Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2015

Laa........pengecutnya puak-puak nih!

Senator BN berang, terima emel tidak dikenali gesa RUU MKN ditolak
OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 22 December 2015 6:51 PM
Senator Barisan Nasional menggesa tindakan tegas diambil dengan menyiasat pihak terlibat menghantar emel mengenai Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara disertakan dengan alamat lengkap kediaman mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2015.

Senator Barisan Nasional (BN) berang apabila mendakwa menerima emel tidak dikenali menjelaskan mengenai perincian Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebab mengapa undang-undang itu harus ditolak.

Senator Datuk Khairuddin Abd Samad menggesa tindakan tegas diambil untuk menyiasat pihak mana yang terlibat menghantar emel itu juga mendakwa kandungan tersebut disertakan dengan alamat kediamannya.

"Kita kena ambil tindakan tegas selidik latar belakang mereka, dari mana mereka dapat alamat emel kita.

"Bukan alamat emel sahaja, tapi alamat rumah saya pun ada. Saya risau esok mereka serang rumah saya dan rumah saya kena diisytiharkan kawasan selamat," katanya ketika membahaskan RUU MKN di Dewan Negara hari ini.

Katanya, bukan beliau sahaja yang menerima emel itu malah kiriman mengenai RUU kontroversi itu juga dihantar kepada senator  BN lain.

Kebimbangan sama juga turut dikongsi Senator Shahanim Mohd Yusoff  yang meminta Parlimen mengambil tindakan tegas untuk tidak membiarkan perkara itu.

Beliau yang sebelum ini mencetuskan kontroversi semasa perhimpunan agung Umno kerana pendedahan pemberian wang RM50 kepada anggota parti kawasannya menggesa siasatan berkenaan pencerobohan alamat emel para senator.

"Saya mohon siasat DNA pengirim emel, siapa yang tidak jujur kerana saya pun menerima emel -emel tersebut.

"Perkara ini perlu diambil serius. Saya mohon Parlimen ambil tindakan kerana mereka turut menyebarkan alamat rumah kita," katanya.

Selain itu, Senator BN Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendakwa kiriman emel itu mungkin daripada pihak yang sama iaitu Majlis Peguam.

Parti pembangkang, aktivis, Majlis Peguam, termasuk kumpulan antarabangsa Human Rights Watch, sebelum ini mengkritik undang-undang yang dicadangkan itu, yang memberikan perdana menteri "kuasa ala darurat".

Kumpulan itu mengerakkan Kempen #TakNakDiktator terhadap rang undang-undang itu dimulakan kumpulan pejuang hak dan masyarakat sivil, termasuk Amnesty International Malaysia, Lawyers for Liberty, Suara Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia.

Lebih 22,000 penyokong menandatangani petisyen itu di laman web change.org menggesa Dewan Negara menggunakan kuasa vetonya ke atas RUU itu.

Terdapat juga usaha individu menulis surat atau emel secara peribadi kepada senator, meminta mereka menolaknya. – 22 Disember, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa