Semua pemimpin bercakap tetapi tidak ada penyelasan. Ikut sedap masing-masing
PAS tidak akan bergabung dengan Umno, kata naib presiden
Published: 24 February 2015 9:03 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Putrajaya semalam. PAS menolak khabar angin parti Islam itu akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. – Gambar Facebook, 24 Februari, 2015.
PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015.
Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.
"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.
"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.– 24 Februari, 2015. - sumber
Pemimpin PAS tiada kredibiliti.
ReplyDeleteOtak Gred 3 tidak mencukupi untuk jadi Pemimpin Rakyat.
Itu hasilnya Kelantan tidak maju ekonomi nya.
Orang orang Melayu saja.
as usual, itu pendapat peribadi dia. tiada kena mengena dengan pas. ha ha...
ReplyDeleteadakah kalimah nabi saw (hadis) sama dgn kalimah allah swt (quran)?
ReplyDelete"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
ReplyDeletePKR menyokong hudud?? PKR menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti??
hehe..bukan ko je nampak lawak tahap cipan ni...pecayala budak tadika pun nampak hal ni insyaAllah(memang terang dan jelas pun)...xkira la umno ke pas ke dap ke pkr ke...sama je hehe
DeletePlay save nampak... dah berangan-angan nak dapat bangku presiden ke?
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteJangan ambil serius statement TITM. Dia pun kaki u-turn cecah minyak tar jugak. Dia jenis tengok arah angin beriup jugak.
"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.
ReplyDeleteayat diatas yg paling bahaya sbb umno tak akan kasi kerusi dia tapi bagi kerusi yg dia akan kalah dgn pkr @ dap tak akan itu pon tak tau.
cuma nak tanya ini cakap politik atau cakap pwaris nabi atau cakap papagomol?