Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 21, 2015

Ulama Pas jangan jadi macam ular Tedung

Duhai ulama Pas jangan jadi macam ular Tedung
Saturday, February 21, 2015

ULASAN MULTAQA
Ahmad Yaakub: Mamai kata Najib.
Dewan Ulamak Pas telah mengadakan Multaqa Ulamak Malaysia II, semacam persidanganlah, sehari suntuk di Serdang Selangor hari ini. Persidangan itu katanya disertai kalangan ulama dan agamawan, yang mendominasinya dewan ulama dalam Pas.

Saya tidak mengikut keseluruhan isi serta hasil dicapai dalam Multaqa berkenaan. Saya hanya membaca laporan dalam protal berita mengenai ucaptama berserta beberapa resolusi dan butiran perbincangan (perbahasan) di sekitar Multaqa tersebut. Boleh tahan juga lidah para ulama apabila bersuara, ia persis seperti "lawi ayam" berkarat.

Yang jelasnya Multaqa itu bukan membincangkan atau membuat ijtihad mengenai hukum hakam (syariah) yang kabur sebelum ini dan masih "berjibuh" dalam pemikiran ummah, atau pun mencari solusi bagi menyelesaikan berbagai masalah ummah yang kian bercelaru dan hiru biru muasir ini disebabkan disodor pelbagai isme dan pemikiran.

Isu-isu berkaitan ekonomi, politik, pendidikan, budaya, bangsa dan sebagainya yang boleh melemahkan agama masih banyak bergeliwat di sekeliling kita, tetapi sayang ia tidak menjadi tumpuan atau dimasukan dalam rangka perbahasan dalam Multaqa berkenaan.

Sebaliknya Multaqa itu lebih kepada forum satu pihak dalam Pas untuk "mengetik" dan "mengekah" satu pihak lain dalam parti itu. Sedar atau tidak berlaku penyalahgunaan ruang dan forum di sini, dan juga perogolan terhadap istilah-istilah Arab yang kelihatan berunsurkan agama, tetapi dibelangi dengan elemen politik jalang. Justeru jadilah Multaqa itu sebuah halaqah kosong yang merugikan masa dan ia sebuah muzakarah sempit.

Lebih malanglah majlis itu satu himpunan untuk memadukan suara yang retak agar Presiden parti itu dihormati sampai ke langit. Saranan pengagungan (kultus) kepada sesama manusia atau semacam memuja busut jantan telah dilakukan dalam Multaqa itu. Ada acara hendak mengkeramatkan busut jantan dalam Pas ke belakangan ini.

Betapa tidak Multaqa itu membuat ketetapan supaya Pas mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dan pemimpinnya yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa). Cadangan ini dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulamak, Ahmad Yaakob yang juga MB Kelantan.

Tidak cukup itu, beliau juga mencadangkan agar ketetapan diambil terhadap pelanggaran ketetapan MSU dan keputusan-keputusan dibuat Presiden secara peribadi sebagai kesalahan mandatori mengikut perlembagaan Pas. Pas juga nampaknya hendak wujudkan Akta Hasutan dalam parti agama itu. Kedua-dua cadangan Ahmad itu yang disarankan dalam ucaptamanya kemudian menjadi resolusi kepada Multaqa berkenaan dan diterima sebulat suara.

Apabila dicadangkan ahli Pas yang mengkritik presiden dipecat, memberi gambaran seolah-olah dosa besar kepada mereka yang mengkritik presiden. Dalam kepala Ahmad Yaakub presiden tidak boleh dikritik dan secara tidak langsung beliau meletakkan presiden sebagai "lembu suci" dan tiada terkhilaf dalam aktiviti politiknya. Atau pun Ahmad sudah begitu "semabul" melihat segala tindakan Abdul Hadi itu sebagai satu sunnah yang perlu diikuti tanpa ada batas kerana ia dijelmakan menerusi wahyu?

Tidak sangka peluang Ahmad memangku Ketua Dewan Ulamak telah memberi kesempatan kepadanya untuk menaikkan darjat dan martabat seorang presiden sebuah parti politik setiggi itu. Apakah Abdul Hadi sudah memberi jasa besar buatnya dan tindakan beliau itu sebagai membalas jasa? Ini kena disiasat sebab sebelum ini ada terdengar maklumat-maklumat berbau demikian, bahawa penggantian Nik Aziz sebagai MB dibuat secara persekongkolan.

Atau pun juga apakah mesej beliau berbuat begitu agar kedudukan beliau sebagai MB Kelantan juga haram dikritik? Ada kemungkinan sebab belum sampai lima tahun mentadbir Kelantan sudah berbakul-bakul kritikan dilempar kepadanya. Dalam diam MB ini juga alergik dengan kritikan.

Paling ketara sekali kelemahannya menguruskan bah emas (banjir) yang melanda Kelantan baru-baru. Kelemahan Ahmad ini kalau mengikut Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat diperkatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Dalam satu taklimat banjir menurut Alwi, Najib merunggut dan kesal atas "kebodohan" Ahmad Yaakub dalam menangani masalah banjir. Najib merunggut selepas mendengar taklimat daripada Ahmad sebagai MB.

"Saya tidak sangka MB Kelantan begitu sekali "mamainya", begitulah kata Najib beritahu Alwi. Mamai yang membawa maksud tidak tahu apa benda. Dalam bahasa bombastiknya "bodoh".

Ucaptama Ahmad Yaakub itu diulas oleh timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah. Mohd Amar memberi penekanan dan peringatan bahawa Putrajaya bukan matlamat Pas. Pas mahukan kemenangan yang diredha. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memperolehi Putrajaya tetapi ia tidak mendapat keredhaan Allah, maka itu tidak penting bagi Pas.

"Pas tidak seperti parti politik lain seperti PKR, DAP dan Umno. Pas merupakan gerakan Islam yang mempunyai matlamat lebih tinggi dan lebih mulia, iaitu keredhaan Allah. (Aduh sombong dan penuh retorikanya Nik Amar).

"Itulah perbezaan jelas Pas antara parti politik lain. Kita mahu menang tapi biarlah kemenangan itu diredhai Allah," tegas Nik Amar seperti mana dilapor. Nik Amar seakan mahu pandangannya itu menjadi satu  "dogma" kepada ahli-ahli Pas. Maksudnya kalau Pas gagal untuk menguasai Malaysia, menjadi kerajaan, tidak menjadi kesalahan dan kerugian kerana perjuangan Pas ialah mengharap keredhaan Allah.

Sayang Mohd Amar tidak menyebut apakah kemenangan BN (Umno) selama ini tidak mendapat keredhaan Allah dan desas desus yang Pas Kelantan tergila dan pelahap hendak berbaik dengan Umno itu sebagai satu keredhaan Allah? Sekiranya kemenangan BN (Umno) tidak mendapat keredhaan Allah bererti semua rakyat Malaysia kini termasuk Nik Amar sendiri berada dalam kekufuran?

Selain dari resolusi itu, sehari sebelum berlangsung Multaqa itu, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah menghuraikan mengenai ba'iah dan wala' dalam perjuangan menerusi klik video yang dimuat turunkan dalam Facebooknya.

Kata Abdul Hadi, apabila menyebut tentang bai'ah ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaahnya dan kesetiaanya.

Apa yang terpenting dalam bai'ah itu menurutnya memelihara yang tersirat dalam hati, keimanan dan keikhlasan kepada Allah dan perjuangan menegakkan Islam.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi itu ialah agar ahli Pas istiqamah berpegang kepada bai'ah, janji untuk berjuang bersama Pas serta mentaati pemimpin itu. Ia adalah mesej sebagai memberi iktibar kepada perkembangan yang berlaku dalam Pas kini yang ada hubung kait dengan kritikan diterimanya.

Kerana klik video itu dibuat awal, tujuannya adalah memberi isyarat kepada para hadirin Multaqa itu agar memfokuskan dan memberi perhatian kepada soal bai'ah dan wala.

Ini dibuat mungkin kerana beliau merasakan kepimpinannya kini sedang diperkatakan umum dalam Pas terutamanya mengenai kemampuannya memimpin Pas. Integritinya sebagai presiden sebuah parti agama yang mendapat sanjungan ramai dua tiga tahun lalu, kini sudah terjejas apabila beliau bersikap "kluk klik"... macam ikan keli dalam besen. Bukan sahaja tidak istiqamah dengan keputusan diambil bersama tetapi berdolak dalih dengan keputusan yang dibuat. Abdul Hadi mempunyai air liur seperti pelangi.

Dan mesej diberikan Abdul Hadi itu seakan disambut apabila Ahmad Yaakub menekankan kepada soal wala' kepada pemimpin sehingga mencadangkan agar mereka (PasMa) yang mempertikaikan Abdul Hadi dipecat daripada Pas. Cadangan Ahmad itu disambut pula oleh golongan "IS" di dalam Pas yang bersiap sedia melakukan perang terbuka dalam Pas termasuk membakar.

Apa yang berlaku dalam Multaqa itu serta resolusi yang diambil seperti melancarkan perang kepada PasMa satu tindakan yang tidak bijak, jauh sekali bersikap "rangsang politik."  Ia lebih kepada membuka medan perang sesama sendiri dalam Pas. Multaqa seperti itu yang dikayuh secara emosional boleh memecah belahkan Pas serta menimbulkan keadaan skeptikal sesama sendiri.

Sebagai majlis dianggotai oleh orang merasakan mereka ulama dan agamawan, berkopiah tebal dan serban panjang, janggut secekak, seharusnya mencari jalan murni bagi mengheningkan keadaan dalam Pas kini. Pas tidak seharusnya bergomol dengan PasMa, atau mana-mana individu yang vokal dalam Pas (menegur untuk kebaikan secara profesional) sebaliknya menerima PasMa dan mereka sebagai rakan proaktif dalam menampung Pas menuju ke Putrajaya atau mencapai keredhaan Allah.

Daripada apa yang berlaku dan terpamer, tidak boleh dinafikan Multaqa itu membawa agenda politik tertentu khasnya dalam kalangan mereka yang menganggap diri mereka agamawan dan ulama. Multaqa itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengukuhkan kedudukan dan penguasaan mereka dalam Pas pada muktamar Jun nanti. Mereka ini juga adalah orang yang tidak yakin dan dikejar bayangan sendiri. Kerana kalau mereka bersikap "tasamuh" dan "tawakus" mereka akan memiliki dua kecemerlangan sekaligus, agama dan ilmu profesional.

Multaqa itu juga tidak mencerminkan majlis dianjurkan agamawan kerana ia disualmi dengan kecaman dan perlontaran idea dibenihi syaitan. Misalnya ada yang tanpa berlapik mencadangkan supaya para pemimpin kanan Pas yang mempersoalkan Abdul Hadi Awang keluar sahaja daripada Pas. Suara itu menunjukkan tahap pengkultuskan kepada Abdul Hadi sudah melampau dan meletakkan Abdul Hadi sebagai maksum yang tidak boleh dikritik. Ia juga menggambarkan mereka yang membuat cadangan itu sudah dirasuk fanatisma dan egoisme Baduwiah.

Hal ini wajar kalau ada pemimpin parti rakan Pas melebelkan Abdul Hadi sebagai "lembu suci". Penghinaan ini sesuatu yang dikesali dan ia tidak akan terjadi kalau ia bukan kerana rakusnya sesetengah ahli Pas sendiri khasnya yang bernaung dibawah Dewan Ulama bersikap taksub kepada pemimpin sehingga tidak nampak apa yang ada di hadapan mata lagi.

Diingatkan mereka yang taksub kepada mana-mana pemimpin, doktrin ciptaan manusia, dan sebagainya ia samalah dengan ular Tedung yang apabila kepalanya mengembang menyebabkan kedua belah matanya tidak kelihatan apa-apa lagi. Ketika itu usah ceritalah sebisa mana si Tedung itu ia akan mudah dicekup kemudian dimasukkan ke dalam guni dan dijual kira kati.

Nah, ada ciri-ciri Tendung dalam parti agama itu kini. Kedua-dua matanya telah tertutup oleh kegoaan yang tinggi. Si Tedung inilah ia akan memporaperandakan parti agama itu. Saatnya jika muktamar Jun nanti mereka berjaya takluki, maka Pas akan mengulangi tragedi menyedihkan yang dialami tiga dekad lalau.  [wm.kl.6:47 pm 21/02/15]
Justeru itu, katanya, tindakan harus diambil dengan segera ke atas mereka yang cuba menggoyah kekuatan PAS.
‎"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. – Februari 21, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. – Februari 21, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS. – Februari 21, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf
Di akhir persidangan, multaqa itu sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis ‎Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kalau-tidak-sokong-hadi-letak-jawatan-kata-perwakilan#sthash.pskXIUa3.dpuf

15 comments:

  1. Ulamak PAS bukan ulamak setanding Mesir Saudi Arabia....

    Ini ulamak kualiti kampong belum lagi diuji teguh dengan cabaran dunia.

    Pandai makan gaji saja bila dapat jawatan pangkat kedudukan mau jugak menongkat langit.

    Tua tua jugak tapi ada pluang bini muda nak juga , Bentley Range Rover Mercedes adalah mainan dalam kepala.

    Otsk Melayu standard saja , baik ulamak , menteri , doktor , hakim dan bangsawan.

    Bahalol saja.

    ReplyDelete
  2. Mengapa tidak ada seorang pun ulamak Pas yang bolih menggantikan Arwah Tok Guru,bukan sepenuhnya tetapi sekurangnya 20% cukuolah,tetaoi hampeh,semua wajah2 ulamak Pas macam ada satu yang tak kenan masam.bengis,takda yang senyum macam arwah TGNA

    ReplyDelete
  3. Mso..semakin byk ckp semakin merapu..bodoh lebih drp lembu..sedap sngt kate kt orng..tgk dan perhati lah diri anda dulu..kesiannye kt anda ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sdra xkenal siapa MSO sdra xlayak menghina dia. Bila sdra tuduh dia bodo lebih dari lembu bermakna sdra menghina batang tubuhnya bukan penulisannya. Sekurang-kurangnya dia boleh menurunkan pandangannya dalam bentuk tulisan yang kita baca.

      Jadi dimana kita hendak letak kedudukan sdra yang menghina batang tubuh sipenulis semata-mata tak bersetuju tak dengan pendapatnya. Sepatutnya sdra ulas, kritik mana-mana pandangannya yang sdra tak setuju, bukan menghina btg tubuhnya. Jika sdra mengatakan MSO itu bodoh lebih dari lembu.....sdra tentunya duduk lebih bawah dari itu. Apa nama kita nak panggil kedudukan lebih bodoh dari lembu?

      Delete
  4. Mso2.. betapa bodohnya kau..kau tgklah tuan kau dlu sebelum kte kat org

    ReplyDelete
  5. hahaha... hebat sungguh idea bernas pimpinan PAS Kelantan... adakah good gorvenance itu tidak selari dgn Islam? Adakah pengawalan alam sekitar, penjagaan kebersihan, sains dan teknologi, urustadbir yang cekap tidak selari dgn Islam? selamat tinggal lah jawabnya...

    ReplyDelete
  6. Takkan begitu pandangan orang biasa kepada ulama? Pandangan ke rasa semacam kot? Atau dah jemu dengan ulama dan nak cari jenis lain? tanya dada tepuk paha?
    atau orang dah tahu apa isi dirinya yang berkata-kata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je nak tahu....Dato Ahmad Yaakob dan Nik Amar bercakap pasal hukum hakam ugama secara mutlak atau bercakap atas dasar politik? Itu kayu pengukurnya.

      Kalau bercakap pasal ugama sepenuhnya kita kena dengar kerana mereka memileki ilmu yang tinggi didalam bidang ugama dan kita takde.

      Kalau bercakap atas perkara politik, politik bukan milek mutlak ulamak kerana mereka atau kita sama-sama bukan ulamak bidang politik. Dia bercakap politik berdasar pendapat dia dan kita menilai pendapat dia berdasarkan pendapat kita. Dia mungkin betul dalam bacaan politiknya dan kita salah. Begitu juga sebaliknya.

      Delete
  7. Selepas arwah FN dan arwah NA..PAS hanya lah standad parti lebai kampong. PAS dah sama mcm UMNO...tpi jauh ketinggalan dr UMNo.

    ReplyDelete
  8. Diakui perwatakan nik Ajis lebih baik dari ulamak2 lain tetapi idealogi yg dibawak oleh nik Ajis sebenarnya yg telah memecah belahkan perpaduan sesama melayu islam.selama puluhan tahun benih permusuhan telah disemai kedalam jiwa pengikut2nya yg tidak dapat membezakan tuntutan agama atau tuntutan kepartian.

    ReplyDelete
  9. Saya amat tertarik membaca kenyataan Timbalan menteri besar Kelantan...."Kemenangan dalam pilihan raya dan seterusnya menawan Putrajaya bukan agenda utama PAS, kerana parti Islam itu lebih mementingkan keredaan Allah"

    Amar berkata, "Siapa sangka PAS boleh menang di kawasan kubu kuat Umno. Johor itu merupakan kubu kuat mereka. Hampir mustahil kita boleh menang. Tapi itu semua kerana kebesaran Allah dan kekuasaannya.

    Ini bermakna siapa sangka, kekalahan calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor dalam kubu kuat PAS adalah keredhaan Allah kerana “Calon di Pengkalan Kubor sepatutnya calon PKR, bukan calon PAS yang kononnya calon boleh menang ?

    Kenyataan Timbalan menteri besar Kelantan itu jelas memperkecilkan kerjasama parti DAP dan PKR dalam mempengaruhi pengundi agar memberi kemenangan pada calon PAS.

    Kalau kenyataan Amar itu mewakili parti PAS, maka seharusnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat khasnya PKR dan DAP perlu bersedia meletakkan calon bersama calon PAS dalam pilihanraya kerana orang yang meletakkan diri hanya pada keredaan Allah adalah orang pemalas dan keikhlasan hatinya tidak boleh dipercayai.


    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Pastinya akan ada yang terlompat terkinja kinja macam kera kalau PAS bertukar kepada sebuah parti liberal dan sekular, parti politik yang bolih dicucuk hidung olih rakan PRnya.

    Sementara mereka yang mahu menliberal dan mensekularkan PAS melebelkan pihak yang cuba mempertahankan PAS sebagai sebuah halaqah dan jemaah Islamiah dengan berbagai bagai lebel seperti golongan songkok putih yang tidak pandai berpolitik (ala yahudi dan nasaran), golongan otak mandul dan sebagainya.

    Dalam melebelkan gelaran gelaran ini tanpa sedar mereka juga menghina ulamak yang menjadi tunjang kepimpinan PAS seolah olah mereka lebih bijak dari ulamak atau dengan kata kata lain, hanya golongan yang berotak liberal dan sekular saja yang mampu berpolitik(ala yahudi dan nasarani) dan dalam masa yang sama mereka mahu PAS jadi liberal dan sekular agar agenda PR yang liberal dan sekular mampu dilaksanakan terutama untuk merampas kuasa memerintah dan BN serta melaksanakan nilai keadilan sejagat(bukan nilai keadilan Islam).

    Kemunculan PASMA dilihat sebagai satu usaha untuk melaksanakan cita cita liberal dan sekular dalam organisasi PAS, PAS bukan lagi satu jemaah Islamiah dan PAS mahu dipimpin oleh golongan profesional yang bersongkok putih serta memperkenalkan satu demi satu nilai nilai murni yang diakui oleh fahaman liberal dan sekular.

    Islam hanya perlu diamalkan dalam bentuk ritual sementara amalan amalan dunia seperti amalan pemerintahan harus bebas dari Islam.

    Inilah yang menterujakan puak puak yang menetang ulamak malah bagi mereka kehadiran PASMA bakal meruntuhkan penguasaan ulamak dalam PAS. Bagi mereka segala apa yang dikatakan dan dilakukan oleh ulamak pemimpin dan penyokongnya tidak betul, tidak berkualiti dan tidak akan menyebabkan PR menguasai negara.

    PAS perlu diubah segera dan sekiranya PAS mampu diubah olih PASMA yang didakwa sedang digerakkan diseluruh negara sudah pasti mereka akan ketawa sakan hingga tergolek golek.

    Tetapi mereka tidak sedar satu perkara, bahawa turut ketawa bersama mereka ialah yahudi dan nasaran yang sememangnya menantikan saat itu berlaku. Mereka juga bukanlah pelajar sejarah yang bagus kerana tidak menyedari faktor utama keruntuhan kerajaan osmaniah Turki dulu kerana umat Islam ketika itu memilih pembaharuan Mustafa Kamal Artartukyang digubah olih yahudi dan nasaran.

    Begitu jugalah kalau PASMA seperti didakwa mereka sedang menggerakkan usaha menjatuhkan ulamak berjaya mendapat sokongan akar umbi sehingga berjaya menjatuhkan ulamak, maka tunggulah kerosakan yang amat teruk kepada umat Islam dalam negara.

    Semuga dilindungi ALLAH hendaknya. "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:35

      Syabas kerana sdra berjaya menulis dengan panjang. Dari pembacaan saya tiada apa yang baru. Banyak tuduhan tetapi buktinya kurang. Contohnya sdra menuduh ada gerakan hendak menliberal dan mensekularkan PAS. Apa tindakan-tindakan yang sedang dibuat oleh puak ini. Menliberalkan macamana? Mensekulerkan PAS macamana? Apa rupa PAS yang liberal dan sekular yang mereka rancang itu? Siapa pengerak mereka didalam kepimpinan PAS? Apa modus operandi mereka?

      Sdra meny3but mereka m3nghina ulamak? Mereka menghina ulamak dari segi ilmu ugama ulamak tersebut kah atau tindakan-tindakan politik ulamak ters3but yang dilihat merugikan PAS dan Islam? Ada beza tu? Siapa itu yang patut digelar ulamak? Adakah sesiapa sahaja yang lulus bidang ugama itu secara otomatik diangkat ke martabat ulamak walaupun baru setahun jagung memileki kelulusan bidang ugama? Bagaimana pula sesetengah pemimpin yang bertaraf ulamak dalam tindakan politiknya tidak menunjukkan tahap keulamakannya?

      Sdra agaknya keliru apabila menilai seseorang yang bertaraf ulamak menjadi pemimpin politik dikritik. Yang perlu kita jelas adakah kritikan itu diatas ilmu ugamanya atau tindakan politiknya? Memang orang itu gila jika mengkritik pemimpin bertaraf ulamak itu atas ilmu ugamanya. Tetapi kritik tentang tindakan politik adalah wajar kerana politik itu bukan hak mutlak pemimpin bertaraf ulamak sahaja. Kalau tidak semua presiden atau PM negara-negara Islam di dunia ini dipegang oleh ulamaklah.Paling-paling keputusan tindakan politiknya adalah ijtihadnya. Bagi kita orang awam ia dinamakan strategi politik. Ijtihad atau strategi politik bol3h jadi betul, boleh jadi salah. Xkan jika ijtihad politik itu nampak kepincangan kita tak boleh tegur, tak boleh kritik kerana ia adalah ijtihad pemimpin ulamak. Tetapi strategi politik pulak boleh dikritik.

      Sebenarnya sdra masih tidak memahami sejarah PAS, Perlembagaan PAS dan politik dalaman PAS. PAS sebenarnya adalah s3buah jamaah Islam yang bergerak diatas landasan politik untuk mendapat kuasa untuk melaksanakan Islam. Secara realitinya jamaah Islam yang sdra s3butkan sebenarnya bergerak diatas landasan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang menyertai sistem demokrasi untuk mendapat kuasa untuk melaksanakan Islam. PAS bukan jemaah dan gerakan Islam dalam ertikata sebenar. Buktinya senang. Dimana sistem dakwah kepada massa baik dikalangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang bergerak sepanjang tahun. Yang ada hanya ceramah-ceramah politik bagi menonjolkan PAS sebagai sebuah parti politik Islam. Selalunya bila kita sebut gerakan Islam kita selalu rujuk kepada Ikhwanul Muslimin. Sebagai s3buah gerakan Islam mereka ada pelbagai media dakwah yang bergerak sepanjang masa. Tumpuan gerakan Islam PAS pula hanya l3bih kepada bidang politik.

      Walaubagaimana pun saya ucapkan tahniah kepada sdra kerana sdra berupaya menulis dengan panjang lebar berbanding dengan rakan-rakan sdra yang lain.

      Delete
  11. 11:35 ... spesis UG yang paranoid... tak tahulah pulak aku UMNO itu adalah parti Islam tulen yang amat sangat jauh sekali dari nilai-nilai sekular dan liberal... sehingga pemimpin UG boleh bermimpi basah.

    ReplyDelete
  12. Bani Melayu sepanjang pengamatan aku mana ada Ulama. Mengapa Bani Melayu begitu Naif ye !

    Aku menamatkan pengajian Agama hingga ke peringkat Phd dalam jurusan Usul Ad Din
    di Jordan dan kini meneruskan pengajian di sebuah Universiti di Bandung untuk jurusan Falsafah Islam.

    Aku sesugguhnya malu untuk meletakan diri sebagai Ulama berdasar dari pendidikan panjang yang aku tempoh - seluruh kitab-kitab rujukan agama dikarang oleh ulama ulama tersohor malahan berjilid-jilid ada yang 20 ke 30 jilid.

    Pihak Admin - mohon pembuktian siapa kah dikalangan Bani Melayu diMalaysia telah atau pernah mengarang Kitab sebagai bahan rujukan agama atau akademik.

    Sekiranya ada , dia layak digelar ulama hasil kupasan ilmu yang dia fahami.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa