Kerakusan termakan hasutan kuasa ketiga?
Atau memang agennya sudah terpasang di dalam PAS?
'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS'
MK - 12:43PM - 28 Feb 2015
Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".
Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.
Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".
Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.
Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.
Ramai orang bertanya...... Mengapa sesetengah ahli Dewan ulama PAS meroyan seperti dijangkiti penyakit anjing gila... menyerang sesiapa saja yang mereka tidak suka dengan bahasa kesat, kasar, lucah ?
ReplyDeleteJawapannya amat mudah. Pengaruh Dewan Ulama PAS sudah terhakis kerana kelemahan mereka melaksanakan tugas berkaitan politik, gagal menelesaikan isu berbangkit dan mereka sudah tidak diberi perhatian sebagai wakil nabi dan tuhan.
Orang yang membuatkan kumpulan ulamak itu tersisir adalah dari kalangan ahli parti yang diberi gelaran sebagai profesional. Kumpulan ini disukai oleh rakyat kerana mereka selalu turun padang, mendengar segala keluhan rakyat dan bersama berbincang mencari keputusan sebelum bertindak.
Kumpulan yang digelar profesional ini memang mesra Pakatan Rakyat kerana mereka amat memahami bahawa gabongan itulah yang membuatkan idealogi PAS diterima oleh para pengundi.
Itu sebabnya mereka menyerang kumpulan profesional seperti anjing gila.
Apa yang diterangkan oleh mantan ahli Majlis Syura Ulama AHMAD AWANG dalam tulisannya bahagian 1 dan 2 pencerahan bahagian kulit saja.
Kita dikelirukan dengan isu hudud dan guling presiden parti tapi fakta sebenarnya adalah berkaitan dengan pengaruh, jawatan dan pangkat yang mereka pertahankan.
Kumpulan itu amat takut untuk menggantikan tempat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mereka semua nya tidak ada yang layak menjadi ketua pemimpin.
Berbeza dengan kumpulan profesional, kewibawaan, ketrampilan, keyakinan dand keberanian mereka sudah terbukti bahawa mereka adalah seorang pemimpin.
Tanpa TG presiden, puak ulama akan jadi ulama kaki lima seperti orang india yang berserban tapi menjual kacang putih.
Oleh kerana itu tidak payahlah ahli parti membuang masa mencari bukti siapa yang mahu menjatuhkan presiden kerana tiada siapa yang akan menjatuhkan sesiapa kecuali prestasi orang yang berkhidmat sudah menurun tidak mampu memikul tanggangjawab yang diamanahkan maka selayaknya mereka digantikan.
Itu adalah amalan biasa yang diguna pakai oleh semua parti politik. Hanya kumpulan orang gila saja yang akan mempertahankan pemimpin yang lemah, bangang, dan pemalas untuk terus memimpin parti.
Apakah golongan ulama tak dapat membaca tipu helah warisan penjajah.Di mana mereka bijak memainkan peranan dalam mempengaruhi dan menghasut memecah-belah kasatuan anak watan sehingga dapat menakluk sebuah negara dengan jumlah mereka yang sedikit berbanding dengan anak watan yang ramai jumlahnya.Pengetahuan bagaimana runtuhnya kerajaan khalifah Islam dengan hasutan penjajah, orientalis dan anak watan yang khianat serta ulama yang bekerjasama dengan penjajah ini, patut diaplikasikan oleh golongan ulama dalam menghadapi survival PAS untuk melonjak sebagai pengganti kepada sistem sekular tinggalan penjajah.Musuh politik pasti sentiasa mencari jalan dan berusaha memenuhi cita rasa dan hasrat mereka,"by hook or by crook".
ReplyDeleteApakah golongan ulama sudah kehilangan renungan, muhasabah dan kebijaksanaan serta hikmah.Fikirkanlah usaha gigih dan pengorbanan yang selama ini dicurahkan akan hilang dan hancur dengan masa sahaja jika kebijaksanaan tidak dipergunakan.Tak semestinya kita bersama dengan orang yang berkuasa kita dapat meraih kekuasaan itu.Yang akan diraih nanti PENYESALAN.
Ulsmak Ulsmak PAS tak cerdik , nak mengira Sifir pun toye.
ReplyDeleteKalau dah Toye , apa lagi boleh di harap kan pun.