakan alasan untuk menggelar mana-mana pihak sebagai ‘Anwarinas’ kerana kedua-duanya adalah konsep yang berbeza. Pandangan berbeza berhubung kedua-duanya adalah berdasarkan hujjah dan analisa masing-masing, bukan atas sikap mengikut secara buta tuli terhadap mana-mana pihak.
6. TAWARAN TPM DAN JAWATAN MENTERI KEPADA ANWAR DAN PKR
Ada juga yang menimbulkan persoalan mengapa ‘golongan Anwarinas’ tidak bersuara apabila didedahkan bahawa Anwar pernah ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan Menteri oleh Najb. Adanya tawaran bererti adanya tawar menawar dakwa mereka. Sedangkan ‘golongan Anwarinas’ ini begitu kecoh bila isu UG ditimbulkan dalam PAS.
Pertama, adanya tawaran tidak bererti semestinya adanya tawar-menawar. Rasulullah (SAW) telah ditawarkan bermacam-macam oleh pihak Quraisy walaupun Rasulullah tidak terlibat dalam usaha tawar-menawar dengan mereka.
Kedua, tawaran itu telah tidak diterima maka ingin buat bising buat apa? Anwar pun difitnah lagi dan dipenjarakan maka jelas membuktikan tiada usaha berdamai samada di pihak UMNO atau PKR.
Ketiga, itu urusan parti PKR. Pimpinan PAS jaga PAS supaya PAS tidak tertipu dengan tipu-helah UMNO. Biar PKR dijaga oleh pimpinan PKR sahajalah. Pimpinan PAS mahu masuk campur buat apa? Kalau PKR bodoh sangat sehingga sanggup terima tawaran UMNO, nasib merekalah. Maka kita lawan mereka pula selepas itu!
Namun, alhamdulillah mereka menolak dan ini adalah bukti kesetiaan kepada PR. Kalau Anwar terima awal-awal, mungkin kesnya pun ditarik-balik. Tetapi, bukan sekadar tidak lari mencari suaka politik di Amerika, UK atau Australia, tunggu di Malaysia sehingga dipenjarakan sekalipun. Berapa ramai yang menanggung dosa kering atas buruk sangka mereka terhadap Anwar dalam kes ini?
Oleh itu, tidak mengutuk Anwar kerana beliau ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan Menteri juga bukan alasan untuk menuduh seseorang itu ‘Anwarinas’.
KESIMPULAN
Saya sememangnya kecewa dengan sikap beberapa pimpinan PAS yang sanggup membawa agenda mereka-reka seperti Zul Nordin, Hassan Ali dan sebagainya di dalam PAS. Begitu juga dengan budaya terpengaruh dengan tulisan di alam maya oleh orang bacul yang bersembunyi di sebalik nama samaran seperti Tok Usin Ceroi (TUC), Elharaki dan sebagainya. Dakwaan oleh orang yang merahsiakan siapa diri mereka sepatutnya terus dibakul sampahkan. Lainlah kalau yang dituduh itu adalah pihak berkuasa yang boleh mendatangkan musibah ke atas diri mereka. Ini tidak. Yang difitnah pun sedang bergelut menentang kezaliman BN dan menjadi mangsa kezaliman itu, ditambah pula dengan fitnah yang dilemparkan tanpa bukti dan hujjah yang kukuh.
Saya tidak dapat menolak kemungkinan ini semua adalah bertujuan untuk mencapai sesuatu yang telah lama diinginkan beberapa pimpinan PAS iaitu untuk supaya PAS keluar dari PR. Untuk berhujjah secara berdepan berhubung kehendak mereka ini tidak mampu mereka lakukan maka mereka memilih jalan pintas yang jahat dan tidak berakhlak. Mereka memilih untuk menuduh bahawa tahaluf Siyaasi ini telah menghasilkan banyak kerosakan dalam PAS termasuk masalah wala’ dan kesetiaan serta kewujudan golongan ‘Anwarinas’ dan sebagainya.
Saya nyatakan dengan terus terang di sini. Wala’ saya pada jemaah menuntut supaya saya berusaha untuk mencapai kebaikan untuk jemaah ini. Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Nordin, Hassan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan. Semoga dengan itu akan saya kembali bertemu Allah kelak dalam keadaan redha dan diredhai insyaAllah.
WaLlahu 'Alam
Who are you Mr khalid? kami ulamak.banyak ilmu.tenguklah pakaian kami,serban tebal,pakai jubah,berjanggut,pakai kopiah,pakai pewangi,Siapa you nak ajar kami.kami ni bersih.Niat kami hanya. nak bergabung denagn Umno untuk menjadikan negara ni maju segabai contoh negera Islammmmm .kalau you degil sila kelaur dari Pas,kami ni suci se sucinya.tahu tak,kah.kah.kah.
ReplyDeleteNice Anon 10:51....very cynical. Kena tepat ataih kepala batu tu....hahaha
Deletedulu pas ada ulamak pewaris nabi,lps tu ada ulamak zulnordin sekarang ulamak versi papagomol dan tok usin ceroi..hancur parti pas. yg paling menyedihkan ianya berlaku selepas kematian tgna..bak kata tanah kubur masih merah.
ReplyDelete