Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 24, 2015

MH370: Lagi berita buat kita pening

MH370 sengaja diterbangkan ke arah Antartika, lapor dokumentari TV
TMI - Published: 24 February 2015 9:40 AM
Pencarian terkini pesawat Malaysian Airlines MH370 ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti. – Gambar fail Reuters, 24 Februari, 2015. 

Ketika ulang tahun pertama kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 bakal menjelang, program dokumentari National Geographic berkata pesawat itu sengaja diterbangkan ke arah Antartika.
Akhbar harian United Kingdom The Mirror melaporkan, pakar penerbangan yang disebut dalam dokumentari televisyen itu berkata penerbangan MH370 mengambil masa tiga pusingan sebelum ia hilang hubungan dengan pengawal trafik udara.
Pusingan pertama adalah ke kiri dan dua lagi membawa MH370 ke arah barat, kemudian ke arah selatan Antartika, menurut dokumentari yang disiarkan di UK pada 8 Mac, ulang tahun pertama kehilangan pesawat malang itu di Laut China Selatan.
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur dengan 239 orang di atas kapal untuk ke Beijing.
Hampir setahun kemudian, tidak satu pun bukti kehilangan Boeing 777 itu ditemui.
Malcolm Brenner, seorang pakar dalam hal berkaitan punca bencana penerbangan,  dipetik sebagai berkata pusingan itu "dipercayai" dilakukan seseorang dalam kokpit dengan sengaja yang membawa MH370 keluar dari haluan asal.
"Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang  saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan,” Brenner dipetik sebagai berkata oleh akhbar UK itu.
Pada 29 Januari, Malaysia mengisytiharkan MH370 hilang dalam kemalangan dan mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.
Operasi mencari dan menyelamat awal meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi, yang melibatkan 65 pesawat dan 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.
Fasa mencari dan menyelamat beralih kepada carian dalam air yang diketuai oleh Pusat dan Agensi Penyelarasan Bersama Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Pencarian terkini pesawat MAS itu ditetapkan berakhir pada Mei dan Pesuruhjaya ATSB Martin Dolan berkata beliau berharap pasukan akan menemui bangkai itu suatu hari nanti. – 24 Februari, 2015.

Link versi FMTData suggests MH370 was headed to Antarctica

3 comments:

  1. Dah tahu MH370 jatuh tenggelam di Laut Vietnam apa cari jauh2 penipu rakyat. Tentera Laut Vietnam dah buat kenyataan MH370 jatuh di Laut Vietnam apa mahu sorok2 kata Laut Hindi lah Antartika Lah. Dan Tok Moh atau Bomoh keramat dari Indonesia buat kenyataan tapi TV One Indonesia tak jadi bagi temu-bual jelas tahu dimana lokasi jatuhnya MH370 di Laut Vietnam apa tahu 4 tan kargo buah manggis jadi bertukar kargo kelengkapan tentera, sudahlah jangan tipu rakyat. Kepala otak kamu semua bahloi2 penipu kamu semua tidak selamat dunia akhirat tipu rakyat neraka tempat kamu semua amin ya rabbalaaalamin.

    ReplyDelete
  2. Dah tahu MH370 jatuh tenggelam di Laut Vietnam apa cari jauh2 penipu rakyat. Tentera Laut Vietnam dah buat kenyataan MH370 jatuh di Laut Vietnam apa mahu sorok2 kata Laut Hindi lah Antartika Lah. Dan Tok Moh atau Bomoh keramat dari Indonesia buat kenyataan tapi TV One Indonesia tak jadi bagi temu-bual jelas tahu dimana lokasi jatuhnya MH370 di Laut Vietnam apa tahu 4 tan kargo buah manggis jadi bertukar kargo kelengkapan tentera, sudahlah jangan tipu rakyat. Kepala otak kamu semua bahloi2 penipu kamu semua tidak selamat dunia akhirat tipu rakyat neraka tempat kamu semua amin ya rabbalaaalamin.

    ReplyDelete
  3. Apa buang belanja ratusan juta cari MH370 di Laut Hindi atau Antartika cari sahaja di Laut Vietnam berdekatan Laut China Selatan pasti jumpa 100% memang sudah tenggelam ke dasar laut Vietnam 100% pasti cubalah pasti terbongkar segala2 penipuan terhadap rakyat dan masyarakat dunia, terbongkar padan muka penipu2 semua okay best try do the best

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa