| ARIF ATAN
Ibarat rumah siap pahat berbunyi. Itu situasi yang dilihat berlaku bagi menggambarkan kemelut Umno Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Aeiza Hassan mendedahkan berlaku sogokan kepada sejumlah Ketua Umno Bahagian dan sayap parti negeri itu bagi menghadiri sidang media tergempar, 20 Januari lalu.
Beliau berkata, salah seorang Ketua Umno Bahagian di Kedah mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50,000 manakala Ketua-ketua Sayap Bahagian pula diberi RM5,000 sebagai saguhati kerana hadir dalam sidang media berkenaan di Hotel Grand Alora, Alor Setar.
Kenyataan Aeiza yang kemudiannya tersebar di media sosial WhatsApp itu menyatakan pemberian sejumlah wang terbabit bagi tujuan menyatakan hilang sokongan kepada Mukhriz yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Saya tanya apa yang berlaku? Jawab beliau (salah seorang Ketua Umno Bahagian), 'MB (Menteri Besar) kurang memberi'. Tanya saya, 'Kurang apa lagi? Projek? Tender ataupun jawatan GLC Negeri?' Dia hanya menjawab, 'Aeiza tak faham'.
“Tetapi akhirnya beliau mengaku bahawa Ketua-ketua Bahagian diberi RM50K sebagai saguhati kerana hadir ketika PC di Hotel Grand Alora,” ujarnya menceritakan kembali perbualan beliau melalui telefon dengan salah seorang salah seorang Ketua Umno Bahagian terbabit.
Menyifatkan murahnya nilai maruah ketua-ketua bahagian dan sayap Umno di Kedah, Aeiza mempertikaikan tindakan ke atas Mukhriz hanya kerana bekas Menteri Besar ke-11 itu lantang bersuara.
“Mainan politik apakah ini? Gila apakah yang sedang berlaku didalam Umno yang kami sayangi? Siapa boleh menafikan bahawa faktor kemenangan Umno dan BN di Kedah adalah disebabkan seorang anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir? Saya tidak memihak mana-mana pihak.
“Cuma sudah terlalu banyak isu, kontroversi, tindakan dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan atasan yang dilihat makin lama makin memakan diri,” tegas Aeiza yang juga Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia itu.
Beliau turut menyelar kepimpinan atasan Umno yang dianggapnya dipekakkan telinga, dibutakan mata dan masih dalam sindrom penafian serta ‘menjaga' pemimpin Bahagian dengan beri habuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa.
"Kami bukan pekak. Juga bukan tuli yang hanya terima segala perbuatan kepimpinan atasan. Kami lihat, kami dengar, kami baca, kami berbual, kami timbang, kami bincang, kami rasa dan kami cari jawapan. Tetapi kami tahu, suara kami tidak akan ke mana. Tidak akan didengar,” ujarnya berterus-terang.
Mengulas ‘tempias’ pengunduran Mukriz yang ujarnya turut dirasai di Pulau Pinang, beliau berkata, Umno bukan lagi pilihan anak muda sekiranya Mukhriz turun dari jawatan Menteri Besar.
“Kami terpaksa kerana kami kesal. Bukan Umno ini yang kami mahukan. Kami anak muda yang benar-benar sayangkan Umno. Kepada Umno tempat kami bersandar, bergantung harap,” tambahnya lagi.
kalau masa PAU..berapa pula yg ketua2 bahagian dapat? tu sebab nya jadi cantas mencantas..semua nj kejar habuan..
ReplyDeletedimana keikhlasan mereka mereka ini..
habis bangsa di jual kerana wang dan jawatan.makin tinggi jawatan makin banyak duit yg masuk..janji hidup anak beranak sedaramara juga kengkawan tidak susah...
Bukan setakat harga diri pada yang menerima untuk menjatuhkan MB DS Mukhriz yang lebih teruk lagi Presiden mereka sendiri telah dimalukan oleh pak arab yang menafikan yang duit yang diterima Najib sebagai derma dan yang mula nak bagi semangat pada Najib pu ntertempias juaga konon Najib tidak ada kes untuk nak didakwa yang lebih teruk nak mengampu Najin TPM Zahid Hamidi yang telah beria-ia membela Najib dengan mendakwa telah berjumpa dengan penderma budiman yang telah meninggal tapi apa yang pak arab jelaskan tidak pernah ada penderma yang bermurah hati menderma pada mana-man negara pun dengan jumlah yang begitu besar sekarang menteri pak arab sendiri menafikan yang duit itu adalah sebagai derma sebaliknya satu pelaburan jika pelaburan kenapa masuk dalam akaun peribadi adakah najib hendak melabur GLC negara pada tok arab jika ia kenapa guna akaun pribadi,itulah soalan mudah yang rakyat nak pencerahan kita tunggu apa pula tiga stoges Najin nak buat penjelasan.
ReplyDeletePuteri tak dapat le tu. Kalu dapat mesti terkedu kelu. Mcm tikus jatuh ke beras. Haha. Umno dgn rasuah berpisah tidak. Mcm kentut dgn tahik. Kahkahkah
ReplyDeleteTak ada sifat ikhlas dlm umno..yg ada fulus,fulus,fulus..puak2 ni akan lelong apa saja termasuk ibu,isteri dan anak2 mrk untuk fulus..setakat tanah rezab melayu tak payah kabo le..tanah ktm di singapura,pulau batu putih abis kena jual..lps tu salahkan org lain..dap le,pkr le,pembgkang le..
ReplyDeleteSenang nya UMNO nak menguasi tampok pemerintahan negeri Kedah,. Dengan memberi sumbangan Rasuah yg begitu lumayan kepada semua pemakan dedak dan rumput2 Padang terdiri dari penyokong2 segera dikalangan ketua2 bahagian dan sayap,. Yg pasti tunduk walau pun dengan berat hati terpaksa menurutnya kerana kerana syitan telah menguasai minda dan mata demi suapan yg lumayan langsong menyara anak bini dengan hasil yg haram,. Biar pun di situ ada kalangan bijak pandai termasuk ustaz,. Demi duit itu lah peranan umno untuk berkuasa dari dulu hingga kini,.sedangkan Rakyat yg hidup dalam himpitan kesusahan tidak langsong di ambil peduli,.doa Rakyat akan di makbolkan hanya menantikan cara kesinambingan rampasan kuasa ini Akan berterusan,.ini lah cara kerja orang yg tidak mempunyai kelulusan tinggi untuk mendapat kan kuasa memerintah dengan mengunakan wang,. Wang,.dan Wang,....
ReplyDeleteUmno hizbussyaiton mengikut almarhum ustaz abu bakar chik. Tiba2 hadi awe nk pelok umno najib. Siap baju pon warna pinky. Kesian pas wala unta mcm wan rosli dan an anonymous. Kehkeh
ReplyDelete