Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 6, 2016

'AG, bagaimana sekarang?'

'Bagaimana sekarang, AG, adakah RM2.6b sumbangan atau urusan perniagaan?'
mk -  Hari ini, 7:50 malam
Bola kini di gelanggang Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamad Apandi Ali, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin selepas seorang menteri Saudi menyangkal dakwaan bahawa RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak adalah sumbangan sepertimana yang didakwa oleh AG apabila membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
"Dan apa yang Apandi akan lakukan sekarang?" tanya Kadir sambil bertanya adakah AG tetap dengan keputusannya atau adakah beliau akan membuat pemeriksaan teliti sama ada beliau dibohongi?
Siapa tahu, tanya Kadir lagi, kertas yang bertan-tan yang diserahkan kepada AG oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara, mungkin bukan semuanya karya fiksyen?
Beliau mengingatkan Apandi bahawa pada 26 Januari, AG itu memberitahu media bahawa RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi, tanpa sebarang ikatan.
Kadir turut menegaskan bahawa Apandi telah secara unilateral membersihkan PM daripada sebarang salah laku berdasarkan premis 'sumbangan'.
Walaupun mengakui bahawa British Broadcasting Corporation (BBC) menyokong cerita Najib seperti yang dikatakan oleh Apandi, dengan menyatakan jumlah itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi, Kadir berkata pendedahan terbaru oleh Menteri Luar Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir telah mengubahnya.
Beliau menegaskan tentang petikan-petikan Adel dalam akhbar New York Times (NYT) sebagai berkata dia tidak fikir wang itu adalah dari kerajaan Saudi atau ia adalah sumbangan politik.
Kadir menganjurkan bahawa antara berita BBC yang berdasarkan sumber dan laporan NYT beratribut, beliau memilih untuk mempercayai NYT.
Berita sebelumnya: 
Laporan: Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi.
Sebaliknya, menteri itu dilaporkan berkata, wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.
Dalam satu laporannya semalam, The New York Times melaporkan Al Jubeir sebagai berkata beliau percaya ia (dari) warganegara persendiran Saudi, dan dana itu pergi kepada satu pelaburan di Malaysia.
Bagaimanapun, Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau menerima pendapat Peguam Negara Malaysia bahawa tidak ada salah laku yang dilakukan.
Laporan itu juga memetik dua sumber berasingan yang tidak mahu dinamakan yang mengesahkan bahawa wang itu bukan sumbangan.
Menurutnya, mereka mendakwa wang itu, sebenarnya, sebahagian daripada satu "urusan perniagaan".
Menurut laporan itu lagi, seorang ahli keluarga diraja dan seorang sekutu keluarga itu - yang bercakap dengan syarat tidak mahu nama disiarkan - berkata wang itu datang dari seorang putera Saudi dan mengesahkan bahawa ia bukan sumbangan.
Manakala sekutu keluarga itu mempersoalkan jumlah yang dilaporkan, tetapi berkata dana itu adalah sebahagian daripada urusan perniagaan.
Dana RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib didedahkan dalam satu laporan Wall Street Journal Julai tahun lepas, yang memetik kertas siasatan yang bocor.
Najib kemudian mendakwa wang itu merupakan sumbangan politik dari Timur Tengah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bersetuju bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan" tetapi meneruskan penyiasatan, bersama dengan deposit berasingan sebanyak RM42 juta ke dalam akaun perdana menteri dari syarikat milik negara, SRC International.
SPRM dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali Disember lalu.
Apandi juga telah mengarahkan SPRM menutup kes itu dengan berkata beliau "berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan oleh perdana menteri". Suruhanjaya itu, bagaimanapun, memutuskan untuk merayu keputusan itu.
Ini di tengah-tengah pihak berkuasa Switzerland mendakwa bahawa siasatan entiti berkaitan dengan 1MDB mendedahkan AS$4 bilion didakwa telah disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik negara Malaysia.
Dalam pada itu, Singapura telah membekukan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram, manakala Hong Kong juga masih menjalankan penyiasatan.
[Baca berita penuh]

6 comments:

  1. Takkan arab saudi pun nk bohong. Depa khadimul haramain. Hamba kpd 2 tanah haram. Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama2 jadi menteri. Kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Agak susah nak percaya seorang PM melayu Islam macam ni, tapi itu lah hakikat yg perlu d terima ...mungkin ada something wrong ni..dah x ada rasa malu, dah x ada rasa takut..dah macam tak ada rasa tanggungjawab kpd rakyat n negara, selamba je buat hal dan selamba je dia cover..walhal dah jadi berita dunia...kalau cerita yg baik2 tak pe juga..

    Ya Allah bantu lah kami dan PM ..
    Kalau ada Tuan Guru Nik Aziz pasti dia akan kerah buat sembahyang HAJAT..minta bantuan ALLAH untuk bantu rakyat Malaysia dan PM..

    ReplyDelete
  3. Harapkan sokong membawa rebah,. Apa kah makna semuanya ini,.apakah sangat nak di agongkan jawatan, darjat, yg hanya sementara saja tidak membawa berkat,.apakah Malaysia di kuasa seorang pemimpin tanpa Rakyat??? Sesungguhnya Malaysia telah menjunam kedaifan yg amat Sangat hasil tadbir pemimpin yg cetek akal dan teramat degil dengan ber kiblatkan syitan Dan nafsu serakah,.punahhh

    ReplyDelete
  4. makin di siasat..makin terbelit..dari derma untuk keganasan dah jadi urusan perniagaan pulak.
    hentam la labu..kekuasaan di tangan sendiri...buat la ikut suka..sanpai masa..akan tertiarap juga

    ReplyDelete
  5. Kenapakah pemimpin Islam kita terlalu tamak terhadap wang, harta dan pangkat?Tidak kah mereka sedar yang akhirnya kepada Allah jua kita kembali. Wahai pemimpin Islam, ikutilah contoh dan tauladan nabi kita dan bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa