Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 24, 2015

Berita beginilah yang macai dok kata aku menyebar fitnah?

Selama ini ramai yang dok tuduh aku penyebar fitnah......ancam dengan Neraka lagi sebab kononnya aku fitnah Tok Lebai (Ulamak)!

Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud
TMI - Published: 23 February 2015 5:00 PM
Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.

Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.
Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan
Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.
Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.
Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.
Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.
"Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?
"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.
Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.
"Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya.
Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.
Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?
"Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".
"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya.
Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.
"Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame.
"Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." – 23 Februari, 2015.

Cer baca juga di link iniPAS leaders now more inclined towards Umno, says veteran member 

9 comments:

  1. ko pun xleh salahkan dorang bang..boleh jadi hukum brkawan ngan umno sekarang ialah "harus"..

    ReplyDelete
  2. salam pak din....
    saja nak tanya pak din kot pak din tahu,
    amanat hj hadi 1982 tu dah dimansuhkan ke atau anggap org dah lupa..
    tu shj saya nak tanya....
    ha ha ha..
    kawan lama

    ReplyDelete
  3. Perkembangan muktahir dalam PAS, boleh ke Ulama PAS dipercayai? Jika mereka membelakangkan seruan Tuan Guru (TGNA ) bekas Murshidul Am mereka sebaik saja beliau meninggal dunia? Boleh kah sebuah parti yang bergelar parti Islam diberi amanah untuk menjadi benteng dalam mentadbir negara di percayai? Tentu tidak boleh? Pertama, mereka tidak menghormati allayrham Tok Guru yang sehingga saat mati menolak kerjasama dengan UMNO. Adakah Hadi berani melanggar seruan dua bekas pemimpin kuat parti yang sudah menjadi syahid melawan UMNO? Kalau bagini lah cara mereka melayani bekas bekas pemimpin mereka yang berjasa dan kalau ikut cakap allayarham TGNA, sudah hampir 55 tahun melawan UMNO dan ketika UMNO lemas PAS nak pergi selamatkan parti yang nyata zalim dan mencerca TGNA ketika hayatnya.
    Nyata pemimpin PAS dari kumpulan UG adalah ularmak.

    ReplyDelete
  4. kubur tgna masih merah lagi tok2 lebai dah mula menyalak2 nak berUG

    ReplyDelete
  5. Bijak betul hadi main kayu tiga... kesian bini bini hadi rumah , pjr dap... umno juger yg seksi bakal disunting hadi .. eh di istanbul ada lg satu..kwyu empat la gitu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Admin,

    Apa reaksi dan pendirian saudara admin terhadap kenyataan keras dari pemimpin DAP terhadap kerajaan K'tan berkaitan EKJS II yang sedang diusahakan?

    Apa pendirian dan pandangan saudara admin sila nyatakan dengan jujur dan ikhlas sebagai seorang Islam, ketepikan dulu politik.

    Pertama, tunjukkan pendirian saudara terhadap kenyataan DAP yang mengecam EKJS, bukan pasal kerana kerajaan PAS yang usahakan tapi pendirian saudara sebagai umat Islam.

    Kedua, apakah pendirian saudara terhadap usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan PAS K'tan, berilkan pandangan saudara sebagai umat Islam lupakan dulu musuh politik saudara.


    ReplyDelete
  7. Anon 8:51 AM

    Sepatutnya anda letak nama sekiranya ingin bertanyakan perkara serius dan pendirian. Tapi tak apa saya jawab juga kerana saudara minta pendirian ikhlas

    Sekiranya DAP berkeras dan PKR jadi kera bisu, PAS jangan berdolak dalik.
    PAS keluar saja dari PR dan berjuang secara bersendirian. Jangan bersandar kepada parti yang dimusuhi selama ini sejak dari mula penubuhan PAS lagi.

    Kenapa sekarang PAS sedia menjilat ludah? Hadi dah tarik balikkah Petua dia dulu?

    Kenapa menjadi Mesir dan Jordan menjilat kaki Yahudi semata-mata inginkan laba sedikit dengan pemulangan sebahagian tanah yang dirampas?

    Kenapa tidak diambil contoh perjanjian Hudaibiyah di mana ketika itu Quraish sudah mengalah dan pengunduran Nabi ketika itu hanyalah tektikal?

    Saya lebih gembira PAS berjuang secara bersendirian dan mufarakah dari PR secara aman dan ikhlas tanpa mengkhianati rakan dan Ahli sendiri, tanpa cakap berbelit-belit!

    Sejujurnyq saya sudah hilang hormat terhadap golongan pemimpin yang cakap berbelit-belit dan menyalahkan orang lain terutama terhadap Ahli parti sendiri.

    Adakah Inspirasi Almarhum Ustaz dan TGNA telah dikuburkan bersama jenazah mereka?

    ReplyDelete
  8. perjanjian hudaibiah mana sama langsung ngan korang pas dap umno pkr sume bang..

    ReplyDelete
  9. Kami sokong pas dulu kerana profesional dlm pas hebat,professional yg sokong pas mmg hebat kerana dia nampak kekuasaan Allah melalui ilmu dunianya,tapi banyak ulamak rosak kerana tersilau dek keindahan dunia.benarlah ungkapan yang paling bahaya ialah kedengkian org2 yg beriman terhadap orang beriman.sedih dgn fitnah akhir zaman.terimgat dulu2 bila ayah kata org2 pas tu tak nak campur org.,sombong,,mcm dia rasa dia suci sangat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa