Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 23, 2015

Ini drama ker lawak?

'Low wakili keluarga diraja Arab Saudi hadir mesyuarat 1MDB'


Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan.
Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International.
"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB.
"Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB.
"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.
"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.
# aku perturunkan beberapa komen dari article ni.........
Kah kah kah sangat lucu.... maharaja lawak punya cerita...
Like · Reply · 37 · Dec 21, 2015 6:45pm
Akujb Waklu
Kah kah kah... kan eric. Mcm bodoh punya jalan cerita BN n 1mdb. smile emoticon pusing2 orng yang sama.
Like · Reply · 27 · Dec 21, 2015 6:58pm
Albab Aklaken
Kepada macai bebal dan tolol yg berada d laut, di atas pokok2 dlm hutan, di padang2 rumput ragut melata dan d mana jua berada, Petro Saudi International itu BUKAN milik kerajaan ARAB SAUDI. Puak2 penjahanam negara ini cuba mengelirukan rakyat kononnya 1mdb kerjasama dngn kerajaan mereka. Haramjadah bijak modus operandinya. Apa kejadahnya pulak kepentingan budak gemuk tu dngn kerajaan Arab Saudi ni? Dia gabenor madinah agaknya. Itu telahan terbaik pakcik.
Like · Reply · 39 · Dec 21, 2015 7:20pm
Kgreen Ray
Akujb Waklu Nampaknya jadi Cina Arab sangat istimewa, Maknanya antara Cina yang paling istimewa di dinia ini adalah CINA ARAB.
Like · Reply · 11 · Dec 21, 2015 7:34pm

1 comment:

  1. Kah kah kah kah kah kah....tak tahan aku, gelak sampai nak terberak..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa