Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2015

Tatau nak komen, gesaan ini wajar atau tidak......

Boikot Low Yat dan Kota Raya, pergi Mara Digital

Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah meminta orang ramai supaya tidak lagi membeli barangan digital di Plaza Low Yat dan Kompleks Kota Raya berikutan pergaduhan yang berlaku Sabtu lalu.
Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya orang ramai pergi ke pusat teknologi maklumat (IT) yang baru dibuka iaitu Mara Digital.
"Kepada pengguna-pengguna, cukup-cukuplah kita ke Low Yat dan Kota Raya untuk membeli barangan digital.
"Saya cadangkan adalah baik ke Mara Digital, ia lebih baik dan selamat bagi pengguna. Insya-Allah," kata Armand di dalam Facebooknya hari ini.
Selain itu, Armand juga berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan pihak polis yang menahan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju di bawah Akta Hasutan ekoran kejadian di Kompleks Kota Raya.
Katanya, pihak polis sepatutnya mengambil keutamaan terhadap kejadian penipuan peniaga terhadap pengguna yang menggunakan kekerasan di kompleks berkenaan.
"Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas bukan sahaja pada pekerja malah pada syarikat pengendali telefon serta pengurusan pihak Kota Raya tersebut kerana membenarkan cara ala-ala gangster dalam perniagaan," katanya lagi.
Semalam, polis menahan Ali Tinju berikutan demonstrasi untuk memboikot peniaga di Kompleks Kota Raya Jumaat lalu.
Ali mengetuai tunjuk perasaan selepas ada pembeli mendakwa dikurung oleh seorang peniaga selama empat jam kerana enggan membeli beberapa telefon bimbit.
Pembeli itu mendakwa peniaga di kompleks itu meminta bayaran RM10,000 bagi empat telefon bimbit walaupun harga asalnya hanya RM800. Individu tersebut hanya dibebaskan selepas membayar RM5,000.
Tribunal pengguna berpihak kepada pembeli berkenaan dan mengarahkan peniaga terbabit memulangkan wang kepadanya.

2 comments:

  1. Entah blog mana aku baca tadi, ada pelanggan beli barangan di Mara Digital, tapi untuk mendapat jaminannya, pelanggan itu diarahkan ke Low Yatt. Ini disebabkan peniaga di Mara Digital itu, mendapatkan bekalan barang jualannya pun di Low Yatt. Apa sudah jadi??? Lucu sungguh!

    ReplyDelete
  2. Gesaan yang lebih baik untuk orang2 melayu sebenarnya adalah gesaan kepada pengundi2 serta rakyat Malaysia iaitu "cukup2lah kita mengundi UMNO dan BN yang korup tu". Disambung lagi dengan "saya cadangkan agar pengundi2 memilih calon2 yang tidak rasis, tidak rasuah dan tak menerima duit derma yang dimasukkan kedalam akaun peribadi, tidak menggunakan duit anak yatim untuk membalun gaji sebanyak RM 81,000 sebulan, tidak menggunakan duit anak yatim untuk pergi main golf dan shooping kat US dan yang terutama sekali tidak mengundi mereka2 yang mengenakan cukai zalim kepada rakyat2 samada Islam atau pun yang bukan islam terutama sekali tehadap golongan miskin dan berpendapatan rendah. Dan yang terutama sekali janganlah mengundi orang2 yang suka menipu, suka mencaci rakyat dan suka menindas rakyat seperti Presiden UMNO, PAS dan juga para balaci2 mereka yang dok menjaja agama demi kepentingan mereka sendiri"! Kalau rakyat ikut akan gesaan ini besar kemungkinan Malaysia akan maju jaya dan nescaya mangkuk2 seperti Najib, Hadi, Zahid, Ahmad maslan dan especially mangkuk Arman ni tak ada peluang langsung nak jadi pemimpin hatta memimpin orang buta melintas jalan sekalipun.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa