Pesawat Hilang Lebih Setengah Abad Lalu Ditemui
SANTIAGO, Feb 9, 2015: Sekumpulan pendaki gunung di Andes, Chile berkata bahawa mereka telah menemui bangkai pesawat bersama pasukan bintang bola sepak yang hilang lebih daripada setengah abad yang lalu.
Gambar bangkai pesawat LAN Chile Douglas DC-3 yang terhempas pada 3 April, 1961 telah disiarkan di televisyen Chile semalam.
Pesawat tersebut dikatakan ditemui pada ketinggian 3,200 meter kira-kira 300 kilometer dari selatan Santiago.
Pesawat itu membawa 34 orang penumpang termasuk anak kapal. Apabila ia terhempas, kesemua penumpang dianggap meninggal dunia.
Mereka termasuk lapan anggota skuad bola sepak Green Cross, jurulatih pasukan, Arnaldo Vasquez dan pemain-pemain lain, dan juga rakan-rakan yang kembali dari Santiago selepas perlawanan di Osorno.
Pesawat itu hilang semenjak hari itu lagi, tetapi ada khabar angin mengatakan bahawa juruterbang LAN telah ternampak sesuatu yang dia katakan adalah pesawat berhampiran bandar Linares.
Para pendaki gunung enggan memberikan lokasi yang tepat kepada media Chile, berkata mereka bimbang lokasi kemalangan itu diganggu, walaupun ia adalah jauh. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa