Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 21, 2015

‘Mengarut’: Najib tersalah mulut?

Najib sepatutnya tak jawab apa-apa
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Februari 2015
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak perlu menjawab ketika diajukan soalan mengenai kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar bahawa dia diarah pihak atasan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Ketua Jabatan Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, pastinya jawapan ‘mengarut’ yang diberikan Najib mengenai isu itu boleh menimbulkan pelbagai tanggapan.


“Polemik timbul apabila cara Najib jawab seolah-olah ingin mengetepikan persoalan tersebut atau menidakkan kemungkinan tentang perkara itu.


“Secara profesional sepatutnya, Najib jawab pertanyaan itu tidak sesuai ditanya dalam konteks tersebut dan mungkin perlu dijawab dalam keadaan lain atau pada sidang media yang lebih tersusun,” katanya.


Kata Mohd Khairie, pada pandangannya, jawapan Najib ketika itu mungkin reaksi spontan disebabkan beliau tidak bersedia menjawab soalan tersebut.


“Cara Najib jawab, saya letakkan dia dalam konteks keadaan semasa majlis itu yang kurang selesa atau mungkin beliau ingin untuk meneruskan acara atau beredar.


“Walau bagaimanapun, disebabkan ini kes berprofil tinggi, sebagai penganalisis komunikasi saya lihat tidak sesuai Najib mengetepikan pertanyaan tersebut dengan cara demikian,” katanya.


Menurutnya, ini kerana Najib sendiri pernah dikaitkan dengan kes tersebut.


Sementara itu, Mohd Khairie turut menyokong pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak seharusnya mengetepikan dakwaan baharu yang diberikan individu yang terlibat dengan kes tersebut.


“Pihak berkuasa termasuk polis, jangan cepat melatah dan dengan mudah mengetepikan semua ini.


“Sewajarnya polis nilai kewajaran dan sejauh mana fakta-fakta itu boleh dikaji, sama ada untuk dibuka semula atau perlu diberi perhatian.


“Bukan dengan cara menolak dengan mudah,” katanya.


Oleh itu kata Mohd Khairie, penting bagi kerajaan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk memberi pencerahan terhadap perkara tersebut.


“Kes ini sedang diperhatikan seluruh dunia. Jadi ada kewajaran Pejabat Peguam Negara boleh berbincang dengan kerajaan dan perlu ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.


“Sekiranya ini tidak dilakukan, persepsi dunia akan beri kesan kurang baik kepada Malaysia walaupun keputusan mahkamah telah diperoleh,” katanya.

6 comments:

  1. Ini satu contoh manusia yg x layak jd pm, tp gelojoh nak juga.

    ReplyDelete
  2. Budak Ksngkong Otak Kangkong bagi pendapat tiada nilai ekonomi hanya campak ke longkang saja.

    Tak perlu beri komen tak ber guna. CNY Tahun Kambing pun Orang Orang Cina 5000 tahun dulu ksmbing ada nilsi ekonomi sehingga tahi kambing pun di buat baja.

    Professor Kangkong tak masok kampus ber nilai , se elok nya duduk diam2 makan gaji buta sampai pencen sudah.

    Kslsu sendiri benggap tak payah benggap kan orang lsin , cukup anak bini sendiri sudah.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Kes altantuya "mengarut"
    Kes anwar..."jaja 1malaysia"

    ReplyDelete
  4. Abe

    Bukan tersalah mulut tapi dok cerdik. Hak dia patut buka mulut dia diam membisu. Benda yg dia xpatut jawab dia gatal mulut nak jawab.

    Dalsm isu hutang 1MDB dia patut jawab tetapi dia senyap macam tikus.

    Itulah traitmark Abe Jib kita kalau kita perrhatikan stail dia sejak 6 tahun dulu.

    ReplyDelete
  5. Dia dh terasa pedas sbb sdri makan cili.

    ReplyDelete
  6. llah mahu mendedahkan segala-galanya tiada siapa yang boleh menghalangnya.

    ibu sirul perlu buat solat hajat/munajat banyak-banyak. kalau ada kemampuan buat baca surah yaasin 41, insha A!llah akan keluar segala-galanya.YAKINLAH DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SWT.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa