Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 6, 2016

Benarkah karier politik Husam bagaikan ‘telur di hujung tanduk’?

Isu Husam: Selalunya berakhir dengan tindakan disiplin
WARTAWAN SINAR HARIAN
6 FEBRUARI 2016

KOTA BHARU – Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat gesaan supaya dua pemimpin tertinggi parti berundur baru-baru ini seolah-olah menggambarkan karier politiknya kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana, apabila tindakan (gesaan) tersebut dibuat oleh pemimpin yang sama dalam parti, ia membayangkan saluran komunikasi dalaman antara mereka sudah tidak diyakini atau sudah tertutup.

“Gesaan menyuruh berundur ini biasanya dilakukan mereka yang bersikap berlawanan dengan parti, bukan yang menyokong agenda parti. Apabila ia dibuat secara terbuka oleh sesama pemimpin parti di hadapan pemimpin dan penyokong parti lawan, ia membuktikan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

“Dan berdasarkan pengalaman lepas, keadaan tegang ini selalunya akan berakhir dengan pihak yang mengkritik keluar dari parti ataupun diambil tindakan disiplin oleh parti sehingga dipecat dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Bekas Naib Presiden Pas itu yang mahu dua individu penting dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke parlimen.

Mereka yang terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan juga didakwa perlu melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, dalam keadaan di mana Husam terikat dengan baiah talak tiga jika keluar dari Pas, beliau sebenarnya boleh diambil tindakan disiplin oleh Pas atas kenyataan dan tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.

Dr Kamarul yang juga penganalisis politik turut memberitahu, Pas boleh membiarkan Husam berbuat apa sahaja tanpa memberikan reaksi dan layanan sehingga beliau kepenatan sendiri, namun ia boleh menjejaskan kredibiliti Pas di mata rakyat umum.

“Apatah lagi apabila Husam adalah bekas Naib Presiden Pas dan bekas Exco Kerajaan Kelantan yang dilihat masih mempunyai kewibawaan dan pengikut beliau sendiri.

“Pas sepatutnya membebaskan Husam kerana kewujudan beliau di dalam Pas pun sudah dilihat lebih mendatangkan mudarat daripada memberikan manfaat kepada Pas. Bila beliau berada di luar Pas, kritikan beliau kepada Pas akan berkurang biasanya, malah beliau juga tiada alasan lagi untuk campur sangat hal ehwal dalaman parti Islam itu berbanding sekarang,” katanya.

# banyak lagi wadah politik yang lain, bukan hanya PAS

10 comments:

  1. husam masih lg dalam pas bukan kerana baiah..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 ada org rasa,kena duduk dalam tong taik untuk cuci taik..

    ReplyDelete
  3. Itulah yg diamal oleh anwar semasa dalam umno. Masuk dlm tong umno utk cuci taik umno. Bukan sekadar tk bole nak cuci. Dia pula dipenjara 2x krn fitnah umno. Now dia berdoa siang mlm supaya umno mampuih cepat. Doa org kena zalim tidak ada hijab dgn Allah. Maknanya akan dimakbulkan. Insyaallah

    ReplyDelete
  4. Bila pecat husam. Rakyat kelantan akan simpaty kesian kpd husam. Masa itu pas akan terlucut kuasanya di kelantan. Ini mad yakob cool nik amar range rover tak mauu. Sbb rakyat kelantan dok perati tingkah laku pas chai sekarang. Wait n see. Pas kena buat byk himpunan Fastaqim dikelantan. Setahun sekali mana boley. Makan nasik pun 3x sehari. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  5. Prof prof kat UUM biasanya kuat makan dedak..

    ReplyDelete
  6. Tuang mountdewellang,
    tok lebai mat yakub,nik amor tongkat ali & tok loyar burok takeyudeng, guane dok berani gi berdebat/berkecek dgn tok husang.
    buang jer tok husang ni dari parti.
    jangang takot buang tok husang.sebabnyer parti islang ni dok kuat sangat kerane doh jalangkan hukom hudud dikelantang.
    tok husang, mat sabu, kolidsamad,raja bahreng puok2 jebong ni memang tak dok jase pon dalam pas.
    Pas doh kuat kerane ada pemimping macam nik amar, abdoh, takiri, tontowi & pemimping kanang adalah pejuang2 yg keluar masuk penjara/ditangkap poles & menang besor PRU 11,12 & 13.
    Lebai2 mercong ini akang terus menembok berdentungdetang dengang semangat hudud / wala' hingga akang menang sorang2 dok perlu lagi bersama parti bangkang laing.
    kejesame dengang penoh mesre alang akan terus berlaku dengang parti lanung Sona/BN & parti sona akang senyom kemewek macang penyu ttelor disebabkang musoh parti islang ni adalah dap, amanoh & pkr.
    aku cabor/ sokong tok lebai mercong buang tok husang dari pas..

    Pok Mang teganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pok mang....ulas skit PAS Ganung....g3ng perosak dan p3musnoh PAS skit.....hahahaha

      Delete
  7. Putaran roda terus berputar. Next election pas akan kalah dikelantan. Maybe PAN akan perintah. Husam bakal mb baru. Bn tk mungkin menang kelantan. Kecuali bn tipu kuat. Byk hulur pitih. Kahkah

    ReplyDelete
  8. kita tengok nanti karier politik siapa dihujung tanduk....bila pru. analisis org akademik ni bukan boleh pakai sgt. banyak kaki pengampu

    ReplyDelete
  9. Aku yakin husam tk akan dipecat. Pas chai mana ado telor nk pecat dia. Tp bila bubar dun husam tk akan dipilih sbg calon pas. Bila begitu husam akan join PAN dan bertanding. Husam ni budak bijak kata tg nik aziz. Masa tu bole tengok pas akan dikuburkan. Pas dilihat cakap tk serupa bikin. Mcm munafik haraki ler. Kahkah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa