Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2015

Benar atau fitnah? Kalau benar ini kerja bahaya dan amat bodoh!

Kalau golongan Ahli PAS sendiri buat fitnah ini
Alangkah keji dan jijiknya dilakukan oleh manusia yang kononnya mendokong Al-quraan semata-mata untuk mempertahankan Ulama sanjungan mereka.  
Mereka bersikap wala' bodoh! 

PASMA keluarkan 50 Nama Untuk Disingkirkan Pada Muktamar Akan Datang?
Hassan Omar

PASMA telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat. 

Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang.

Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang. 

Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.

Mereka ialah:- 
1. Ustaz Nor Azli Musa (Perak) 
2. Ust Fadhli Ibrahim (Phg) 
3. Us Tuan Ibrahim Tuan Man (Phg) 
4. Ust Nik Abduh (Kelantan) 
5. Dr Khairudin Takiri (Trg) 
6. Ust Nasarudin Tantawi (Phg) 
7. Ust Idris Ahmad (Perak) 
8. Dato Dr Mahfuz Mohamad (Jhr) 
9. Ustaz Zaharudin Mohamad (Trg) 
10. Ustaz Ahmad Yahya (Kedah) 
11. Ustaz Hanafi (Trg) 
12. Dr Azhar Yaakob (Wilayah) 
13. Ust Mohd Nor Hamzah (Trg) 
14. Ust Zulkifli Ismail (Melaka) 
15. Ust Mokhtar Senik (Phg) 
16. Dr Riduan Mohd Nor (Wilayah) 
17. Kamaruzaman Mohd (Wilayah) 
18. Hj Razman Zakaria (Perak) 
19. Ust Fauzi (Kedah) 
20. Ust Hafez Sobri (Perak) 
21. Ust Kamarudin sidek (Melaka) 
22. Ust Hazmi Dibok (Pahang) 
23. Ust Rosli Jabar (Pahang) 
24. Ust Aris Hazlan (Pahang) 
25. Ust Yusaini (Perlis) 
26. Ust Ahmad Dasuki (Selangor)
27. Ust Sallehin Mokhyi (Selangor) 
28. Ust Kamal Saari (Selangor) 
29. Dr Daeng Sanusi (Johor) 
30. Ustazah Wan Hasrina (Sel) 
31. Ustazah Nuridah (Wilayah) 
32. Hj Mohd Nor (Wilayah) 
33. Hj Khairil (Wilayah) 
34. Ust Khairul Azmi (Pahang) 
35. Ust Shahril Azman (Pahang) 
36. Ust Zamri Mantop (Selangor) 
37. Ust Fadhli Saari (Kelantan)
38. Ust Afnan Taib Azamudin (Png) 
39. Ust Yusuf Embong (Pahang) 
40. Ust Nik Zawawi (Trg) 
41. Dato Nik Amar (Kelantan) 
42. Dato Ahmad Yaakob (Kelantan) 
43. Ust Hashim Jasin (Perlis) 
44. Ust Azman Syafawi (Trg) 
45. Ust Syarhan (Selangor) 
46. Ust Asri Daud (Kelantan) 
47. Ust Kamaruzaman (Trg) 
48. Ust Syed Abdul Kader (Sel) 
49. Ust Najmi Karim (Selangor) 
50. Dr Zuhdi Marzuki (Selangor) 

Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebagai AJK PAS Pusat. 

Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat. - tranungkite via KERENGGA

19 comments:

  1. tak kan lah pasma sebegitu bodoh utk mengeluarkan senarai ni. semua org tau siapa yg perlu disingkirkan dr pas. tak perlu ada senarai.

    lagipun boleh caye ke tranungkite? tu kan suara ug? sama spt harakah yg tak laku tu...

    ReplyDelete
  2. itu hanya fitnah hendak memburukan lagi PASMA.yang sebenarnya bahawa memang golongna ulamk inilah yang banyak mecipta masaaalh dalam Pas.Orang bawah suadh kenal siapa golongan ulamk ni.Tak pernah ke depan untuk mengatasi masaalha rakuyat pun.dementrsi tak pernah tunjuk muka pun.kami ni orang bawah dah kenal siapa mereka.tak payah tuduh Pasma.itu kerja orang bodoh sombong.

    ReplyDelete
  3. UG lagi dahsyat, mereka rogol Perlembagaan PAS secara bergilir-gilir, siap diikat tangan dan kaki perlembagaan tu dengan kain lilit serban veto sambil beratib wala, wala, wala..... kemudian mereka tuduh Hawaii Five O yang nak rogol perlembagaan.

    Kemudian dengan jubah yang berkedut dan berdebu dan berbau akibat perogolan tu, mereka boleh pergi berdakap dengan kumpulan ulama yang berjubah putih bersih sehingga tercalit kekotoran dan bau peluh perogolan mereka itu... apa lagi terkeluar perkataan ana anta ana anta... ditibai kata member baiklah... tak tau apa yang dah dibuat terhadap perlembagaan yang dihormati semua... kemudian berkatalah mereka sesungguhnya ada banyak barua, broker dan syaitan sekular dan liberal di dalam kumpulan kita perlu didesak letak jawatan.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Ambo was-was ini kerja PasMa. PasMa berada didalam keadaan selesa sekarang hasil promosi puak2 UG, tidak perlu menggunakan tektik ini.

    Kalau kita tengok gelagat samseng ustaz-ustaz muda PAS semasa muktamar, akal lebih cenderung untuk mengatakan ini kerja mereka. Mereka cuba pakai tektik reverse psychology. Begitu juga jika kita lihat poster-postef fitnah internet yg betlegar di internet semasa pemilihan PAS 2 tahun dulu.

    Bengong tak bengong puak ni, depa buat poster gambar 3 calon jawatan ketua pemuda, tetapi gambar salah seorang diganti dengan gambar anjing....menjijikkan.

    ReplyDelete
  5. Takkan 50 orang sedangkan yang hadir multaqa ada ribuan ustad-ustad.

    ReplyDelete
  6. Admin,
    Assamualaikum,
    Kebanyakkan nama yang tertera diatas berlatarbelakangkan Ustaz, PasMa tidak memerlukan cerdik pandai agama kerana inilah mereka disenaraikan sebagai penghalang cita-cita PasMa.

    Berjuang bersama PasMa tidak memerlukan tanggungjawab terhadap Islam sekadar Islam untuk diri sendiri sudah cukup untuk bersama PasMa.

    Dilarang sama sekali membawa dasar perjuangan Islam jika berminat untuk berakit bersama PasMa bernakhodakan Phahrolrozi.

    Kepada ahli PAS yang merasakan terbeban dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS boleh lah memohon untuk menjadi ahli PasMa.

    Yang perlu ditambah cuma perkataan "Ma" yang membawa rmaksud yang jelas ia itu " Mengenepikan Amanah " yang diperjuangkan mengikut kehendak dan acuan Islam dan paling dibimbangi ia nya boleh menyebabkan sengketa diantara rakan-rakan PasMa.

    Tinggalkan perjuangan Islam jika ingin bersama PasMa, jangan dibebani dengan perjuangan yang tidak direstui oleh Nakhoda kerana ia nya boleh menyebabkan pergerakan untuk mencapai cita-cita akan menjadi perlahan. Berakit tanpa beban akan melincur laju kearah yang ditujukan.

    Kalau ingin bersama PAS jangan ditambah dengan perkataan "Ma" kerana PAS mempunyai dasar perjuangan Islam yang perlu di teruskan dan tiada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ia lah MATI selari dengan Parti ISLAM SeMalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau MA bermakna 'Mengenepi Amanah', maknanya perkataan ulaMA pula apa maknanya? Hujah dari sperma tak cukup zat memang macam tulah... hang tau makna AKRONIM... kalau tak tau pi tanya profesional bahasa, tanya lebai-lebai UG dia kats bahan api untuk MPV Hellfire la.

      Delete
    2. Kah kah kah kah

      Delete
  7. kalau tak bahalol takkan wujud pasma tu... tak boleh ke bermuzakarah cari jln penyelesaian... kata ulama belaka... kan Allah dah perintah... kembalilah kpd Al-Quran dan As-Sunnah bila berlaku pertikaian nescaya kamu akan selamat... silap2 semua sekali yg terlibat akan dihumban keneraka... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  8. kita tunggu pencerahan dari presiden pasma!Jangan sampai jadi macam "anjing takut dengan bayang2 sendiri"!fobiakah????

    ReplyDelete
  9. Kalau beginila sikap DEWAN ULAMAK PAS, harap muktamar depan ini ada usul agar nama dewan ini ditukar kepada DEWAN LEBAI PAS.

    ReplyDelete
  10. kita terajang dan campak jauh jauh geng pasma ni dulu sebelum muktamar.
    tapi masalahnya kepimpinan pas tak bertindak apa lagi.

    ReplyDelete
  11. wow anjing2 macai sdg menyalak dan mengigit2 pabila dilontarkan tulang.........!

    ReplyDelete
  12. Alahai otak ostat ostat ni, memang dah berkarat.....adekah pas sahaja yg memperjuangkan islam? Dulu TGNA kata semasa MSU kalau kita pecah, dek UG malam ni juga kita pecah.......kenapa ostat ostat ni x nak keluar Pas, hari ni arwah dah tiada diorang nak halau pulak sesama jemaah......ape ostat ostat ni kehabisan hujah? Ostat bankrap lah ni! DAH LAMA SY PERATI GENG NI......kalau nak turun kejalan kerana rakyat sorry lah......tapi kalau proton jemput, sebelom suboh dah sampai! Kejahilan Amat menjijikan ISLAM! Mengaku ulamak lagi jijik!

    ReplyDelete
  13. Tafsiran wala' puak puak ni macam muktazilah je! Hj HH nak bawa kemana perjuangan Islam Pas ni.....nak jadi Pas baru macam ameno baru? Hoi sebelum ni pon ramai presiden yg letak jawatan pasal perbezaan pendapat....ulamak juga diorang, apa HJHH ni nak jadi presiden seumur hidup ke? Kalau macam tu, tunjukkan lah akhlak yg mulia, bukan macam ni! Barua sana sini, broker sinun, nak rampas hak jemaah lain sebab nak kuasa ( kes MB s' ngor).....kalau nak jadi ulamak seumur hidup letak jawatan dan jadi pengurusi MSU ke @ pengurusi olamak sedonia lah! Sifat yg paling keji iala sembunyi tangan? Nombor dua sembunyi menantu!

    ReplyDelete
  14. Saya ingin bertanya satu soalan pokok kepada semua penyokong PAS sekarang.
    Adakah merancang untuk memilih/ menukar Kepimpinan itu adalah satu kesalahan?
    PAS berjuang di arena demokrasi - kenapakah usaha untuk memilih/ menukar kepimpinan secara demokrasi sekarang diperangi begitu hebat sampai runtuk semua akhlak?
    Ingat satu perkara, PAS memperjuangkan Islam. PAS menjuarai ISLAM. Adakah ISLAM sekarang menjadi lebih baik atau dipandang lebih hina melalui tindak-tanduk kita sekarang.
    Satu perkara lagi, ahli bukanlah bencikan Tok Guru Haji Hadi. Ahli mahu PAS kehadapan. Bawa kami ke Putrajaya untuk kita sama-sama membawa perubahan - membawa Islam ke Putrajaya. Jika kepimpinan mengatakan Putrajaya itu tidak penting; maka lebih baiklah ahli kekal bersama jemaah Tabligh, Abim, Haluan dan lain-lain NGO Islam. Lebih baik PAS menjadi NGO.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Mat Said,
    Tukar presiden tanpa tukar dasar tiada gunanya. Pengganti TGHH nanti pun terikat dengan dasar yang dibawa oleh PAS. Kalau dasar berubah itu bukan PAS tapi itu adalah PasMa.

    Nak bawa Islam keputrajaya memang cita-cita PAS tapi tak perlu rasanya tunduk dengan kemahuan rakan-rakan supaya ketepikan dasar perjuangan PAS.

    Kamu yakin ke yang DAP dan PKR ni boleh terima apa yang diperjuangkan oleh PAS akan diberikan laluan mudah apabila mendapat kuasa?

    Jika dilihat fenomena hari ini DAP begitu lantang bersuara menentang supaya PAS meninggalkan impian yang perjuangkan, belum lagi berkuasa dah ditentang habis-habisan.

    Disini kita sebagai umat Islam wajib untuk bangkit menentang dan nyatakan pendirian kita sebagai umat Islam yang dinaungi oleh kepercayaan terhadap Islam. Ketepikan politik, gerakkan rohani dan nyatakan pendirian kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:50

      Paham tak dasar peejuangan PAS? Dasar pe4juangan PAS ialah perlembagaan PAS. Secara umumnya untuk memertabatkan Islam( nak detail kena pi tengok perlembagaan PAS). Dasar ini akan kekal tak kira siapa m3njadi Presiden. Jika mahu ubah dasar ini ia memerlukan satu pembentangan pindaan perlembagaan di Muktamar tahunan atau Muktamar Khas untuk mendapat keputusan diluluskan atau tidak. Bukan senang. Presiden tidak mempunyai kuasa untuk mengubah perlembagaan PAS.

      Presiden, MSU, pemimpin pelbagai peringkat sehingga kepada ahli biasa wajib patuh dan bertindak mengikut perlembagaan ini.Ini tuntutan no.1 keatas ahli-ahli PAS termaeuk Presiden, MSU sampailah kepada ahli biasa. Kalau menentang atau melanggar perlembagaan, ia adalah kesalahan yang amat besar iaitu tidak wala kepada jamaah. Besar xbesar kesalahan xwala kepada jamaah ialah darah orang yang tidak wala kepada jamaah adalah halal!

      Selain itu dalam memperjuangkan Dasar perjuangan PAS atau perlembagaan PAS, dibuat juga dasar-dasar berdasarkan keperluan politik semasa untuk mencapai dasar perjuangan utama atau Perlembagaan PAS. Apabila sesatu dasar semasa dibuat, wala dan kepatuhannya sama dengan kepatuhan kepada perlembagaan PAS. Bezanya ialah dasar semasa ini boleh diubah. Kalau dasar semasa ini dibuat oleh Muktamar, maka muktamarlah tempat untuk mengubahnya. Caranya dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan PAS.

      Jadi dalam menilai menilai apa yang berlaku didlm PAS, semua pihak hendaklah kembali kepada perlembagaan PAS termasuk isu PasMa. Caranya senang. PasMa bukan sebabagian PAS. Ia adalah s3buah NGO bebas yang kebetulan dianggotai oleh sebahagian ahli-ahli PAS. PAS tidak boleh mengambil tindakan kepada PasMa tetapi boleh mengambil tindakan kepada ahli-ahli PAS yang menganggotai PasMa jika menyalahi mana-mana peruntukan didalam Perlembagaan PAS. JKPP dan MSU sudahpun mengeluarkan arahan melarang mana-mana ahli menyertai program anjuran PasMa. Tetapi beranikah PAS mengambil tindakan kepada ahli2nya yang menyertai PasMa yang menyokong perjuangan PAS dan Dasar tahalul siyasi PAS dengan PR yang menjadi dasar semasa PAS hari ini. Dalam masa yang sama ada segelintir pemimpin PAS mahu membawa PAS bekerjasama dengan UMNO yang sudah menjadi musuh PAS sejak dulu....ini keputusan politik yang perlu dibuat dengan bijaksana oleh pemimpin PAS.

      sambungan.....

      Delete
    2. Anon 3:50

      Saya juga tertarik dengan komen berikut:

      "Kamu yakin ke yang DAP dan PKR ni boleh terima apa yang diperjuangkan oleh PAS akan diberikan laluan mudah apabila mendapat kuasa?"

      Satu persoalan timbul. Dulu semasa Almarhum TGNA aktif di peringkat nasional PAS nampaknya percaya cara yang lebih sesuai untuk menrealisasikan perjuangan PAS di dalam masyarakat majmuk di negara ini ialah melalui kerjasama atau tqhaluf siyasi bersama PKR dan DAP didalam PR. Hasil dari usaha ketika itu PAS tiba-tiba menjadi parti melayu Islam yang mempunyai pot3nsi untuk mengantikan UMNO sebagai wadah orang melayu dan Islam. Islam telah m3ndapat lonjakan besar dalam masyarakat majmuk negara ini. Kejayaan terbesar tahaluf siyasi yang diketuai oleh Almarhum TGNA ialah PAS berjaya merobohkan tembok phobia yang buruk ditanam oleh UMNO sejak merdeka terhadap PAS dan Islam. Islam tiba-tiba bersinar dengan sinaran indah. Jangan lupa, imej puak ulamak PAS juga t3lah bersinar setelah diburukkan oleh UMNO sejak 57 tahun dulu.

      Persoalan yang timbul diminta kita ialah tidakkah TGNA dan MSU tidak terfikir soalan yang sdra tanya diatas semasa mengkaji apabila hendak membuat keputusan untuk bertahahluf siayasi d3ngan PR dulu?

      Setelah melihat kejayaan tahaluf siyasi yang dipancu oleh Almarhum TGNA, kita menjadi hairan mengapa persoalan ini ditimbulkan kembali sedangkan pemimpin-pemimpin utama yang terlibat sekarang dari ketiga-tiga parti PR masih sama, kecuali ketiadaan partisipasi Almarhum pasca PRU 13 menimbulkan pelbagai masaalah. Mengapa kejayaan yang dicapai oleh tahalul siyasi yang dijuarai ol3h Alma4hum dulu sudah bertukar menjadi suram sedangkan tiada yang berubah k3cuali ketiadaan Almarhum.

      Bukan itu sahaja. Keadaan PAS sendiri meniadi huruhara setelqh Almarhum bersara dari politik nasional selepas PRU 2003.

      Timbul pelbagai soalan apabila melihat apa yang terjadi dalam PR dan PAS s3ndiri. Adakah ijtihad Almarhum TGNA dan MSU untuk bertahaluf siyasi dengan PR dulu silap dan ijtihad pemimpin pasca Almarhum sekarang betul, maka segala tindakan yqng dibuat ol3h pemimpin PAS sekarang dalam tahaluf siyasi dengan PR adalah proses membetulkan kesilapan Almarhum TGNA dan MSU dulu? B3gitu juga dengan huruhara yang berlaku didalam PAS sekarang?

      Ada beberapa isu lagi yang sdra bangkitkan ingin saya sentuh. Tetapi xpelah....lain kali sahaja lah.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa