Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2015

Inilah akibatnya bila mulut bocor, akal pendek!

Aku pun kurang faham sebenarnya, siapa nak berperang dengan siapa?
Seingat aku puak-puak Ulamak dalam PAS yang tibai PasMa sebab PasMa cuba tegur apa yang puak-puak ni buat
Tapi kenapa puak-puak Ulamak ni fobia sangat?

Yang sedihnya sekarang ini senapang dan peluru masing-masing dihalakan ke arah rakan bukannya musuh!

PasMa tidak akan maafkan Ahmad Yakob
 | February 23, 2015
PasMa mencabar Ahmad Yakob berdialog dengan wakil persatuan itu bagi menjawab dakwaan memfitnah.
pasmaaaPETALING JAYA: Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) menyifatkan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Nik Amar Abdullah melakukan fitnah terhadap persatuan itu dengan melemparkan pelbagai tuduhan.
Melalui status Facebook rasminya, PasMa menyatakan, ia memandang berat dakwaan-dakwaan yang dibuat ke atasnya dan sehubungan itu tidak akan memaafkan Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Fitnah yang dibuat oleh seorang Ketua Ulama tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan di Faceboo PasMa.
Dakwanya, antara tuduhan yang didakwa dilemparkan terhadap persatuan mesra Pakatan Rakyat itu ialah membawa ajaran songsang, liberal, menolak hudud dan lain-lain.
Sehubungan itu PasMa akan menganjurkan dialog dengan membabitkan Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS dan wakil Dewan Ulama PAS bagi menjawab segala fitnah.
“Tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan segera,” katanya dan menambah, PasMa akan diwakili Muhamad Husin,Timbalan Presiden PasMa seorang lulusan Usuluddin Universiti Malaya; Aziz Abbas, lulusan Universiti AlAzhar selaku Pengerusi Pasma Terengganu; Ibrahim Ahmad, Timbalan Pengerusi Pasma Pahang yang merupakan lulusan Sarjana Universiti AlAzhar.
Menurutnya, dialog itu berjudul Fitnah Songsang Terhadap PasMa oleh Pemangku Ketua Ulama PAS.

3 comments:

  1. Bebudak otak pendek , Melsyu pulak tu kuat hasad dengki...

    Betul betul sudah macam Ketam Batu dalam Bakul.


    Tak cerdik be benar...

    ReplyDelete
  2. Abe

    PasMa pun kena cerdik skit. Tak payah cabar. Promosi Muttaqa dah cukup lumayan dah.

    ReplyDelete
  3. Anon 11:30 PM

    Nak kata apa, puak-puak PasMa pun dari golongan itu juga......otak yang sama klas!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa