PAS tidak akan jadi penyelamat Umno - Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Posted on Sunday, December 20 @ 13:30:00 MYT by paktam
Berita Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menjadi penyelamat kepada Umno-BN, sebaliknya PAS akan terus kekal dengan dasar Islam yang bercanggah sama sekali dengan dasar pragmatisme dan nasionalisme yang menjadi dasar perjuangan Umno.
Kenyataan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk bekerjasama dengan PAS di saat kemelut yang melanda dalaman parti mereka sekarang hanyalah satu usaha mengalih isu sebenar yang sedang melanda Perdana Menteri.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan Umno yang sejak ditubuhkan sehingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan PAS.
Menurut beliau, Kelantan terus ditekan sehingga hasil petroleum di sedut namun royalti yang ditandatangani terus dinafikan, manakala Terengganu ketika PAS menang terus dinafikan hak royalti.
“Enakmen Jenayah syariah yang dijanjikan akan disokong terus dinafikan untuk dibentang.
Apakah PAS akan percaya di saat Umno tertekan mereka mencari PAS. PAS tidak akan jadi penyelamat kebobrokan dalam Umno- BN,” katanya
Sementara itu, PAS turut menyifatkan jaminan Dato’ Seri Najib atau kerajaan Umno-BN terhadap yuran universiti di negara ini tidak akan dinaikkan sebagai satu tragedi.
“Semalam Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib berjanji tidak akan menaikkan yuran universiti di negara ini. Walaupun PAS mengalu- alukan cadangan itu, tapi sebenarnya cadangan itu adalah satu tragedi untuk menutup pelbagai kenaikan yang lain,” katanya.
Dalam satu lagi kenyataannya Ustaz Tuan Ibrahim berkata, para pelajar di kota kini berdepan dengan kenaikan harga buku, harga pengangkutan awam, harga makanan dan kenaikan saman di sekitar universiti.
Ustaz Tuan Ibrahim sebaliknya turut menyifatkan kenyataan Najib itu memperlihatkan bahawa beliau kini terpisah daripada realiti kesusahan rakyat bawahan dan pelajar marhaen.
“Pengumuman tidak menaikkan yuran universiti tidak dapat menutup penarikan pelbagai subsidi daripada rakyat. Semua yang dijanjikan sehingga kini tidak berlaku. GST tidak mengurangkan harga barangan.
Pengurangan subsidi juga tidak mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM623.3 bilion,” ujarnya.
Beliau berkata, menteri BN mengatakan Malaysia tidak akan bankrap, tapi jika BN terus memerintah nescaya ramai rakyat dan pelajar yang bankrap sebelum masanya.
# boleh kata semua orang besar PAS kerkenan dan tak timbulkan isu sebagaimana Tuan Ibrahim katakan.........
Komen pertama lain, bila mr presideng kluo cakap, lain pulok bunyi komen Timbalan ini.
ReplyDeleteKluk klek sama banyok dgn mr presideng.
Maaf cakap, kedua-dua mr presideng dn timbalan tk punyai nilai kepimpinan tahap negeri pun, apatah peringkat negara fn antarabangsa!!!
salah masuk parti! ini lah ungkapan TITM yang dicakap dengan menyindir pada puak yang mengkrititk kepimpinan pas pada suatu ketika.
ReplyDeletekesian pulak aku tengok.
TITM jika tuan bijakbistari dan jika tuan bukan bongok-man, izinkan hamba bertanya.
Adakah hudud pas mampu menghukum pemimpin yang mencuri duit kerjaaan/rakyat berbilion-bilion, lembu, balak? penyamun mana yang nak sokong Ruu hudud? nik amar?
saya tak suka ditipu sebab saya bukan nik abduh.
sudah-sudahlah menjual agama.
lebih baik tuan bersama amanah supaya tidak kelihatan seperti orang bodoh.
cek balik video2 titm dan yg seangkatan dgn dia. masa dgn PR dulu cakap lain, skrg u-turn abis. islam apa ni, malu kpd non-muslim
ReplyDelete