mk - 12 Feb 2016, tengahari 1:23
gambar dari google
Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Menurut sumber Malaysiakini, lima nama telah disebut. Bagaimanapun, sumber itu berkata, pihaknya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.
Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.
"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.
"Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.
"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Sebelum ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.
Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana menteri.
Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.
Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri dari Malaysia ke Australia.
Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.
Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia
# di hadapannya tali gantung.......dan kalau boleh dia mahukan pengampunan dan pulang ke Malaysia
Itulah yang diangankan oleh seorang pembunuh kejam!
# di hadapannya tali gantung.......dan kalau boleh dia mahukan pengampunan dan pulang ke Malaysia
Itulah yang diangankan oleh seorang pembunuh kejam!
Ini dah macam cerita bapak Saipul Je!
ReplyDeletenak lari dari tali gantung ......apa sahaja yang disuruh buat, dia akan buat...!!!! dengan sedikit ganjaran, membunuh dia sanggup, inikan pula memfitnah orang untuk lepas dari tali gantung.....!!!!!!!!!!! ceh...!!!
ReplyDelete"Money is king"....
ReplyDeletePerkara kalau betul terang2 awal2 dah cerita
ReplyDeletePembohong macam ni la, cerita pusing2, orang tahu dia berbohong tapi orang yg berbohong tak menyedari bahawa orang keliling tahu dia sedang berbohong
Dia disekeliling orang yg sentiasa berbohong, bekas tuannya pun pembohong jadi dia anak bbuahnya pun ikut berbojong juga
Oleh itu kita sebagai manusia jangan mendekati atau bersahabat dengan pembohong kelak kita pun akan dibohongi dan terbelit dengan pembohongan
Kalau dah terlanjur cepat2 patah balik, taubat, semua orang buat silap tapi kalau sentiasa silap dan tak ada usaha taubat dan mengakui kesilapannya maka manusia seperti itu hanya dibawah tapak kaki saja
Nanti bila nak PRU lg menjadi2 mamat neh....tak pyh layan psl berbelit2 ngalahkan jin tanah...
ReplyDeleteNak dedah nak dedah nak dedah..
Puiiiiii!!!
Start pkai kopiah lg.
Kah kah kah kah kah.
Malu kat bangsa lain laaa oiiii..
Nmpak sgt rendahnya otak tuh
Dia ni kalau suruh maka t**** dia sanggup ni. Tak ada faedah dilayan makhluk pembunuh ni. Dosa x lepas selagi tidak dimaafkan waris si mati. Tapi mana mangkuk ni reti hukum pun sbb kalau reti takkan dia bunuh orang.
ReplyDelete