Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2016

Adakah Najib tak rasa apa-apa?

Friday, 12 February 2016
APA AGAKNYA PERASAAN NAJIB DI AS KETIKA INI?
Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi seminggu ke Amerika Syarikat, termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN - AS di California.

Selain menghadiri beberapa program yang antaranya bertemu dengan pelajar Malaysia di sana, Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengurus dan peneraju beberapa syarikat di negara kuasa besar itu.

Dua syarikat gergasi yang bakal dilawatinya pula ialah Apple Inc. dan Tesla Motors.

Dalam Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN - AS, Najib bersama sembilan pemimpinnya  yang lain akan turut mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Barack Obama.

Berada di AS untuk mengadakan lawatan rasmi sambil bercampur gaul dengan pemimpin ASEAN yang lain serta Barack Obama dan tokoh-tokoh terkemuka negara itu, apa agaknya perasaan dan air muka Najib ketika berhadapan dengan mereka?

Bagaimana rasa-rasanya beliau melindunginya raut wajahnya di sebalik seluruh dunia ketika ini turut mengetahui dan membaca pelbagai berita mengenai dirinya yang dikaitkan dengan kemelut 1MDB dan derma berbilion ringgit yang masuk ke akaun peribadinya?

Mampukah beliau mempamerkan penampilan yang meyakinkan di hadapan semua orang yang ditemuinya sedangkan seluruh dunia juga tahu bagaimana Peguam Negara yang sedang menyiasatnya telah dipecat secara tiba-tiba?

Di antara semua orang yang ditemuinya dan beliau bercakap dengan mereka, agak-agaknya dalam hati masing-masing, adakah mereka percaya sepenuh hati wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib betul-betul merupakan derma yang asli?

Adakah juga mereka, termasuk Obama dan sembilan pemimpin ASEAN benar-benar percaya Najib sudah memulangkan sebanyak RM2,030 juta daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya atas alasan tidak menggunapakainya atau mereka gelihati dan "terbahak-bahak" dalam hati?

Jika ramai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara sering ditanya, "apa sudah jadi dengan negara anda?", apakah Najib sebenarnya turut  merasakan soalan yang sama juga sedang bersarang di kepala setiap orang yang berdepan dengannya?

Sebagai perumpamaan, ia mungkin lebih kurang sama dengan seseorang yang tinggal di sebuah kampung tetapi disyaki bermacam-macam kerana kelakuannya, boleh orang tersebut bercampur gaul di kedai kopi atau surau?

Adakah Najib masih punya sisa-sisa naluri halus sebagai manusia dalam dirinya atau beliau hanya "buat-buat bodoh" dan "persetankan"  semua tanggapan orang lain terhadapnya? (SH 12/02/2016) - sumber

11 comments:

  1. Mungkin Najib tidak terasa apa-apa dan sedikit pun tidak rasa segan silu kerana muka beliau telah ditampal dengan kulit babi!

    ReplyDelete
  2. Apa yang berlaku dalam negara Najib Razak tetap juga Najib walau pun dunia telah takrifkan Malaysia tergulung dalam negara-negara yang berasuah hingga perdana menteri sendiri boleh terima derma dari negara luar tanpa dikenakan apa-tindakan dan penjelasan pada hal undang-undang negara dengan jelas jika derma diterima dari sesiapa pun walaupun sedikit jumlahnya ianya perlu diistiharkan kepada bank dimana bank adalah pusat kawalan keluar masuknya wang negara tapi kes ini sudah menjadi kebal kepada seorang pemimpin negara.

    ReplyDelete
  3. kulit muka tebal..tiada perasaan malu..sama selepas menyampai kan perutusan maulud nabi atau maal hijrah..
    rakyat semetinya mengikut sunnah nabi..ikut ajaran hukum alquran..hukum menutup aurat yg paling senang pun buat isterinya pun tak terbuat...
    setakat 7.8 orang pemimpin lain.nk mslu ape...rakyat nya yg berjuta pun dia tak rasa malu atau bersalah pun..
    yg dia guna kan ni..bukan rupa sebenar diri nya.ini adalah wajah setiap ahli umno atau wajah para oenyokong nya...wajah sebenarnya masih tersimpan baik di rumahnya.ape nk di malukan..orang yg berasa malu adalah kerana berbuat salah..dia tak buat salah ape pun kan.
    yg bersalah ada lah penyokong2 nya..yang melantik dia menjadi pm

    ReplyDelete
  4. Angpa jgn bodoo ler..
    parti2 politik kat barat normal bg mereka terima2 dana ni
    pasal Negara depa mana ada undang2 corruption macam Malaysia bai..
    aku tau ler pasai slalu engangement prog. dgn enforcement depa kui kui kui... kuasa besar bai tu hal kecik la dana2 bilion2..

    ReplyDelete
  5. Mana Ade malu...kecil punya hal....dah kena bon bon..mandrem.

    ReplyDelete
  6. SADO,brother...sado

    ReplyDelete
  7. Jika benar wang itu merupakan wang derma, kenapa ia tidak dimiliknegarakan? Kenapa pula wang baki tersebut dikembalikan? Ini jelas menunjukkan bahawa wang itu bukanlah wang derma seperti diwar-warkan oleh Afandi penipu tu. Tidak lain ia hanyalah merupakan satu usaha penggubahan wang haram, yang mana negara bukan Islam pun tidak bersetuju amalan seumpama itu.

    ReplyDelete
  8. Rakyat kita bodoh dari rakyat indonesia

    ReplyDelete
  9. Apa apa hal pun masuk mahkamah dulu . bukan boleh Hakim sendiri . rakyat yg bodoh ni berhujah dikedai kopi . najib dan sekutunya ketawa terbahak

    ReplyDelete
  10. Bro. Typing error. Tajuk najab ke najib?? Haha

    ReplyDelete
  11. Anon 10:42 PM

    Terima kasih bro. Memang typing error. saya akan betulkan. terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa