Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 17, 2015

Masih ada harapankah Anwar?

Semakan kehakiman jalan terakhir selamatkan Anwar
04:30PM Feb 16

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantunya. Hukuman itu secara langsung mematikan kerjaya politik dan cita-cita beliau.
Tetapi adakah keputusan itu turut menandakan berakhirnya jalan perundangan yang ada untuk menghalangnya daripada dipenjara dan seterusnya menyelamatkan masa depan politiknya?
Peguam, pensyarah dan penulis Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, satu-satunya jalan undang-undang yang ada bagi Anwar adalah untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.
Namun, beliau mengingatkan bahawa kadar kejayaan bagi langkah itu adalah amat tipis.
“Jika permohonan semakan difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh dan mengadakan pendegaran. Satu panel yang terdiri daripada beberapa hakim akan bersidang untuk melihat sama ada korum sebelumnya telah membuat kesalahan, yang membawa kepada kesilapan prosedur dan undang-undang,” kata ahli Jawatankuasa Majlis Undang-undang Jenayah Majlis Peguam itu kepada Semut Harian.
Berhubung kemungkinan pengampunan diraja, Baljit menyatakan ia lazimnya digunakan kepada mereka yang dijatuhkan hukuman mati, dan bukannya untuk kesalahan jenis ini.
“Ia sudah menjadi hak kepada mereka yang menerima hukuman mati. Untuk kesalahan jenis ini pula, permohonan boleh dibuat namun saya tidak fikir akan membawa hasil yang positif. Tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya lagi.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Menurut laporan, Ketua Umum PKR itu memiliki dua pilihan, iaitu sama ada memfailkan semakan kehakiman di mahkamah tertinggi itu untuk menilai semula sabitan. Pilihan kedua adalah untuk memohon pengampunan daripada pemimpin negeri atau wilayah tempat di mana kesalahan dibuat.
Dalam kes ini, kesalahan itu terjadi di Kuala Lumpur maka permohonan perlu dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.
Malaysiakini pada 12 Februari lalu memetik peguambela Anwar, Ramkarpal Singh sebagai berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat semakan kehakiman atau tidak.
“Kami belum meneliti sepenuhnya asas kehakiman itu. Selepas itu baru kami boleh membuat keputusan,” kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
Seorang lagi peguam Anwar, N Surendran pula dilaporkan berkata, pengumuman berhubung jalan perundangan yang akan diambil pasukan pembelaan Anwar akan dibuat tidak lama lagi.
Pengampunan daripada Agong adalah pilihan terakhir yang dimiliki individu yang disabitkan bersalah. Antara contoh kejayaan yang paling diingati adalah Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris yang menerima pengampunan penuh selepas didapati bersalah dalam tuduhan rasuah pada tahun 1970-an.
Satu lagi contoh adalah pengampunan terhadap Menteri Budaya, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang seteru politiknya.
Hukuman itu diringankan menjadi penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di penjara, Mokhtar dilepaskan selepas mendapat pengampunan diraja.
Rayuan untuk pengampunan diraja perlu dibuat dalam masa 14 hari selepas keputusan mahkamah. Ini bermakna Anwar memiliki masa sehingga 24 Februari ini untuk memfailkan rayuan itu, demi mengenepikan hukuman penjara dan kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Belum diketahui sama ada Anwar akan mengambil langkah itu, memandangkan beliau menolak untuk berbuat demikian ketika dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa pada tahun 1999.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dilaporkan berkata, Anwar mungkin tidak akan memohon pengampunan diraja kerana ia sama seperti mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Dekan fakulti Undang-undang Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed pula dilaporkan berkata, Agong perlu bertindak berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan dalam memberikan pengampunan.
Untuk memohon pengampunan diraja, peguam pesalah perlu menulis surat kepada Lembaga Pengampunan yang ahlinya terdiri daripada Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga lagi ahli.
Ketika keputusan kehakiman, pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta hukuman penjara yang lebih lama – yang boleh sehingga 20 tahun,  berbanding lima tahun yang dijatuhkan.
Dengan pasukan pendakwaan yang membuat permintaan itu, mungkinkah peguam negara akan mengesyorkan pengampunan?
Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor – daripada kem politik bertentangan, juga akan mengesyorkan pengampunan?
Faktor ini pasti akan ditimbang secukupnya oleh Anwar dan pasukan peguamnya dalam menetapkan langkah seterusnya.
Bagi keluarga dan penyokongnya pula, setiap jalan akan dan pasti digunakan sebelum akhirnya menerima dan mengaku kalah.

6 comments:

  1. Sekiranya Anwar dibicarakan di mahkamah luar negara iaitu Zimbabwe sekalipun pastinya beliau akan terlepas dari penjara. Jika di negara ini, berdepan pula dengan 5 ekor Khinzir Melayu tu, sampai bila pun Anwar akan terus terpenjara.

    ReplyDelete
  2. Nasib Anwar Ibrahim hanya Allah SWT tahu.

    Lahanat lahanat Melayu ter sungkur KIOK , Anwar dapat bebas.

    Muka lahanat makan gaji buta hasil cukai rakyat tu sama saja ; Qinzir lagi cantik.

    ReplyDelete
  3. Aku dan rakan2 sebelum ni dah janji tak nak mengundi dah,kerana menyampah dgn pr,pas yg bergaduh sesama ahli di media,tak pandai nak selesai senyap2,dah bengang dgn kajang move dan macam2 isu,tapi bila Anwar kena penjara,kami kesian kerana kami nampak ia satu pengainyanyaan,dan kami takut Allah akan tanya kami,apa yg kamu buat bila berlaku kezaliman...rupanya Anwar mengorbankan dirinya utk meraih undi kami.doa kami supaya Allah kembalikan segala fitnah kepada org yg memfitnah dan semoga Allah balas setimpal dgn. kekejaman yg dilakukan pd Anwar dan keluarganya terhadap si zalim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul !

      "Ya Allah berikan lah mereka hidayah atau jadikan mereka sebagai pengajaran bagi kami dan manusia akan datang". Amin.

      Delete
  4. Kenapa tidak mahu melihat kepada fakta dan bukan nya "auta" ? Suka atau tidak, Ram Gopal peguam utama Anwar berkata kepada 5 hakim terbabit bahawa kejadian liwat itu berlaku atas dasar "suka sama suka" dan Anwar tidak sepatutnya dipersalahkan. Dalam erti kata yang lain Sri Ram bersetuju Anwar meliwat (suka sama suka atau tidak ,itu soal kedua)Samada inanya konspisasi politik atau tidak, itu bukan soal utamanya - yang jadi isunya Anwar sememangnya MELIWAT Saifol dan dibuktikan dengan secara saintifik (DNA) sperm Anwar dijumpai didalam lubang dubur Saifol dan semua peguam utama termasuk Anwar tidak menafikan kenyataan ini, jadi kenapa kita yang diluar tiba tiba menjadi lebih cerdik dari pakar yang ada ?

    ReplyDelete
  5. Kes liwa 2 ini mengambil masa 7 tahun melebihi apa yang Anwar dapat (5 tahun). Bayangkan proses semakan kehakiman nanti tentu mungkin akan mengambil masa lebih 5 tahun dan waktu itu Anwar sudah pun berada diluar.

    Hendak meminta ampun kepada Agong tak mungkin Anwar mahu kerana terpaksa mengaku bersalah!

    Apa yang Anwar boleh buat ialah 'pura-pura gila'... sebab orang gila tidak boleh disabitkan undang-undang. Peluang Anwar 'cerah' untuk bebas!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa