PUBLISHED: Feb 20, 2015 11:01pm
KUALA LUMPUR, 20 Februari:
Jabatan Imigresen Australia menafikan kelulusan untuk membenarkan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar untuk mengadakan sidang video berhubung pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Portal berita Australia, The Age melaporkan, Sirul yang kini ditahan di Pusat Tahanan Villawood di Sydney telah memberitahu kepada agensi berita tempatan bahawa dia sedang berunding dengan stesen televisyen Australia untuk mengadakan temubual politik.
The Age memetik kenyataan jurucakap Jabatan Imigresen itu, Peter Dutton yang berkata, jabatan itu tidak menyediakan kemudahan temubual di kawasan pusat tahanan kerana sebab operasi.
Jurucakap itu berkata, Sirul perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan untuk kebenaran merekodkan temubual dengan media di unit kawalan rapi iaitu tempat di mana dia ditahan di Queensland sejak 20 Januari lalu.
Menurut laporan itu, Peter bagaimanapun tidak menyatakan kemungkinan menjalankan temubual itu pada masa hadapan walaupun telah membuat proses permohonan.
Sirul Azhar, 42 sebelum ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Azilah, 37, dan Sirul Azhar dan seroang lagi tertuduh, Azilah Hadri, 37 didakwa melakukan perbuatan itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi pada 20 Oktober 2006. - sumber

Masing masing nak jadi ngok
ReplyDeleteKonon nk setia sgt...sendiri mau tau a naseb lu.
ReplyDeletePAs amek kesempatan...dulu kes anuar...skrg sirul pula.
Anuar de je kt sg buluh...sangup nk pegi australia.
PRU14...PAs mau tau juga naseb lu...